Quantcast
Channel: Faz's Captured Thoughts
Viewing all 33 articles
Browse latest View live

Photography : Bagaikan puteri

$
0
0

seni bina Pullman dekat Putrajaya macam istana beb.. Perasaan princess kejap time pergi jemput orang dkt sini. sempat lagi klik-klik kamera kejap. hahaha. kbye

Cerpen : Projek CPR

$
0
0

Assalamualaikum & Selamat tengah malam...


currently tengah siapkan Projek CPR : kompilasi 6 cerpen which tak pasti tu cerpen ke tak sebab 40 pages per story. So, kalau 6 cerpen tu dalam 40 muka surat. 6 x 40 = 240 m/s  macam tu. 
plan asal nak buat 10 buah cerpen or plus. Tapi fikir idea cuma baru takat enam biji tu je. empat lagi masih cuba untuk fikirkan.  sebab nak jugak 10 so tak pasti lagi. 
Short stories ni will be my next project memandangkan cerita Thia tu dah siapkan. Sekarang dalam tempoh edit beberapa cerpen yang dah siap dan berusaha menambah untuk lengkapkan 10. Insya-Allah. saya ingat nak publish buku cerpen. if berkesempatan la. i'll try. 

Projek CPR ni faz ada selitkan as one of Thia punya novel + cerita dalam novel Bukan Orang Ketiga kononnya la! watak Thia kan writer dalam tu.

CPR one of my cerpen yang paling lama bertapa dalam komputer. harap dapat bukukan.
Nama projek CPR faz amik dari my first cerpen dalam kompilasi ni. tajuk dia CPR = Ciuman paling Romantik. salah sebuah term yang faz guna sebab selalu sangat lupa ejaan panjang CPR tu.  tapi untuk tajuk kompilasi faz dah tukar as Projek CPR. CPR = Cinta Paling Romantik. 

tapi CERPEN Paling Romantik ka atau Cerita Paling Romantik pun macam okay.. hahaha... konfius ai. tapi realiti romantik tak romantik tu tak pasti la pulak. sorryy la awal2 kalau tak capai tahap romantik korang eh. tapi mostly cerpen ringan2 je. 

nak sneak peak cerpen CPR?

nah faz bagi eh.... hehehehehhehehe~

CPR
Ciuman Paling Romantik
“Muazkau duduklah dulu. Aku nak pergi dapur ambil air. Kau nak air apa tapi aku buat air kosong je ni.” pelawa Haidar.
“Dah nak bagi air kosong, lagi mahu tanya. Tak kisahlah. Janji air sejuk.” Muaz menjawab. Dia pusing-pusing ruang tamu rumah Haidar. Ada satu sofa panjang yang agak tersorok menghadap dapur. Dahi Muaz berkerut. Ada benda bergerak disebalik gebar tebal dan panjang yang menutupi hingga ke hujung sofa.
Kucing agaknya. Teka hati Muaz. Tapi peliknya dari hujung ke hujung dia bergerak. Pencuri tengah sembunyi dalam ni ke? Muaz meneka lagi. Dia tunduk lalu menekan-nekan isi dalam gebar tersebut.
“Kau tengok tengok apa tu?” tanya Haidar yang mendekati.
Muaz terus tunjuk selimut tebal yang bergerak-gerak atas sofa tiga. “Kau ada pelihara kucing ke atau harimau dalam tu. Nak cakap kucing besar pula, nak cakap harimau tak logik.”
Haidar sudah geleng kepala. Dia tahu siapa dalam gebar itu. “Dalam tu kucing peliharan versi harimau bintang tengah membuta!” Digerak-gerak tubuh yang sedang enak diulit selimut tersebut. Tidak lemas ke orang dalam tu?
Digerakkan lagi badan yang diselubungi selimut itu. Mungkin kerana rimas bila tidurnya dikacau, selimut tebal itu terus dibuka kasar.
“Nak apa!!” jerit Awin kuat terus duduk tegak. Mata masih tertutup rapat.
“Oh mak kau!!” Seraya itu Muaz dan Haidar terlatah. Satu kerana jeritan yang kuat. Yang kedua kerana orang yang serupa puntianak depan mereka.  Rambut panjang mengerbang habis menutupi sebahagian besar muka.
Muaz dan Haidar pandang satu sama lain. “Anggap je kau tak dengar.” Kata mereka serentak lagi. Mana tidaknya mereka yang bajet lelaki melayu terakhir ni boleh pula terlatah sebab terkejut. So, jalan selamat dua-dua simpan rahsia.
“Awin bangunlah. Apa anak dara tidur tengah hari buta macam ni. Serupa pontianak dah abang tengok. Mak ayah mana?” soal Haidar.
“Mak ayah keluarlah bang, dating agaknya. Awin nak sambung tidur. Tak larat mata ni. Dua hari tak cukup tidur.” Rungut Awin dengan mata yang masih tertutup. Rambut mengerbang dia masih lagi tutup muka serabai. Tak kisahlah. Mengantuk punya pasal. Lagipun rumah sendiri. Apa nak disegannya.
“Dah seorang diri di rumah. Kenapa tak kunci pintu aje. Lepas tu terbongkang tidur di ruang tamu Kalau penjahat masuk macam mana?” Haidar sudah mula membebel. Siapa tak risau, Awin ni kekadang spesis tidur mati. Ni pun entah sedar ke tidak. Jangan-jangan masih lagi mamai. Sebab tu mata pun tak buka-buka lagi.
“Orang mengantuk bang. Tak larat nak naik atas. Baru je balik ni...”
Haidar sudah geleng kepala. Itulah, mak suruh kerja dalam pejabat saja. Dia sibuk nak jadi doktor. Waktu belajar dulu bersengkang mata, lepas  tu waktu kerja pun kena bersengkang mata. Alah Aid! Kau tu yang dengki sebab tak dapat jadi doktor. Dulu kau yang mati-matian mahu jadi doktor tapi bila nampak darah terus failed! Awal-awal lagi pengsan!
“Naik atas. Kawan abang ada ni.”
Awin terus paut leher Haidar. “Gendong. Orang tak larat ni...” pinta Awin manja. Dia terus terlena lepas betulkan kepala pada bahu Haidar.
Haidar bukan setakat tercengang. Siap ternganga lagi. “Syazwina bangun! Salah orang ni...” memang salah orang pun. Orang yang Awin paut leher tu bukan Haidar tapi kawannya Muaz Haykal!
Tidak terkutik langsung pun Awin. Malah siap berdengkur lagi. Ya Allah! Sampai bila-bila pun tidak berlaki adik aku kalau perangai macam ni. Desis hati Haidar.
“Aid! Macam mana ni?” kalut Muaz seketika. Iyalah! Mana tidak kalutnya, anak dara orang tu oi!
“Muaz kalau tolak je terus adik aku. Bagus lagi kalau terus terhantuk. Sedar sikit budak tu.” Haidar mula bagi cadangan tiga suku.
“Erk? Kau pasti?” soal Muaz. Dia tu on saja. Nak tolak senang. Tapi buatnya terhantuk sampai hilang akal? Habis naya anak dara orang.
Haidar tersengih. Lucu pula muka innocent Muaz yang menyoal itu. “Aku tipu jelah. Nanti habis kita kena belasah oleh mak dan ayah aku.”.
Muaz buat muka bosan. Ada jugak aku yang belasah Haidar sebelum mak ayah dia datang. Memang nak kena mamat seorang ni. Sudah la adik dia ni boleh tahan berat. Nasib baik cun. “Aku dukung dia masuk bilik. Kau tunjuk aje bilik dia. ”
Haidar tersengih lagi. “Kau ni anginlah. Cuba bawa releks sikit. Jom ikut aku.” Mereka berjalan seiringan ke tingkat atas.
Sabar sajalah hati Muaz. Abang dia suka hati jalan goyang kaki. Aku pula yang kena dukung tuan puteri ni. Mata dikalihkan pada Awin yang masih terlena. Ini serupa beruang gua yang tidak pernah tidur. Nyenyak betul!
Tapi... tapi cantik juga adik si Muaz ni. Muka kemelayuan walaupun mereka sebenarnya kacukan cina. Alis mata dia cantik. Lebat dan hitam. Dulu kecil-kecil manja, biar sikit aje pun kena sakat oleh dia dan Haidar. Menangis bagai nak rak budak manja ni. Nak tahu juga kenapa budak cenggeng ni boleh bertukar garang. Agaknya dia ingat aku lagi tak? Dah bertahun tak jumpa...
“Woi tak payah tenung lama-lama. Adik aku tu garang macam harimau. Sekali tersedar terus dia ngap kau.” terjah Haidar. Nasib tidak terlepas pegangan Muaz, kalau tak! ada juga mereka tengok harimau tergolek-golek atas lantai.
Muaz menjeling tajam. Mereka masuk ke dalam bilik warna bercat hijau dan merah jambu milik Awin. Warna kegemaran Awin sejak kecil. Perlahan-lahan Muaz letak Awin atas katil. Takut tuan puteri ni sedar pula. Haidar pula berjalan ke dinding untuk tarik langsir dan buka penghawa dingin.
Gebar tebal Awin ditarik. Muaz tersenyum sambil membetulkan kepala Awin yang terjatuh dari bantal. Badannya direndahkan sedikit. Pap! Kepala Awin sedikit terhantuk pula pada kepala katil.
Sakit! Sampai berkerut-kerut dahi Awin menahan sakit. Perlahan-lahan matanya dicelik. Allahuakbar... matanya direct terpandang pada muka Muaz yang terlalu dekat.
“Mak.... Perogoll!!!!” jerit Awin kuat. Kaki pantas diangkat. Menendang perut Muaz. Tangan pula terus lagi menumbuk muka putih lelaki itu hinggakan Muaz terundur. Tindakan refleks. Segala aksi judo yang pernah dipelajari terkeluar.
“Hoi!!” Muaz terjerit kuat.
“Awin... Ya Allah. Kawan aku!” Haidar tercengang melihat aksi depan matanya. Huish! Garang adik aku. Singa pun kalah. Cepat-cepat Haidar lari menyelamatkan Muaz yang teruk kena tendang dan merasa penumbuk sulung adiknya.
“Awin. Kawan abang bantu angkat Awin je tadi. Kau ni...” terang Haidar lagi.
Syazwina terpinga-pinga. Kepala yang tidak gatal digaru. Blurr..“Oh.. ye eh?”


‘Oh ye eh? Itu aje respon dia.’ gerutu Muaz dalam hati. Muka tunjuk muka kelat. Macam mana tidak kelatnya oi! Lebam sebelah mata. Awin yang tengah sapu ubat pada lebam mukanya, tundukkan kepala saja dari tadi.
‘Tahu takut. Belasah lagi aku! Ini sapu-sapu ubat dekat mata. Jangan sampai termasuk biji mata sudah. Tak pasal-pasal aku buta.’ Hati Muaz masih lagi berbicara sendiri. Awin yang masih lagi tunduk dipandang tajam.
“Awin sapu ubat tu betul-betul. Kang termasuk ubat tu dalam biji mata orang pula. Tak faham mak dengan perangai kau ni... orang tolong, kau pergi tumbuk...” Puan Hani bersuara lagi. Lain macam saja cara anak daranya sapu ubat dekat mata kawan Haidar itu. Nak tegur lebih-lebih, yang doktornya si Awin tu. Tak tahu pula aku doktor di hospital tu ubat orang tak guna mata tengok.
Tergeleng kepala Puan Hani mengenangkan rungutan anak sulungnya pasal Awin yang tumbuk si Muaz tu. Sampai lebam mata anak orang. Apa nak jadilah anak dara aku seorang ni.
Yiee... orang tak sengajalah mak.” Perlahan mulut Awin membela diri. Mata diangkat sedikit memandang kawan abangnya itu. Bibir diketap tatkala mata mereka bertembung. Cepat-cepat Awin tundukkan mata. Apasal aku rasa macam kenal je mata tu?
“Mak...” suara Haidar memanggil Puan Hani.
Maknya terus angkat kening ala-ala Ziana Zain sambil tengok guna hujung mata saja sebagai tanda. ‘Kau pula nak apa?’
“Mak nak tahu. Kawan abang si Muaz ni anak uncle Bakri. Yang tinggal di kedutaan England dulu tu.” Terang Haidar.
Dahi Puan Hani berkerut tengah berfikir.
“Alaa... mak ni. Tak ingat pula dia. Tu uncle Bakri dan aunty Rita yang kerja di kedutaan tu. Dulu waktu kita tinggal sana Haidarkan selalu main dengan Muaz...” buli adik. Dua perkatan itu disambung saja dalam hati. Takut adiknya lempar pula botol ubat tu di kepalanya. Kan kes naya kali kedua...
Awin yang turut pasang telinga dari tadi mula telan liur. Aduh! Cakaplah yang abang main-main aje. Dah la! Aku dari tadi fikir mata lelaki ni sama dengan mata budak lelaki yang selalu main dengan abang waktu kecil-kecil tu.
“Lah... anak Rita ye?” soal Puan Hani pada Muaz pula.
“Ya saya mak cik. Baru terjumpa dengan Haidar dua minggu lepas. Cerita-cerita rupanya kawan lama.” Muaz pula menerangkan serba sedikit bagaimana dia boleh bertemu dengan Haidar.
Tangan Awin terus terketar-ketar. Rasa geram tiba-tiba mengebu. Kini dia terus angkat kepala, Muaz dipandang tajam. Kapas yang dipegang untuk sapu ubat pada mata Muaz terus diangkat lalu yaarrkk!!! Ditekan-tekan kapas tersebut tempat lebam tadi. Ikutkan hati dia mahu bagi penumbuk mata sebelah pula. Biar puas!
Arghhh!” jerit Muaz kuat.
“Awin!!!” Puan Hani dan Haidar sudah berdiri.
Kapas tersebut dilempar pada muka Muaz. “Huh! Orang tak nak tengok muka penyagak ni lagi!” Dia terus saja berdiri lalu terus naik tingkat atas. Masuk bilik tidur lagi bagus!
Terkocoh-kocoh Haidar berlari mendapatkan Muaz. “Muaz kau okay tak?” Muka kawannya diangkat sedikit. Habis parah!
Muaz angguk. Pedih. Tapi masih boleh tahan lagi.
“Adik kau masih alergi nama aku ke?” tanya Muaz.
Haidar angkat bahu. “Aku rasa bukan tahap alergi lagi.... fobia terus.” Sampai macam tu sekali tindak balas Awin pasal Muaz. Bahaya... bahaya...
Muaz kendurkan badan. Mengeluh. Susahlah macam ni. Orang punyalah payah nak lupakan dia. Dia punya la payah nak maafkan aku.
“Habis tu nak buat macam mana ni?” tanya Muaz pada Haidar.

Habis dahhhh~ eh? saja cari pasal dengan korang. kbye~ tunggu bila ada rezeki yang ni. korang peganglah nanti buku ni pulak eh. Entri novel akan mula naik balik starting minggu depan. Hari? faz tak pasti hari apa. As faz ckp hari tu... faz akan start upload SECEBIS CINTA INTAN dalam blog kan lepas habis bukan orang ketiga tu. tapi Faz maybe akan selang selikan dengan novel Jihan (Bintang pilihan jihan) dan Airis (Satu cinta ai) sebab cerita si Intan ni agak berat dari cerita Thia.
sekian dari saya.
Selamat malam!!



Secebis Cinta Intan (Prolog)

$
0
0


Air mata Intan dikesat penuh kasih sayang. Terluka hati Qimi melihat wajah yang sudah sembab itu. Tanah perkuburan yang sunyi sepi dipandang sekilas sebelum dia kembalikan pandangan memandang seraut wajah Intan.
“Sudahlah sayang... sampai bila nak menangis lagi? Kita balik? I bawa you pergi satu tempat best punya.” Pujuk Qimi. Terasa hatinya turut dicarik satu persatu memandang wajah yang penuh dengan kelukaan itu. Dirinya turut merasa apa yang Intan rasa kini.
Lemah anggukan Intan lalu terus berdiri. Qimi yang setia duduk bersebelahan dengan Intan depan bonet kereta itu turut melakukan benda yang sama. Langkah dipercepatkan menyayingi langkah Intan. Pintu kereta penumpang hadapan dibuka.
Intan terus saja masuk.
“Pakai seatbelt. Kita nak happy sayang. Bukannya selalu I dapat dating dengan you kan? Hari ni hari tanpa suami you... I nak intan permata I ni happy je selalu.” pujuk Qimi lagi yang masih bersandar dengan pintu kereta.
“Janji?” Manja suara Intan menyoal. Jari kelingking Intan diangkat. Kepalanya didongak sedikit memandang wajah Qimi yang memberi harapan tadi. Qimi tersenyum kecil dengan kemanjaan sayangnya itu.
 “I promise.” Jarinya membalas seiring dengan kata janji.
Untuk hari ini biarlah Intan lupakan kisah keluarganya, lupakan si encik suami itu. Qimi ingin membahagiakan wanita itu. Itu janji dia dulu dan sekarang.
Pintu kereta ditutup. Sebelum Qimi masuk ke tempatnya. Pandangannya dihalakan lagi pada kubur yang baru saja dibersihkan olehnya dan Intan tadi. Janji hatinya dulu dan sekarang tetap sama. Hati Intan tidak boleh terluka lagi. Qimi akan terus menjaga sekeping hati itu.
Darling!! Cepatlah... you ni.” Lunak suara manja Intan memanggil dari dalam kereta. Tengok! Itulah Intan sekejap saja perasaan sedih itu hadir. Hidup perlu diteruskan. Banyak dendam yang perlu dilunaskan. Banyak hati yang perlu disakiti seperti apa yang dia pernah lalui.
“Iyalah awak ni... tak penyabar betul sayang aku ni...” getus Qimi. Kepalanya digeleng sebelum masuk ke dalam. Intan oh Intan. Intan bukan sebarang Intan. Intan yang pernah pecah suatu masa dulu. Kini hanya tinggal sisa pecahan yang bertahan untuk terus melukakan orang yang pernah pecahkan hatinya dahulu. Fikir Qimi. Dia sendiri tidak pasti betul atau tidak langkah Intan kali ini? Jangan sampai sisa pecah itu melukakan sekeping hati Intan itu sendiri. Itu harapan Qimi.
Kata-kata sinikal Asha tergiang-giang ditelinganya. ‘Aku takut jerat kau terkena tuan punya badan sendiri Intan.’
Tergeleng-geleng kepala Haqimi. Hish! Asha ni ada saja ayat yang buat aku risaukan Intan. Marahnya pula pada musuh tradisi merangkap kekasih hati yang satu tu.
Intan yang melihat telatah Haqimi itu mula hilang sabar. “Haqimi!!!” jeritan Intan bergema satu kawasan perkuburan. Mula angin satu badan. Boleh pula lelaki itu mengelamun sampai tergeleng-geleng satu badan. Kalau nak mengelamun pun pasanglah aircond dulu. Tidaklah panas terik.
Jangan cakap dah kena rasuk hantu kubur sudah. Ada jugak aku tinggalkan mamat ni di sini. Kutuk hati Intan. Hati saja cakap lain. Tapi manalah Intan sanggup tinggalkan Haqimi di sini seorang diri. Sayangnya pada Haqimi tidak terkira. Beribu kali sayang dari sayangkan suaminya sendiri.
“Yela... yela... baby I ni mula angin pula.” Engin kereta mula dihidupkan. Dan akhirnya kereta Qimi meninggalkan kawasan perkuburan tersebut.
Intan menumpang dagu memandang Qimi yang segak memandu di sebelah. “Sayang! kita nak lepak mana?” soalnya lembut.
Senyuman terlakar dibibir lelaki kacak itu. Dia pandang Intan disebelah. Sempat satu kucupan lembut dihadiahkan pada pipi mulus Intan sebelum pandang semula ke jalan raya. Intan langsung tidak kisah dikucup sedemikian. Sebaliknya senyumannya makin lebar. Suka dimanjakan oleh Qimi. “Yang pasti tempat yang you paling suka dan suami you takkan jumpa kita punya.” Jawab Qimi.
Mencebik mulut Intan dengar. “Perlu ke nak sebut perkataan suami tu?” Muncung bibirnya ke depan. Monyok!
Qimi tidak kisah. Sebaliknya terus saja tarik muncung Intan. “Buat lagi mulut macam tu. Okeylah. Tak nak sebut pasal lelaki tu. Hari ni hari untuk enjoy!! Woo!!” jeritnya kuat sambil membuka atap kereta.
Terlepas rambut panjang Intan dari ikatan akibat terkena angin kuat. Dia turut menjerit. Bagaikan dunia milik mereka berdua! Lalai dengan keadaan sekeliling. Langsung tidak perasaan kereta yang setia mengikut dari awal Intan keluar dari kediaman suaminya hingga ke tanah perkuburan tadi.
Bibir lelaki itu diketap. Kuat pegangannya pada stereng kereta. Satu persatu adegan dua pasangan itu terlayar depan matanya sendiri. Adegan itu sudah terbiasa buatnya. Faham benar sifat liar Intan itu.
“Intan... Intan...” nama isterinya disebut beberapa kali.
Banyak yang dia tahu pasal isterinya yang liar itu. Tapi hari ini lebih banyak lagi yang terbongkar. Keluar rumah seksi nak mampus. Lepas tu boleh pula tukar baju kurung di kondo milik Intan, tak tahu pula isterinya ada baju kurung. Ingatkan baju tak cukup kain saja Intan ada. Kemudian tanah perkuburan. Lepas ni apa pula? Apa lagi rahsia awak Intan? Itu kubur siapa?
Hati yang penuh dendam itu akan terus dikorek satu persatu, harapnya dendam isterinya itu akan terpadam juga satu hari nanti.

P/S Happy Diwali~~!! bawah ni ada sinopsis. boleh baca n jangan lupa komen eh. =)
SINOPSIS : http://nurfazilaserenity.blogspot.com/2014/01/novel-sinopsis-secebis-cinta-intan.html

Bubble me~

$
0
0

Assalamualaikum peeps dan Salam Maal Hijrah dari saya. 

we're all getting old day by day but if somebody give bubble, i will forget all about my age when i started to play with it~ play with bubble is awesome. i mean the feeling. even when i'm just staring at the blowing bubbles. 


You have to think big things while you're doing small things

well actually you can do more than just a small bubble~ dream big! then you'll get bigger dream that you can't ever imagine. these small bubbles may satisfied you with its beauty, but with bigger bubble i would like kinda wooowww look at it! i made it! **LompatKijang.** Its not easy! for me la because i don't know how to make that big one! i started to learn from my friends, they said do it slowly and walllaaa~ here's mine! Big one! hahahaha... after few trials and a lots of patient for sure.

i realized that to have that big bubble we have to learn first and plus patient is important! learn,be patient and never give up till  you get that end result! 




look at my smile! that is happiness... proudly saying that big bubble is mine. 


perrghhh why i'm talking about bubbles actually ? hahaha.. ngeee~ blablabla...babbling for nothing cuz i'm real boring right now!

My Weekend

$
0
0
Assalamualaikum comel comel sekalian~



This how my weekend looks alike.  chips + tea + notes + colouful pens and highlighters. Kenny G and other instrumental songs. yeappp me like instrumental songs walaupun kawan2 cakap tu lagu dalam shopping mall. duh~ #MakanDalam ayat deep sangat.
some said that 'wuuu~ faz dah falling in love eh dengar lagu2 Kenny G.'
Weiii hellloo aku dengar dari dulu lagi k.

pen memang wajib berterabur bila setiap kali buat mind map. dah rasa meja single tu tak cukup ruang. ni pun nasib ada rak buku setiap sorang. jadi buku-buku tak payah la susun atas meja. sebab tempat pen n color pun dah sampai empat biji gelas untuk letak pen, highlighter, maker pens, magic color. warna luna pensil kayu ai tertinggal di rumah. dah derma baik punya bagi my heroes (brothers) dekat rumah.

sini hujan lebat i mean puncak perdana dan sangat mengoda mata tapi tak mengantuk.. huhu sedih. actually my weekend start since friday sebab jumaat tiada kelas. happiness kekadang bosan jugak tapi reality jumaat tiada kelas itu memang choice aku setiap kali susun jadual. dah memang pakat dengan housemate sekalian jumaat wajib xda kelas sebab semua lain2 program. nak keluar sama-sama payah kalau x pakat plan awal2.
minggu ni memang dah plan takmo keluar. duk kolej ja.

"Apa ni kejap kolej kejap rumah."

sebelum konfius nak cakap kolej kita orang stail apartment. so jangan bingung k.

sampai mana tadi? lupa dah! ah! sebab tak nak keluar tests & assignments saya berlambak! haih sebenarnya tak faham jugak why budak-budak sekolah banyak cakap budak Uni ni steady n releks je belajar, sehari kelas x sampai berjam2. kadang sekelas je sehari. adik-adik kalau nak tahu kami belajar OBE. Open Basic Education. kelas online gitu. kelas tak banyak tapi kami kena masuk kelas online. & attendance kira gak dekat situ. plus duk uni ni la waktu kita nak belajar berdikari n be profesional. bukan setakat belajar semata-mata.

A+ student maksud kita kena stabil pelajar dengan aktiviti. kita tak boleh la duk belajar 24 jam tapi tak join apa-apa kelab. satu bosan, dua kita dapat ramai kawan & belajar untuk BE PROFESSIONAL dengan cara handle event, communicate dengan orang lain dan berlajar macam mana nak berurusan dengan orang lain.

haih melalut dah. sebenarnya tak sabar nak balik jugak. next year baru balik Sabah. tak lama lagi next year tu. January balik la. kawan-kawan banyak tanya tak rindu family ke balik bila habis sem ja. My answer is rindu tu wajib la. rumah kot! tapi lama kelamaan tu biasalah. dulu duk belajar di sarawak pun macam ni jugak, balik sabah bila habis sem. cuti mid sem break seminggu abah cakap 'jalan2 la dengan sana. dari guna duit tu beli flight balik". balik rumahpun kena transit flight. KL-KK KK-LD so better tak payah membazir sangat.

lagi satu tips kalau tak nak homesick sangat. SETIAP hari call rumah. tak tahu nak cakap apa pun CALL je. faz pun bukan jenis yang banyak cakap sampai kekadang tu kakak cakap bila call dia, dia je yang banyak bercakap. faz more to listening sajalah. tapi POINT dekat sini yang penting CALL RUMAH! CALL family members. tanya khabar mereka, cerita tengah buat apa, sepanjang hari tu buat apa so dapatlah lepas rindu. =)😎

apa cerita hujung minggu korang?

Secebis Cinta Intan bab 1

$
0
0

Intanmembetulkan dress singkat yang tersarung dibadannya. Kaki disilang. Terangkat sedikit hujung baju yang setakat paras paha itu. Terserlah paha putih lagi gebu miliknya. Dia tidak kisah, lagi suka bila berjaya menarik perhatian lelaki yang duduk bertentangan dengannya di meja sebelah. Dengan gaya penuh mengoda Intan membetulkan rambutnya yang panjang mengurai. Bahagian hujung rambut yang bergulung dipegang.
Senyuman manis dan mengoda tidak pernah pada dari bibir yang dicalit dengan gincu warna merah menyala. Intan menopang dagu. Lagaknya tidak ubah seperti menanti seseorang hadir. Iya. Dia sedang menanti lelaki yang tidak habis memandangnya dari tadi itu untuk mulakan langkah mendekatinya. Semua hujung rambutnya ditolak ke bahu kiri. Membiarkan sebelah bahu kanan yang menghadap lelaki itu lebih terdedah. Amboi Intan tidak cukup terdedah lagi ke pakaian yang kau pakai malam ni? Akalnya menyoal.
Tidak! Bagi Intan itu tidak cukup walaupun pakaiannya seolah orang berkemban saja. Dengan bahagian dada yang cukup terdedah hingga nama garisan yang tidak sepatutnya. Baju warna hitam yang berkilauan itu pula ketat hingga menampakkan tubuhnya yang langsing. Sesiapa pun boleh toleh dua kali bila terpandang Intan yang cukup daring pada malam ini. Motifnya hanya satu. Lelaki yang baru saja habis buat ‘drama’ dengan pasangannya tadi itu harus ditawan!
Intan memandang lelaki itu, penuh mengoda dia tersenyum. Lelaki itu bukan main lagi cucuk jarum. Siap kenyit mata lagi. Tidak sedar tangan tengah meraba perempuan yang duduk di sebelah. Amboi siap kenyit mata lagi! Kau tak tahu aku siapa lagi. Ini Intan bukan sebarang Intan. Intan cukup pakej segala pakej! Puji dirinya sendiri. Angkat bakul pula cik intan permata ini.
Bila drama mula masuk konflik. Intan biarkan saja kedua pasangan itu mula bertengkar. Sebenarnya lebih kepada si perempuan yang angin tiba-tiba. Dalam hati Intan mula bersorak riang. Dia berani jamin kerat jari. Pasti tidak lama lagi lelaki itu akan muncul depannya. Tinggi tahap confident Intan untuk memiliki lelaki itu.
Mata Intan tertutup rapat. Bibirnya muncung ke depan. Bermain-main jari runcing dengan bibirnya. Tangan masih lagi menopang dagu. Menanti dan terus menanti. Dalam pengiraan Intan dalam lima saat lagi lelaki itu pasti tegur.
Satu... dua... tiga...
May I seat here?
Tingg!! Lagi cepat dari jangkaan Intan. Dia tidak menjawab. Sekadar memberi isyarat mata untuk memberi kebenaran. Mulut tu buka main manis lagi tersenyum mengoda.
So... you seorang saja ke?” Macho suara si kasanova menyoal. Bagi Intan lelaki ini bukan tahap kasanova. Buaya darat, buaya tembaga, buaya kaki dua! Segala jenis buaya dikategorikan untuk lelaki itu. Tapi dia tidak kisah janji berjaya memiliki mangsanya berjaya malam ini.
“Seorang je. Kenapa you nak temankan I ke? Girl tadi tak marah ke?” Pang! Satu tembakan dari Intan mengena. Berubah wajah lelaki itu tapi biasalah diakan kasanova setakat hal itu perkara kecil saja baginya.
“Bodohlah I kalau lepaskan perempuan secantik you demi perempuan tadi... oh by the way, I Adif. Adif Luqman.”
Lain pula jawabnya! Balas hati Intan. Kalau iya nak mengorat pun yang tangan tu gatal nak raba paha aku ni kenapa? Berguni-guni makian Intan dalam hati. Haish! Nasiblah kau sasaran aku malam ni. Dimaniskan muka yang tersedia manis.
Silap besarlah kau kalau aku menyerah kalah. Ini Intan la!  Intan bangun dari tempatnya. Terserlah riak terkejut diwajah Adif. Baru nak masukkan benang dalam jarum! Tapi Intan bukannya berlalu pergi. Sebaliknya dia terus duduk atas paha Adif.
“You nak ni ke?” lunak suara romantis Intan membisik di telinga Adif. Tangannya bukan main lagi memegang badan sasa lelaki itu.
Sekarang bukan Adif yang masuk benang dulu tapi Intan yang siap dengan benang dan jarum terus masuk ke dalam hati Adif. Berdebar-debar hati lelakinya. Buat pertama kali wanita seberani Intan yang mulakan dahulu.
Intan tersenyum kemenangan. Haih! Baru aku ayat sikit sudah kaku si buaya ni. Nampaknya tidaklah terror mana pun! Dia pandang wajah Adif. Dalam renungan lelaki itu dibalas.
“Tak payahlah nak buat riak terkejut. I ni jenis yang terus terang je. Kalau you tak nak... It’s okay. Lagipun I nak balik dah pun. Parti ni boring...” Intan main tarik tali pula. Bahunya diangkat sedikit. Kononnya hendak berdiri. Cepat tangan Adif menarik tangan Intan agar duduk semula atas pahanya.
“Orang gila saja yang tak nak perempuan secantik you ni...” jawab Adif. Tangannya kembali gatal memegang paha dan pinggang Intan.
Intan pun layan saja lelaki gatal itu. Tanpa tunggu Adif bertindak, dia terlebih awal mencium leher lelaki itu. Dahi leher, pipi, hidung sampailah bibir bertemu bibir. Tangannya pun tidak berhenti memainkan peranan. Lincah salah satu butang kemeja Adif dibuka.
Sekali pandang pun dua kali lima juga miang Intan dan Adif. Kini mereka berdua pula berdrama. Apa Intan kisah! Parti malam ini pun lebih kepada kebaratan. Lagi ramai yang buat drama seperti mereka.
Nasib adalah kacak juga si kasanova ni. Ada juga selera aku nak layan. Hati Intan sempat memuji. Kalau tak kacak memang sah sebelah mata pun Intan tidak pandang. Maklumlah Adif tu kacuk cina. Putih melepak!
Telefon Intan tiba-tiba berdering, tangannya menolak lembut dada Adif untuk memberi ruang kepada sedikit. Bibir Intan mencebik. Siapa pula yang kacau daun waktu-waktu genting begini. Kacau feel betul. Telefon dikeluarkan dari tas tangannya. Intan biarkan saja tingkah lelaki itu pada badannya sambil membaca pesanan yang baru sampai. Tidak kisah langsung. Makin dia suka! Adif tidak ubah seperti telan sepuluh biji pil khayal saja cium tidak ingat dunia!

Sudah... sudahlah tu darling. Cemburu I tengok. Sekarang you balik. I dah on the way ke kereta. Datang sekarang. I tunggu ni...

Tersenyum senget Intan baca pesanan ringkas itu. Itulah! Cabar lagi aku...
Tangan Intan menolak lagi badan lelaki itu. “Sorry handsome. I have to go...I ada hal mustahak kena buat.” Tipu Intan. Tapi dengan suara mengoda agar lelaki itu benarkan dia pergi. Cukuplah untuk malam ni.
Mencuka wajah Adif memandang si cantik manis depannya. “Right now? Penting sangat ke?”
“Penting sangat. Thanks... Nampaknya tidaklah boring sangat parti ni. Bye sayang.” Intan berpura-pura bergegas masukkan semula telefonnya ke dalam tas tangan semula. Kononnya penting sangat hal tu. Padahal dalam hati tidak sabar hendak peluk kekasih hati yang tengah tunggu dalam kereta. Dia terus berdiri.
“Nak I hantarkan ke?” tahan Adif. Dia masih belum puas lagi bersama perempuan yang baru saja dikenali itu.
It’s okay. Dah ada pun driver I jemput.” Kesian kau Qimi! Tak pasal-pasal kena cop driver. Tak apalah. Kau juga yang dapat mandat driver paling macho dalam hati aku. Sambung Intan dalam hati. Dia sekadar tersenyum mengoda pada Adif. Dia bersedia hendak pergi tapi tangan Adif menahannya lagi.
Kesabaran Intan memuncak. Sabar... sabar... jangan nak mengamuk pula. Jatuh reputasi kau yang cun Intan. “I kena pergi sekarang juga. Please...” pujuk rayu Intan. Dalam sempat merayu itu tangannya bukan main lagi bergerak sana sini pegang Adif. Hatinya memang tidak sabar lagi hendak bertemu dengan Qimi yang menanti dalam kereta. Banyak yang hendak dibuat dengan lelaki itu pula.
At least bagitahu dulu nama you dan number phone...” Haish! Puas berdrama tadi langsung Adif tak tahu nama Intan. Maklumlah mulut tengah sibuk buat body languange. Merayap sana-sini sampai nama Intan pun dia tidak tahu.
Intan pula rasa nak hempuk diri sendiri guna kerusi di sebelahnya. Macam mana boleh terlupa benda penting ni pula. Itulah kalau sudah dunia miliknya dan Adif. Mana hendak ingat benda lain. Cepat-cepat tangan Intan membuka semula tas tangannya. Sekeping kad dikeluarkan lalu diserahkan pada Adif.
“I tak sempat nak perkenalkan diri. Just call me Intan. Ini kad I... bye...” Intan yang baru buka beberapa langkah ke depan undur semula tepat memandang wajah Adif yang baru saja hendak belek kad namanya.
Yes?” pertanyaan Adif tergantung bila Intan terus saja mengucup bibirnya. Terleka mereka sebentar. Intan ni dalam hendak cepatnya keluar dari tempat itu sempat lagi miang keladi. Kedua pipi Adif dipegang sambil mengucup bibir lelaki itu.
It’s my goodbye kiss. Thanks for tonight.” Katanya sebelum berlalu pergi tinggalkan Adif.
Tersenyum kecil lelaki itu. Bukan main lagi tahap berani perempuan itu. Selalunya dia ayat dulu mana-mana perempuan sebelum cucuk jarum. Ini tak payah mulut berbicara. Terus saja bersentuhan malah perempuan itu yang akan mulakan semuanya dahulu.
“Zara Intan Tasneem binti Zafril Hasyim. Hurm... nama bapa dia bukan main sama lagi dengan nama bapa aku. Macam ada jodoh je.” Bukan jodoh Intan dengan bapanya tapi jodoh bersama Adif. Tersenyum dia mengenangkan Intan. Rindu pula bertepu di dada. Rindu belaian manja Intan tadi. Padahal baru beberapa minit saja Intan tinggalkan dia.
“Boleh tahan juga Intan ni. Bukan calang-calang company dia miliki. Pengerusi pulak tu.” Nama syarikat besar itu dibaca dalam hati saja. Kali ini hatinya kuat ingin bertemu dengan wanita itu lagi.
Rindu pula dengan Intan... besar penangan cik Intan ni. Dalam hati Adif yang sedang merindui Intan itu matanya pula gatal mencari pasangannya tadi. Mana pulak perempuan tu pergi? Adif jongket bahu. Rugi pula tiada sleeping partner malam ni. Ditolak pasangannya tadi kerana terang-terang terpikat dengan keseksian Intan.
Dalam Adif melayan perasaan rindunya, Intan pula tengah bergegas melangkah keluar dari lobi hotel. Fikirannya langsung tidak fikirkan Adif. Matanya melilau mencari kereta Qimi. Sekelip mata saja kereta mewah Qimi berhenti depan Intan.
Intan terus masuk ke dalam kereta. “Hai sayang!” pipi Qimi dicium sebaik saja masuk ke dalam. Tanpa tunggu lama kereta Qimi meluncur pergi dari tempat itu.
“Macam mana tadi? Hebat tak I?” tanya Intan. Badannya disandarkan ke dada Qimmi.
“Bukan main hebat lagi I tengok... Sampai bergaduh besar Adif dengan girl dia tadi.”
Intan yang perasaan sindiran Qimi itu langsung tidak berbekas dihatinya. “Tengoklah siapa... ” dia mendabik dada.
“I tetap tak suka cara you ni... nyaris terbabas je tadi. Senang aje lelaki itu angkat you naik bilik tadi.” tegur Qimi. Padanya Adif tu langsung tidak boleh percaya. Lebih-lebih lagi tempat tadi tu hotel. Kalau Intan bagi green light aje tidak mustahil terus check in!
“Yela... yela... I je salah. Hari tu setuju. Malam ni lain pula dia cakap!” Intan kembali ke tempatnya. Tangan disilangkan ke dada.
Merajuk! Ini yang buat Qimi lemah lutut. Dia tidak suka Intan merajuk dengannya. Intan dipandang sekilas. “Intan... sayang... janganlah macam ni. Okey janji I setuju je apa-apa hal.” Tangannya mencari-cari tangan Intan. Digengam kuat tangan orang yang dia sayang separuh mati itu.
Senyuman Intan tidak dapat ditahan lagi. Tangannya kuat membalas gengaman Qimi. Lalu dibawa ke bibir. Lama tangan lelaki itu dikucup.
“Tahu saja dia kelemahan I.” Cebik Qimi. Tangannya yang masih lagi mengengam tangan Intan dibawa ke pipi mulus wanita itu. Disapu-sapu pipi Intan. Dia akui Intan manja orangnya. Sebab kemanjaan itulah ramai yang tergoda dengan Intan. Sesiapa pun tidak sampai hati nak berkeras dengan dia
“Oh! Nyaris terlupa. Girl tu macam mana? Dapat tak?” soal Intan. Perempuan yang dimaksudkan ialah pasangan Adif. Wajah Qimi terus dipandang.
Terserlah lesung pipi Qimi bila senyum.
“Bila mula buat muka poyo tu. Sah dia dapatlah tu!” cebik Intan. Tak dapat pula tengok free show Qimi.
“Macam mana boleh dapat? Teruk ke dia menangis tadi lepas ke tolak.” Soal Intan lagi bila Qimi sekadar nak tayang muka toya dia tu.
“Teruk jugalah. Sampai hancur mekap. Alah biasalah. Buat yang ringan-ringan. Terpujuklah dia.” Banyaklah ringan kau Qimi. Rupanya dia pun dua kali lima dengan Intan.
“Banyaklah ringan dia. Yang tutt tu tak pula malam ni...” sindir Intan. Ikutkan hati mahu saja dia gigit tangan Qimi yang masih dalam pegangannya.
“Yang tu terpaksa tahan hati saja kena cancel bila baby ni hampir buat jantung I meletop tengok cara dia tadi. Baru first time bawa tempat macam tu dah mula perangai dia.” kata Qimi sambil menjeling Intan disebelah.
Intan sekadar tersengih namun dalam hati bukan main lagi mengeluh. Haih! Tak habis lagi bebelan Qimi ni rupanya...
“Alah sayang. Tenang je... Lepas ni kita tunggu esok. I bet tak sampai tiga hari Adif mesti call I punya. Kita tunggu siapa dapat panggilan dulu..” kepala Intan mula melayang ingatkan mamat kasanova tu. Namun imaginasinya melayang bila Qimi gosok kepalanya sampai kusut masai rambut Intan.
“Adalah benda kuning dia fikir dengan mamat tu.” Jelas tidak puas hati dalam nada suara Qimi.
Intan tersenyum lebar. Dia tidak pun terkutik sedikit pun. Kasut tumit tinggi warna kelabu itu dibuka. Dia terus berpindah duduk atas paha Qimi yang sedang memandu itu.
Tergeleng kepala Qimi. Intan ni kalau nak duduk atas paha dia semasa memandu, dia langsung tidak kisah tapi yang penting bagitahulah dulu. Sekurangnya boleh dia perlahankan kelajuan kereta.
Tapi berbuih mulut Qimi pesan pun Intan bukannya peduli. Qimi betulkan cara Intan duduk atas pahanya agar mudah dia memandu. Intan merebahkan badannya ke dada Qimi. Leher lelaki itu dipeluk. Qimi biarkan saja cara Intan. Dia sudah pun terbiasa memandu sambil memangku Intan.
“Bawa slow lagilah. Tak puas nak rindu Qimi... esok dah kena kerja lagi...” pujuk Intan. Pelukannya dikemaskan. Intan paling benci hari Isnin hingga Jumaat. Sejak mula bekerja ni, jarang dapat jumpa Qimi. Dulu tiap-tiap malam saja dia hadap muka Qimi lepas lelaki itu habis kerja. Sekarang ni masing-masing sibuk urus syarikat sendiri. Intan pula habis kerja terus balik rumah. Penat!
Slow dah ni sayang...” Kereta sport disuruhnya bawa perlahan-lahan. Lambat mana pun tetap rasa laju juga bila Qimi tertekan minyak lebih. Dia layan saja permintaan Intan itu. Habis kereta mahal Qimi bawa seperti kereta kura-kura. Tapi dia sendiri rindukan Intan yang manja itu. Itulah sebabnya susah nak berlepas bila bersatu seperti sekarang.
“Ni... nak I hantar ke mana balik?”
“Alah... nak kena balik terus ke?” manja Intan menyoal. Dia angkat kepala sikit. Qimi dipandang dengan penuh harapan agar lelaki itu bawa tempat lagi. Tapi memang tiada harapan pun. Esok kerja! Qimi tidak mahu Intan kelihatan lesu esok pagi.
“Baliklah... nak balik mana? Kondo you ke atau balik rumah I?” tanya Qimi lagi.
“Orang gaji you ada di rumah tak?” tanya Intan pula.
Qimi mengangguk. “Nak balik sana ke?” Dia sendiri nak Intan balik ke rumah tu kembali. Tinggal sana pun tak apa dari tinggal seorang diri di kondonya, dulu Qimi benarkan saja pun sebab Asha tinggal sekali dengan Intan. Tapi sejak Asha kena pindah sebab mula bekerja. Qimi nak Intan terus saja tinggal bersamanya.
“Kalau balik sana kena terus masuk tidur ke?” Intan soal lagi manja. Nak sesuatulah tu sebab tu suara Intan terlebih manja dari kebiasaanya.
Qimi tersenyum sedikit. Dicubit pipi gebu Intan walaupun tidak tunduk memandang Intan. Sekali tunduk takut lain pula yang dia nampak. Malam ini memang Intan terlebih kurang baju. Sampaikan bila dia tunduk sikit pandang Intan. Jelas nampak buah dada gadis itu. Dia sendiri lelaki. Ada nafsu, kalau Adif yang tadi terus tolak pasangannya gara-gara terpandang Intan. Silap hari bulan dia pun boleh terleka. Silap-silap Qimi yang terbabas malam dengan Intan. Intan ni bukannya ahli keluarga dia. Boleh saja kalau nak.
Tahu ada lagi agenda Intan. Qimi terus bersuara. “Terus tidurlah. Esok kerja.” Dia sempat lagi mengeratkan pelukan Intan.
Bibir Intan dijuih ke depan. Nak pujuk akulah tu. “Balik kondo sajalah kalau macam tu...”
Aduh! Qimi sudah mula terkulai dengan suara Intan merajuk itu. Nasib baik sayang punya pasal. “Kalau tak terus tidur, nak buat apa pula?” soalnya. Mengalahlah tu!
“Banyak!”
Ah sudah! Dengar perkataan banyak pun buat Qimi lemah lutut. Tidak! Malam ni biar dia berkeras sikit. Esok pagi ada mesyuarat penting. Nanti terlajak tidur pula kalau nak layan perangai Intan. “Kalau macam tu balik kondo sajalah.”
“Yela... yela... dia ni... membuta saja kerja. Malam masih awal pun...” Bebel Intan.
Gembira Qimi dengar. Dia tunduk sikit mengucup dahi Intan. Pujuklah apa lagi. Dia tahu pun Intan merajuk bukannya lama mana pun. Kejap lagi surutlah tu. Apapun berbaloi juga dari kena layan Intan main game sepanjang malam ni. Ikutkan hati mahu saja Qimi bakar permainan Chess, Monopoly, Scrabble termasuklah Pictionary Intan di rumahnya. Kalau layan Intan main, selamat saja esok pagi habis semua game dipulun. Sakit kepala nak perah otak bermain dengan budak terlebih umur ni. Tapi bakar mana pun tetap juga Intan beli nanti. Qimi pernah sembunyikan permainan-permainan tu sebelum ni, Tak sampai 24 dah ada yang baru di ruang tamunya. Intan dan Asha pergi shopping segala jenis permainan tu lagi!
Itupun nasib badanlah kalau Asha tidak join sekaki main. Kalau tak pening kepalanya nak layan dua-dua. Seorang manja, seorang pula kepala batu! Geram pula Qimi bila teringatkan Asha kepala batu itu. Selalu saja dia mengalah dengan Asha dan Intan. Lebih-lebih bila dua orang tu bergabung. Dia yang meletop melayan keduanya.
Tapi biasalah Qimi. Ayat klise tidak mahu kalah. Alah bukannya kalah betul-betul saja je nak mengalah sebab sayang punya pasal. Banyaklah kau punya mengalah Qimi, padahal selalu saja kena buli...
Contoh terbaik ialah sekarang. Berhenti saja kereta Qimi terparkir. Intan terus pura-pura tertidur supaya Qimi angkat. Dan angkatlah juga Qimi sebab sayang punya pasal. Janji Intan bahagia... Intankan permata hatinya. Dia sanggup buat apa saja demi wanita itu.
Nasib engkaulah Qimi. Dapat perempuan kaki buli!

Secebis Cinta Intan bab 2

$
0
0


Pagi tu tahap tekanan perasaan Intan naik satu angka. Hampir semua orang kena sembur olehnya. Semua kerana kalah dapat perebutan projek di kuala selangor tu. kalah projek bukanlah masalah tahap mega baginya. Tapi bila tahu siapa yang dapat projek tu buat dia angin sampaikan Hakimi pun kena sembur. Lelaki tu pun satu. Dah tahu Intan tengah berangin dia boleh pula buat lawak bodoh depan Intan. Memang saja cari naya!
Intan garu kepala yang tiba-tiba saja gatal. Serabut! Berapa hari tak cukup tidur semata-mata kerana projek itu. mengantuk ditambah lagi dengan rasa marah yang mengebut tidak tentu pasal.
Kuat dengusan Intan sendiri. Dia tak suka serabutkan kepala dengan benda remeh.
Tas tangan dikeluarkan dari dalam laci. Intan turut menarik blazer putih miliknya. Dia perlu keluar tenangkan fikiran. Duduk dalam pejabat pun belum tentu siap kerja. Meja setiausahanya di singgah. Memberi pesanan sedikit kepada Suraya sebelum keluar bangunan syarikat. Dia tidak mahu diganggu buat masa ini. Termasuklah dari Hakimi. Bukan Intan tak tahu yang Hakimi selalu saja korek rahsia dari setiausahanya ni.
Destinasi seterusnya ialah gerai makan tepi jalan tempat selalu dia lepak bersama Hakimi dan Damia. Sebelum sampai ke gerai makan mak angkatnya, dia sempat singgah tandas awam untuk tukar baju lain. T-Shirt biasa dan seluar slack yang memang tersedia dalam boot kereta pakai mengantikan bajunya yang agak seksi.
Kena bebel oleh emak bila pakai baju seksi ni satu hal. Lagi satu, tak pasal terbeliak mata pak cik-pak cik yang singgah pekena kopi secawan di geram mak cik Faridah tu. Intan parkir kereta dia di tepi jalan. Wanita berusia itu berjalan ke luar gerainya sebaik saja melihat kereta Intan berhenti dekat dengan kedainya.
“Assalamualaikum mak.” Tersengih Intan memberi salam pada mak cik Faridah yang dianggap sebagai emaknya.
Telinga Intan dipulas. Salam anak gadis itu sekadar dijawab dalam hati.  “Dah sebulan lebih tak balik ni dah kenapa? Kalau bukan sebab mak telefon sebab. Tiadanya kau nak balik rumah mak kan!”
“Ahhh.... ahhh... ahh!! Sakit mak! Ampun mak. Ampun!” rengek Intan. Berkerut-kerut wajahnya menahan sakit. dia cuba juga lepaskan tangan Faridah yang memulas telinganya.
Intan cebik mulut sambil gosok telinga yang pedih dipulas si emak terseyang.
“Ni dah makan ke belum?” Faridah menyoal sambil mencekak pinggang.
Tersengih lagi Intan dengar soalan cepumas tu. Pelahan-lahan dia geleng kepala. “Lapar mak.” Rengeknya manja sambil peluk lengan wanita itu. Kepala siap dilentok pada bahu Faridah. Teknik nak ambil hati tu!
“Tunggu mak kejap. Nak tutup gerai dah ni.” arah Faridah sambil masuk semula ke bawah bumbung. Kerusi dinaikkan atas meja. Anaknya setia saja ikut dari belakang.
“Awal tutup gerai mak.” Soal Intan sambil membantu Faridah kemas meja dan kerusi.
“Tutuplah. Nasi lemak dah habis. Lauk-lauk tu pun dah tinggal sikit. Tak larat mak nak masak banyak macam dulu lagi.”
“Itulah mak. Orang dah cakap balik-balik jangan berjual lagi. Tak nak dengar. Kan bagus kalau mak tinggal saja dengan Intan. Mak dan ayah boleh rehat-rehat selalu... Intan pun boleh makan sedap-sedap selalu...” tersenyum Intan sendiri sambil bayangkan hari-harinya jika dapat tinggal bersama Faridah. Mesti dapat makan sedap-sedap setiap hari.
Belum habis Intan mengelamun segala jenis makanan kegemarannya. Bahunya ditepuk lembut oleh Faridah. “Dah besar panjang malas nak masak! Mak tengok kamu ni dah macam bihun. Putih dan kurus kering.”
“Mak ni... apa pula samakan orang dengan bihun. Tukar topiklah mak ni. Tak best!
Faridah mencebik. “Bukan mak yang tak nak tinggal dengan korang, korang tu yang tak nak tinggal dengan mak. Lagipun sekarang ni tiga-tiga dah tinggal rumah masing-masing. Kalau mak tinggal rumah kamu, sah si Damia dan Hakimi mogok dengan mak.”
“Ala mak ni. Tangkap touching pula. Tinggal sajalah dengan Intan.”
“Bukan mak tak nak Intan. Mak pun rindu nak tinggal dengan kamu bertiga. Tapi kalau mak tinggal dengan kamu. Bosan mak duduk rumah tu. Tiga-tiga selalu sibuk kerja. Terbang sana, terbang sini...”
“Alalala...” tubuh gempal Faridah dipeluk. Intan tidak suka Faridah buat ayat menyentuh perasaan tu.
“Lepas Intan selesai segala urusan. Mak jangan risau. Intan tinggal dengan mak. Intan pun tak larat hari-hari makan nasi bungkus. Nanti Intan kerja je dekat rumah. Boleh?” pujuk Intan. Memang itu rancangan asal Intan, setelah rancangan dia berjaya. Intan akan tinggalkan kehidupannya sekarang. Tinggal bersama Faridah dan Mahmud.
“Mak pun risau Intan. Kamu tu hari-hari makan kedai. Kalau sibuk boleh sampai tak makan. Walaupun mak tak suka rancangan kamu tu, mak harap sangat Intan cepat-cepat selesaikan. Tinggal dengan mak balik.”
Intan sekadar senyum dan mengangguk. Tidak berani nak cakap lebih. Nanti berjela ‘kuliah’ petang dari emak tersayang.
“Tidur rumah mak ke ni?” tanya Faridah.
“Aah. Tapi tidur malam je la. Esok nak kerja.” Semakin rendah suara Intan. Dia paling malas nak ke kerja bila dari rumah emaknya. Automatik badan jadi malas nak ke kerja sebab mak selalu ada untuknya.
“Tak apalah. Nanti bila tak sibuk. Datanglah. Bawa budak dua tu balik sekali. Yang dua tu pun makin jarang balik rumah. Kalau balik pun tak pernah serentak. Haraplah Damia nak balik kalau Hakimi ada. Damia tu jual mahal sangat.”
Tertawa kecil Intan ingatkan kisah Damia dan Hakimi ni. Dari kecil sampai ke besar tak pernah sekufu. Padahal satu rumah tahu perasaan budak dua tu. “Macam ada restu je mak.” Ujar Intan.
“Mak tak kisahlah Intan. Senakal-nakal Kimi tu. Mak yang jaga dia dari kecil sampai ke besar. Mak kenal dia luar dan dalam. Kasih sayang mak pada dia dan Intan pun dah sama dengan kasih sayang yang mak berikan pada Damia.”
Intan setuju dengan Faridah. Kimi nakal dan boleh dicop buaya darat. Tapi dia tahu cinta Kimi hanya pada Damia. Damia saja yang dari dulu sampai sekarang tolak Kimi. Tak tahulah apa yang dia tidak berkenan sangat pada Kimi tu walaupun Kimi tidak pernah berhenti pikat hati Damia. Pada mak dan ayah Damia pun telah diutarakan niat nak memperisterikan anak dara mereka tu. Faridah makin suka bermenantukan Kimi. Lelaki yang dia boleh percaya untuk jaga Damia. Kimi tu cinta mati pada Damia dari kecil lagi.


Balik rumah emak adalah benda yang paling bahagia buat Intan. Semua masakan kegemarannya terhidang. Tutup saja kedai, Intan terus bawa Faridah ke Giant untuk beli barang dapur. Macam-macam permintaannya, semua masakan kegemaran Intan. Faridah pun senang hati masakkan untuk anak manjanya. Tapi bila waktu masak, boleh pula Intan pergi masuk ruang tamu bercerita dengan Mahmud. Bukannya reti nak tolong emaknya masak.  Faridah pun tak kisah. Dia lagi suka sebab bila Intan dalam dapur mulutnya tidak pernah berhenti merengek walaupun benda kecil.
“Mak... orang dah lancar perang sekarang ni.” beritahu Intan. Matanya memandang Faridah yang  selama ini menyayanginya sepenuh hati.
Lemah hembusan nafas Faridah mendengar kata-kata Intan. Dia tidak pernah ajar anak-anaknya untuk berdendam. “Intan...” meleret suara Faridah menyebut nama Intan. Gadis yang sedang baring berbantalkan pahanya dipandang. Rambut Intan dikusap perlahan-lahan.
“Intan tahu mak tak suka... tapi selagi Intan tak buat. Hati Intan masih sakit mak. Intan nak mereka rasa apa yang Intan rasa sebelum ni.” sayu suara Intan. Dia tidak mahu kalah dengan keluarga yang pernah musnahkan kehidupannya sebelum ni. Terlalu lama dia rancang untuk mulakan operasi ini. Banyak yang dia lalui untuk jadi lebih kuat demi melawan keluarga itu nanti.
“Dah tahu mak tak suka, lagi dia nak buat.” geleng kepala Faridah dengan perangai Intan ni. Degilnya kemain!
Intan tersengih. “Mak...” panggilnya lembut.
“Apa sayang?”
“Apa pun jadi dengan Intan nanti. Mak tetap sayang Intan boleh? Mak jangan buang Intan macam lelaki tu buat. Mak jangan pukul Intan macam arwah mama buat dulu boleh?” bergetar suara Intan meminta pada Faridah.
“Ya Allah sayang... Intan tetap anak mak. Mak dan ayah yang jaga Intan, Damia dan Kimi dari kecil sampai ke besar. Sampai bila-bila pun mak tak akan buang anak-anak mak. Jangan cakap macam tu lagi. Mak tak suka dengar.”
Terharu Intan dengar pengakuan Faridah. Baginya Faridah dan Mahmud ialah ibu dan bapanya. Bukan lelaki tu, bukan mamanya. Dia tidak mahu sesiapa mengantikan Faridah dan Mahmud, kasih sayang suami isteri itu melebihi kasih sayang seorang ibu bapa kepadanya.
“Terima kasih mak. Intan sayang mak...”
Faridah tersenyum melihat telatah manja Intan. Rambut panjang mengurai itu diusap lembut.
“Kimi kata isteri papa Intan tu ada dua orang bujang.”
Mencebik Intan dengar. Dia tidak suka dengar gelaran ‘papa’ tu. Sampai sekarang dia tidak pernah sebut hinggakan Damia dan Hakimi pun tidak dibenarkan gelar ‘papa Intan’ depannya. Hanya Faridah dan Mahmud saja yang berani, Intan pun dah jenuh cakap yang dia tidak suka dengar. Suami isteri tu mana pernah ikut cakapnya, tambah lagi Intan memang tak pernah bangkang cakap mak dan ayah angkatnya tu.
Kecualilah bab-bab nak balas dendam tu. Yang tu dia memang berkeras nak buat juga.
“Intan! Mak tanya ni.”
“Iya mak. Ada dua orang hah. Seorang Aneff, seorang lagi Adif. Mak nak pikat yang mana? Nanti Intan tolong pinangkan.” Nak tak nak saja Intan sebut nama dua orang lelaki itu.
Faridah cubit lengan Intan. Nakal! “Untuk mak buat apa. Untuk Intanlah!”
“Hish tak nak Intan. Seorang buaya darat, seorang lagi berlagak. Dah la dua-dua tu anak kesayangan mama mereka tu.” Walaupun dia baru saja jumpa Adif, tapi melalui hasil penyiasatannya  Aneff seperti orang berlagak saja.
“Iyalah tu Intan. Macamlah mak ni tak tahu apa kau nak buat dengan dua beradik tu.”
“Alaa... Nak goda-goda sikit je. Lagipun Intan nak bagi dua beradik tu bergaduh, bukannya nak buat jadi laki pun.”
“Mana-mana kamulah Intan. Mak tegur pun bukannya kamu nak dengar. Dah tidurlah. Esok nak bangun awal pergi pejabat lagi.” Arahnya sambil menepuk lengan Intan agar betulkan cara pembaringannya.
“Mak tidur dengan Intan malam ni? bagilah chance dekat ayah tu jadi bujang sekali sekala.” Pujuk Intan.
Faridah rasa macam nak cubit-cubit je mulut Intan ni. Loyar buruk dengannya memang nombor satu. “Dah tidur. Mak nak tutup lampu dulu.” Nasib dia dah bagitahu suaminya yang Intan pasti akan minta tidur bersama dengannya. Lagipun semua dalam keluar tu memang faham sangat perangai Intan yang nak dia tidur bersama dengan Intan setiap kali anak angkatnya pulang ke rumah mereka. Mahmud pun tahu sangat dengan perangai anak mereka yang paling manja ni. Dari kecil sampai ke besar sama saja perangai manja Intan ni.




Emak dan ayah angkatnya adalah kaunselor yang terbaik bagi Intan. Moodnya kembali normal. Semangat untuk datang kerja tu kembali berkobar-kobar walaupun sakit juga telinganya dengar kuliah emak sebab kes liat nak bangun pagi dan cara pemakaiannya yang terlalu menjolok mata. Mahmud pun geleng kepala dengan perangai Intan yang tak makan saman.
Interkom berbunyi ketika Intan sedang buat senang ringan di kerusinya. Sakit belakang duduk lama menghadap kerja.
“Cik Intan...” laju suara Suraya memanggil sejurus saja Intan menjawab interkom tersebut.
“Ada apa Sue?”
“Encik Aneff Ayman dari Perkasa Group datang.”
Tegak badan Intan dengar nama lelaki itu. Terkejut! Tidak sangka lelaki itu datang ke pejabatnya. “Sue jangan bagi masuk dulu. Awak kira dalam tiga minit macam tu baru bagi masuk.” Kalut Intan memberi arahan. Dia pun tidak terfikir nak fikir apa dalam tiga minit tu.
Berkerut dahi Suraya dengar arahan pelik dari bosnya namun dia terima saja arahan Intan. Kepada Aneff diminta untuk tunggu sebentar dengan alasan bosnya sedang sibuk.
Intan dalam bilik kalut berjalan sana sini sambil membetulkan keadaan bajunya. Dalam hati menyesal juga sebab tidak pakai seksi hari ini. Gincu merah menyala sempat diyalit pada bibirnya. Tubuh badannya dipandang melalui refleksi diri pada cermin besar yang terlekat di dinding pejabat mempunyai rekaan dalaman bertemakan moden itu.
Baju kemeja putih Intan ditegang agar nampak lebih kemas. Dia pusing badan 180 darjah untuk menanti kedatangan lelaki yang dinanti-nantikan. Kononnya nak bergaya semasa berpusing tapi tidak pasal kakinya tersalah pusing hingga kuat suara Intan teriak ketika jatuh terduduk atas lantai. Kebetulan waktu tu juga si Aneff nak masuk diiringi oleh Suraya.
Bibir merah Intan diketap. Sakit mak oi! Dia memegang kaki yang terseliuh. Suraya dah kalut berlari ke tempat Intan terjatuh tadi. Kalut tengok bosnya terjatuh. Aneff pun ikut berlari anak ke tempatnya.
“Cik okay ke?” soal lelaki prihatin.
Intan yang menahan sakit sekadar mengangguk. Dalam hati bertangki-tangki makian Intan menuduh Aneff sebagai pembawa sial kepadanya. Selalu buat aksi pusing penuh gaya tu tak pernah pula dia terjatuh. Depan lelaki ni jugak nak dia terjatuh. Dimaniskan saja muka pada Aneff walaupun sekadar berpura-pura.
Aneff bantu memapah ke sofa dalam bilik Intan.
“Cik Intan nak ke klinik?” tanya Suraya ketika di sofa.
Intan geleng kepala. Dia tidak mahu nampak sedikit pun kelemahan depan Aneff. Kaki sakit boleh tahan lagi.
“Cik Intan pasti?” Aneff pula menyoal. Gaya macam sakit bagai nak rak sampai payah nak jalan masih lagi tak nak ke klinik.
“I pasti. Jangan risau.” Tegas suara manja Intan beritahu.
“Sue.... you ambilkan planner I atas meja. Kemudian sediakan minuman untuk Encik Aneff.” Arah Intan pada setiausasahnya pula.
Suraya akur. Tahu tahap kedegilan bosnya yang dikenali sejak dua tahun lepas ketika dia mula bekerja dibawah Intan. Kalau Intan kata putih, makan putihlah yang harus mereka hadap. Begitu juga sekarang.
So... I ingatkan patutnya pekerja you yang datang. Tak sangka bos besar sudi cemar duli.” Intan pandang mata lelaki itu sambil membelek setiap inci rupa Aneff. Wajah lelaki ini tak ubah seperti wajah wanita yang paling dia benci.
“Maaf datang tak beritahu you terlebih awal. Orang yang patutnya jumpa you tu kemalangan semalam. Sekarang ditahan di hospital. Dan I yang ganti ambil alih untuk projek ni.”
Oh god! moga dia cepat sihat.” Sedih riak wajah Intan walaupun dalam hati dah melonjak gembira. Gembira kerana dia sendiri akan bekerjasama dengan Aneff. Maknanya selepas ini makin mudah untuk dia dekat dengan lelaki ni. Rancangan nakal mula dilakar dalam kepalanya.
Thanks. Kaki you ni macam mana? Nak teruskan perbincangan ke atau nak I bawakan ke klinik.” Tanya Aneff ramah. Risau juga tengok keadaan Intan. Kalau kaki tu tak dirawat dengan segera , takut makin teruk pula nanti.
Intan tersenyum. “You jangan risau. Kaki I perkara kecil. Lepas meeting nanti I akan pergi. Bagi I meeting lagi penting sebab I tak suka bazirkan masa orang. I tahu you sibuk dan orang lain pun sibuk. No big deal.’ Sikap profesional Intan semasa bekerja lain dari keadaannya biasa. Dia tahu waktu nak bermanja dan waktu untuk serius. Tapi harap dia dapat bertahan untuk serius, nanti tak pasal keluar miang keladi Intan tu  bila kena kerja dengan Aneff.
Baginya Aneff boleh dikategorikan sebagai lelaki kacak seperti adik lelaki itu. Cuma mata yang agak sepet tu saja yang dia paling tidak berkenan. Intan tidak pernah spesifikasikan lelaki-lelaki bermata sepet sebagai kacak. Aneff dikategorikan sebagai lelaki pertama!
“Betul ni?”
“I yakin. Fullstop. Tutup topik pasal kaki I. Sebelum kita mukan perbincangan I nak kenalkan diri dulu. Nama penuh I, Zara Intan Tasneem binti Zafril Hasyim tapi you panggil Intan je cukup.” Tangan Intan dihulurkan kepada Aneff untuk bersalam. Kaki yang sakit disilang menindih kaki yang lain. Terselah sedikit keseksian gaya Intan di situ walaupun nampak seperti cara duduk biasa.
“Oh tak sangka nama papa you sama dengan nama papa.”
Sebelah kening Intan saja diangkat sedikit. “Oh really? What a coincidence...” kononnya ala-ala teruja Intan bersuara walaupun dah muak Intan dengar ayat tu. Jumpa Adif buat pertama kali dulu pun. Itu juga ayat yang lelaki tu guna.  
Ingat pasal Adif buat sakit jiwa Intan saja. Bukannya lelaki tu nak telefon dia balik. Sakit hati kena gelak sakan oleh Hakimi. Padahal Intan yakin sangat akan dapat si Adif tu dalam tempoh kurang dari tiga hari. Ni dah dekat tiga minggu sekali telefon pun tidak!
“Aah. Sama sangat. Oh lupa. I Aneff Ayman bin Qusyairi”
Manis senyuman Intan terlakar sambil memandang lelaki itu. “Okay Encik Aneff. I tahu you pun sibuk... Boleh kita mulakan perbincangan sekarang?”
Aneff mengangguk. Persepsi pertama buat wanita yang pertama kali dijumpa ini terlalu menakjubkan bagi Aneff. Kredibiliti Intan sangat berbeza baginya. Intan terlalu fokus dengan kerjanya walaupun sekali sekala dia dapat melihat muka itu berkerut dan agak sukar bergerak kerana kaki yang terseliuh tadi.
Bertahun Intan boleh bersabar. Untuk pikat Aneff dia kena tahu kelemahan lelaki ini dulu. Ingat pesan Hakimi, lelaki mudah tergoda dengan wanita. Tapi mesti kena dengan cara dan citarasa terhadap perempuan yang dia suka.
Manis senyuman Intan membalas pandangan Aneff ketika perasan lelaki itu sedang membelek wajahnya. Dalam hati kembang setaman. Pasti Aneff sedang memuji kecantikan rupa parasnya. Penuh keayuan dan kemanjaan suara Intan semasa perbincangan. Dia tidak akan sesekali melepas peluang untuk mendekati lelaki ini.
Diperhati wajah Intan yang manis
My darts are ready. I’m aiming you Aneff. I want you and you gonna be mine’  bisik hati Intan sambil kelip mata pada Aneff bila lelaki itu sedang mengelamun memandangnya.
Aneff yang tersentak dengan kelipan mata Intan tersenyum kecil. Malu dengan tindakannya memerhati Intan.
Shall we continue?” tanya Intan manja sambil menongkat dagu pada atas lutut.
“I kagum you Cik Intan. Patutlah you digelar Iron Lady dalam area ni.” Selama Aneff menceburi bidang perniagaan. Nama Intan sering saja menjadi topik utama kerana pencapaiannya yang dikatakan terlalu tinggi bagi seorang wanita berumur 28 tahun. Malah dia tahu Intan sangat berpengaruh di luar negara, kerana dia difahamkan selama ini syarikat dalam negara hanya dikawal oleh pekerjanya sahaja sedangkan dia tinggal di luar negara.

“I have my very own personal visionMr Aneff. Untuk capai visi tu, menjadi Iron Lady ialah perkara wajib bagi I. Its a must.”  Ujar Intan bersirat.

Haodie~  [Faz's Captured Thought] -group FB tempat baru faz tempek teaser. FB page dah tak berapa teaser sana dah.

Pesta Buku KLCC & shoot video 3rd language

$
0
0
Assalamualaikum,


Hai salam hujung minggu semua.
hari ni nak post pasal alkisah semalam. Kam berempat sebenarnya. tapi yang tiga tinggalkan faz seorang dalam karnival pesta buku KLCCsemalam. huhu.. yang lain tak minat membaca. so tak apalah. yang mereka dah bawa tu pun syukur & happy sangat-sangat. so faz g pusing-pusing karnival kejap sementara yang lain g klcc jalan-jalan. ni hasil buku-buku yang faz beli. banyak lagi yang dah listed nak beli. tapi tiada. huhu...


Bila Hati Berbicara - Anatasya
Suami Sebelah Rumah- Ana Sofiya
Kalau Memang harus begitu - Acik Lana
Yang Selalu Ada- Pena Kayu & Wawa Taufik
Cinta Ada Di Sini. -Sha Ibrahim
lepas dah beli, faz x tunggu lama. sebab kitorang punya next mission ialah recording utk video assgnment third language : mandarin. jadi lepas dah cekup novel. faz terus balik dari karnival.
kami g Central Market atau bahasa lainnya Pasar seni. shoot video mandarin plus jalan-jalan cuci mata. kih...kih..kih

Gambar dekat Central Market. Cantiknya dalam tu. Ramai pelancong lagi.






Bukan Orang Ketiga SE (Andai Bukan Dia?)

$
0
0


Merah. Bengkak mata Thia menangis. Lelaki itu akhirnya telah pun berkahwin. “Taniah Zarul. Taniah.” Ucapnya perlahan. Serak suara Thia yang masih lagi menangis. Perasaannya langsung tidak dapat dikawal memandang setiap gambar yang terpampang dari skrin komputer riba miliknya.
Melihat Zarul sedang memegang tangan tok kadi itu. hati Thia bagai dicarik. Kenapa bukan dia? Kenapa mesti Aqila? Sakit hari Thia. Pedih melihat senyuman bahagia pada pasangan tersebut. Air mata Thia mengalir lagi. Makin deras.
“Mal… kenapa saya miliki perasaan ini? Kenapa saya perlu hadapi semua ni? Saya tak nak Mal… Saya tak nak…” Thia bermonolog lagi. Kini dia tiada Ekmal untuk kongsi masalahnya. Tiada Zarul untuk dicintai. Kedua-dua lelaki ini bukan miliknya. Ekmal bahagia bersama Zulaikha. Zarul baru sahaja sah menjadi milik Aqila.
Cinta. Kenapa begini cinta yang aku harus miliki? Aku tak larat menanggungnya… Cinta pertama. Pedihnya hanya Allah yang tahu. Zarul? Aku tidak mampu berbuat apa-apa selain mendoakan kebahagiannya. Aku tidak berkemampuan untuk terus memiliki hati lelaki itu. Aku berharap agar TAMAT la cerita antara aku dengannya.
Coretan demi coretan di tulis ke dalam novelnya. Mungkin kisah terakhir berkisarkan Zarul dengannya.
Banyak yang berlaku dua tiga hari ini. Thia pun tidak larat lagi hendak berfikir. Dia telah diberi amaran oleh Zarul kerana nyaris-nyaris putuskan tali pertunangannya bersama Aqila tempoh hari. Thia menyesal! Kesal kerana tindakannya tidak berjaya putuskan pertunangan pasangan itu. Sebaliknya Zarul ambil tindakan untuk mempercepatkan lagi tarikh perkahwinan mereka. Tertekan! Thia rasa hendak menjerit sekuat hati.
Kepala yang semakin berdenyut ditekan kuat. Sakit! tapi Thia tidak mampu menjerit sekuat hatinya. Raihan yang sedang lapar menangis kuat mintakan susu. Tambah sakit kepala Thia. Tidak tahan dengan keadaan yang serabut. Rumah semakin tidak terurus. Mujur Mira dan Asha balik ke kampung untuk ikut menghadiri majlis perkahwinan Zarul dan Aqila.
Telefon Thia berbunyi. Mengalunkan lagu hingga keadaan menjadi kacau bilau. Seketika telefon tersebut berhenti, namun telefonnya berbunyi lagi. Thia tahu Ekmal yang telefon kerana Thia telah set nada dering khas untuk nombor lelaki itu. “Maafkan saya Mal. Saya perlu tenangkan fikiran dulu.” Telefon Thia dimatikan.
Raihan yang menangis didukung. Lembut kucupan Thia pada hidung si bayi. Sisa air matanya jauh pada pipi gebu Raihan. “Maafkan mama sayang…” Minggu ini kali terakhir Thia bersama Raihan.
“Raihan besar nanti jangan lupa mama. Mama sayang Raihan… mama tak kan pernah lupakan Raihan. Raihan tetap akan jadi anak mama… Maafkan mama kerana tidak dapat besarkan Raihan lagi...” Sekali lagi Thia menangis sambil memandang si bayi yang kembali senyap.
Perbuatannya menghancurkan pertunangan Zarul dan Aqila memberi kesan buruk padanya sendiri. Zarul memang telah putuskan hubungannya bersama Raihan, Mira dan Asha. Minggu ini kali terakhir dia bersama dengan Raihan. Itu pinta Thia untuk kali terakhir setelah puas merayu pada lelaki itu. Mujur Opah masih mampu maafkan tindakannya.
Suara Raihan yang merengek mengejutkan Thia dari terus mengelamun jauh. “Anak mama… anak mama…” Thia memeluk rapat bayi kecil itu. Hatinya bagai dicarik-carik atas keadaan yang semakin kuat memberi tekanan padannya. Thia tidak dapat bayangkan keadaannya tanpa Raihan lagi selepas ini.
Thia tidak sanggup lagi dilabel sebagai orang ketiga dalam hubungan orang lain. Cukup apa yang terjadi sebelum ni. Dia bukan orang ketiga! Dia tidak mahu dilabel sebagai orang yang suka menghancurkan hubungan orang lain. Dia layak untuk berbahagia!
Telefon Thia dihidupkan semula. Papan kekunci pada skrin telefon ditekan. Lalu pesanan ringkas dihantar pada lelaki itu.

“Wardah… Bagitahu Abang Wafiy. Thia setuju…” -Thia.
Bersambung...

P/S : Special Edition : Andai bukan Dia ni tiada kaitan langsung dengan jalan cerita dalam manuskrip novel. saya tahu ramai tak suka Zarul jadi watak utama. saya letak storyline yang pertama sebelum saya ubah Zarul jadi watak utama dalam manuskrip.

Bukan Orang Ketiga : SE Andai bukan dia

$
0
0

Untuk SE ni saya memang saja pasang lagu Kenny G. Nanti korang faham kenapa blog ni tetiba ada lagu.

Merah. Bengkak mata Thia menangis. Lelaki itu akhirnya telah pun berkahwin. “Taniah Zarul. Taniah.” Ucapnya perlahan. Serak suara Thia yang masih lagi menangis. Perasaannya langsung tidak dapat dikawal memandang setiap gambar yang terpampang dari skrin komputer riba miliknya.
Melihat Zarul sedang memegang tangan tok kadi itu. hati Thia bagai dicarik. Kenapa bukan dia? Kenapa mesti Aqila? Sakit hari Thia. Pedih melihat senyuman bahagia pada pasangan tersebut. Air mata Thia mengalir lagi. Makin deras.
“Mal… kenapa saya miliki perasaan ini? Kenapa saya perlu hadapi semua ni? Saya tak nak Mal… Saya tak nak…” Thia bermonolog lagi. Kini dia tiada Ekmal untuk kongsi masalahnya. Tiada Zarul untuk dicintai. Kedua-dua lelaki ini bukan miliknya. Ekmal bahagia bersama Zulaikha. Zarul baru sahaja sah menjadi milik Aqila.

Cinta. Kenapa begini cinta yang aku harus miliki? Aku tak larat menanggungnya… Cinta pertama. Pedihnya hanya Allah yang tahu. Zarul? Aku tidak mampu berbuat apa-apa selain mendoakan kebahagiannya. Aku tidak berkemampuan untuk terus memiliki hati lelaki itu. Aku berharap agar TAMAT la cerita antara aku dengannya.

Coretan demi coretan di tulis ke dalam novelnya. Mungkin kisah terakhir berkisarkan Zarul dengannya.
Banyak yang berlaku dua tiga hari ini. Thia pun tidak larat lagi hendak berfikir. Dia telah diberi amaran oleh Zarul kerana nyaris-nyaris putuskan tali pertunangannya bersama Aqila tempoh hari. Thia menyesal! Kesal kerana tindakannya tidak berjaya putuskan pertunangan pasangan itu. Sebaliknya Zarul ambil tindakan untuk mempercepatkan lagi tarikh perkahwinan mereka. Tertekan! Thia rasa hendak menjerit sekuat hati.
Kepala yang semakin berdenyut ditekan kuat. Sakit! tapi Thia tidak mampu menjerit sekuat hatinya. Raihan yang sedang lapar menangis kuat mintakan susu. Tambah sakit kepala Thia. Tidak tahan dengan keadaan yang serabut. Rumah semakin tidak terurus. Mujur Mira dan Asha balik ke kampung untuk ikut menghadiri majlis perkahwinan Zarul dan Aqila.
Telefon Thia berbunyi. Mengalunkan lagu hingga keadaan menjadi kacau bilau. Seketika telefon tersebut berhenti, namun telefonnya berbunyi lagi. Thia tahu Ekmal yang telefon kerana Thia telah set nada dering khas untuk nombor lelaki itu. “Maafkan saya Mal. Saya perlu tenangkan fikiran dulu.” Telefon Thia dimatikan.
Raihan yang menangis didukung. Lembut kucupan Thia pada hidung si bayi. Sisa air matanya jauh pada pipi gebu Raihan. “Maafkan mama sayang…” Minggu ini kali terakhir Thia bersama Raihan.
“Raihan besar nanti jangan lupa mama. Mama sayang Raihan… mama tak kan pernah lupakan Raihan. Raihan tetap akan jadi anak mama… Maafkan mama kerana tidak dapat besarkan Raihan lagi...” Sekali lagi Thia menangis sambil memandang si bayi yang kembali senyap.
Perbuatannya menghancurkan pertunangan Zarul dan Aqila memberi kesan buruk padanya sendiri. Zarul memang telah putuskan hubungannya bersama Raihan, Mira dan Asha. Minggu ini kali terakhir dia bersama dengan Raihan. Itu pinta Thia untuk kali terakhir setelah puas merayu pada lelaki itu. Mujur Opah masih mampu maafkan tindakannya.
Suara Raihan yang merengek mengejutkan Thia dari terus mengelamun jauh. “Anak mama… anak mama…” Thia memeluk rapat bayi kecil itu. Hatinya bagai dicarik-carik atas keadaan yang semakin kuat memberi tekanan padannya. Thia tidak dapat bayangkan keadaannya tanpa Raihan lagi selepas ini.
Thia tidak sanggup lagi dilabel sebagai orang ketiga dalam hubungan orang lain. Cukup apa yang terjadi sebelum ni. Dia bukan orang ketiga! Dia tidak mahu dilabel sebagai orang yang suka menghancurkan hubungan orang lain. Dia layak untuk berbahagia!
Telefon Thia dihidupkan semula. Papan kekunci pada skrin telefon ditekan. Lalu pesanan ringkas dihantar pada lelaki itu.
“Wardah… Bagitahu Abang Wafiy. Thia setuju…” -Thia.
Telefon Thia berbunyi. Dia terus sambut talian tersebut. “Kau yakin?” tanpa salam Wardah terus menyoal kawan baiknya.
“Hrmm...”
“Thia... kau nangis lagi ke?” tanya Wardah. Dia tidak sanggup melihat keadaan Thia sekarang ni.
“Aku pun tak tahulah Wardah. Kau tolong bagitahu abang kau eh.”
“Baiklah. Nanti aku bagitahu Abang Fiy. Kau tenangkan fikiran. Hargai masa kau bersama Raihan.” Nasihat Wardah bila dapat mengangak Thia baru saja lepas menangis. Suara kawannya terlalu lemah dan serak.
“Baiklah.”
“Kau nak keluar tak? Jalan-jalan? Aku datang ambil kau.”
“Tak payahlah. Aku nak kemas sikit rumah aku. Berhambur. Tongkang pecah pun kalah.” Ujarnya sambil memandang keadaan bilik yang tidak terurus.
“Tau takpe. Housemate kesayangan kau tu dah hari-hari mengadu dekat aku. Kalau dia membebel dekat kau, kau buat derk aje.”
Thia tergelak. Kesian Hana yang terpaksa jadi ‘emak’ Thia dua tiga hari ni. membebel saja kerja ‘mak cik’ seorang tu.
Thats my Thia. Aku tahu spirit kau dalam proses balik ke pangkal jalan. Jangan jatuh lagi Thia, jangan fikir pasal dia lagi. Buat sesuatu yang memberi kebahagian untuk kau. Tidak guna kau terus bersedih sedangkan dia bahagia dengan orang lain. Kau pun layak untuk bahagia.”
“Terima kasih Wardah. Aku tahu. Aku pun sedar. Tak guna lagi fikir lelaki yang bukan jodoh aku. Aku pun dah malas nak fikir pasal cinta semua ni. Kerana cinta kehidupan aku jadi tunggang terbalik. Kalau dulu aku boleh bangkit selepas Zarul bagi amaran agar jangan stalk dia lagi. Mustahil aku tidak boleh bangkit untuk kali kedua tanpa dia.”
“Alhamdulillah. Inilah Nurfathiah yang aku kenal. Tapi jangan sesekali tutup hati kau untuk orang lain. Abang aku masih ada untuk kau. Lagipun kalau kau tak nak terima Wafiy sekali pun. Aku yakin kau boleh dapat yang lebih baik dari Zarul. Kau cantik Thia... pandai, lemah lembut dan sayangkan budak-budak. Aku tahu suatu hari nanti kau pasti dalam jumpa lelaki yang hebat untuk jadi pendamping kau seumur hidup.”
Noted thatWardah.”
“Aku dah nak kahwin. Kau pula nak terbang tinggalkan kami. Abang aku nilah! Sakit hati betul. Yang dia purpose kau untuk kerja dengan member dia apasal?! Dah la jauh.”
Thia tergelak kecil. Dia tahu Wardah masih marahkan Wafiy kerana cadangkan agar Thia kerja bawah syarikat kawannya yang bertapak di Sabah. Mengamuk Wardah bila tahu itu cadangan dari abangnya sendiri.
“Janganlah salahkan abang Fiy. Aku tahu dia buat yang terbaik dah untuk aku kembali kepada Thia yang dulu. Lagipun eloklah aku berjauhan seketika. Muhasabah sikit atas perbuatan aku dulu. Lagipun bukannya jauh mana pun. Dalam Malaysia juga. Kau janganlah risau. Kahwin au tu nangti. Aku ambil cuti seminggu.”
“Janji tau. Kau tu dahlah kawan baik aku. Kalau tak dapat cuti pun kau kena cuti jugak!”
Thia tergelak lagi. “Baiklah bos!”
Setelah tamatkan panggilan. Thia terus kemaskan rumah sambil bersihkan dan beri susu kepada Raihan yang kelaparan. Kesian anak kecil ni. terabai kerana sikapnya sendiri. Rasa bersalah mengebu. Seorang Thia tidak menjalankan amanat kak Isya sebaiknya.



Thia cium pipi gebu Raihan berkali-kali. Bayi kecil itu pun seolah merelakan kucupan dari mamanya. Air mata Thia tidak dapat dibendung. Jatuh mencurah-curah mengingatkan ini kali terakhir dia bersua bersama anak tersayangnya.
“Thia...” Wardah cuba ingatkan kawannya. Dia sendiri pun tidak sampai hati tapi mereka tidak mampu untuk berbuat apa-apa lagi. Tidak sanggup melihat keadaan Thia yang sudah banjir dengan air mata.
Satu kucupan agak lama dihadiahkan pada dahi Raihan. Air mata Thia mengalir pada lengkungan muka si bayi. Waktu Thia serahkan Raihan pada Aqila. anak kecil itu terus merengek seolah faham itu kali terakhir dia kan bersama mamanya.
“Saya kembalikan Raihan pada keluarga awak Zarul. Kak Qila... Saya harap akak akan jaga Raihan seperti anak akak sendiri. Sayang dia kak. Belai anak Thia dengan penuh kasih sayang.” Mohon Thia sambil memandang pasangan suami isteri depannya.
 “Insya-Allah. Jangan lupa jaga diri Thia.” Aqila memberi jawapan kerana tahu suaminya memang tidak hadap nak bercakap dengan Thia.
Thia mengangguk. Dia sempat mengerling lelaki yang langsung tidak sudi untuk melihat dirinya. Thia tersenyum kecil bagi merawat hati yang seolah-olah ditoreh dengan sikat lelaki itu padannya. Raihan dipandang.
Selamat tinggal sayang mama...
Tangan Thia digenggam kuat sambil mereka melangkah meninggalkan kawasan tersebut. Dia tahu hati Thia tidak sekuat mana pun jika melibatkan anak-anaknya. Lebih-lebih lagi tangisan Raihan semakin kuat kedengaran sebaik saja mereka melangkah pergi tinggalkan anak kecil itu bersama pasangan Zarul dan Aqila.
Keep your strong mode on Thia. Aku tahu kau kuat.”
Thia senyum pada Wardah yang menemaninya. “Insya-Allah.” Petang ini dia akan terbang ke Sabah. Terbang meninggalkan semua ini. harap kehidupan barunya memberi kekuatan pada Thia untuk teruskan kehidupan tanpa anak-anaknya.
Bahagialah Zarul dan Aqila.
Bergembiralah anak-anak mama.
Semoga anak-anak mama akan menjadi seorang yang berguna suatu hari nanti.



8 bulan kemudian...
Expresso kegemaran Thia dihirup. Ada dua jam lagi penerbangannya ke Sabah. Dia balik pun tidak lama. Seminggu seperti yang dijanjikan kepada Wardah. Habis saja majlis resepsi kawannya semalam. Lebih-lebih lagi bila terlihat pasangan Zarul dan Aqila yang turut serta menghadiri majlis resepsi kawannya. Mujurlah mereka sekadar datang pada majlis resepsi saja. Sekurangnya sekejap saja hati Thia berasa sakit. Bulat perut Aqila membonjol ke depan. Pasti pasangan itu bakal menimang cahaya mata.
Thia pun sempat berjumpa dengan Ekmal. Kawannya seorang ni pun bakal berkahwin dengan Zulaikha. Ekmal siap bagi amaran suruh balik semula untuk majlisnya pula. Thia sekadar mengangguk. Ekmal salah seorang kawan baiknya. Mustahil dia tidak datang majlis lelaki itu, walaupun sedar pandangan Zulaikha tidak seberapa berkenan dengan permintaan Ekmal tu.
Tergeleng kepala Thia tanpa dia sedari. Semua orang bakal mendirikan rumah tangga. Akhirnya tinggal dia juga yang keseorangan. Dia akui bukan mudah untuk dia lupakan Zarul. Namun Alhamdulillah. Nekadnya membuahkan hasil.
Kenangan itu mungkin ada, bayangan lelaki itu mungkin terlintas. Tapi tidak sekuat dulu, dia kini mampu tersenyum dan melupakan lelaki itu dari hidupnya.
May I seat here?” pertanyaan seseorang mengejutkan Thia dari terus mengelamun.
“Boleh I duduk sini? Tempat lain penuh” tanya lelaki beruniform itu.
Thia sempat memandang sekitar secret recipe tersebut. “Duduklah.” Pelawanya memandangkan tempat lain memang penuh. Waktu macam ni memang kebanyakan restoran dalam lapangan terbang agak penuh.
Thia menyelak helaian pada bacaannya yang terakhir. Novel yang agak menarik minatnya.
“Minat baca novel?” tegur lelaki yang duduk depannya. Terlihat segelas cappucino dan sekeping kek atas meja. Tak perasan bila lelaki itu panggil pelangan untuk order minuman.
Thia angkat kepala lalu mengangguk. “Minat baca tapi tidak semua mampu menarik minat saya untuk baca.”
“Maksud? Novel genre yang sama?”
“Tak semestinya. Ada je novel yang menarik minat saya walaupun dari genre yang sama. Tapi saya lebih tengok cara penulisan dan penyampaian seseorang tu. Contohnya novel ni, pasal bercinta selepas kahwin juga. berlambak dekat pasaran. Tapi saya suka cara penulisan penulis ni walaupun jalan cerita agak cliche.”
Lelaki itu mengangguk sambil tersenyum mendengar pendapat Thia.
“Awak baca novel juga?” tanya Thia pada lelaki depannya.
“Bacalah jugak. Bila ada kelapangan. Novel dan kopi penawar buat saya...”
Thia senyum mengangguk. Setuju sangat! “Lebih-lebih sambil pasang lagu-lagu instrumental.. purr... heaven!
“Kenny G?” tanya lelaki itu pada Thia.
The moment.”
“Dan Alone... dan Forever love.” Sambung lelaki itu.
Thia tergelak kecil. “Kawan saya cakap tu lagu orang nak kahwin.”
“Adik saya cakap lagu iklan dekat mall. Lagi dahsyat.” Beritahu lelaki itu. tidak sangka dia dan Thia mengalami keadaan yang sama.
“Yang tu memang ayat kejam.” Ujar Thia yang tergelak kecil.
Lelaki itu menyoal lagi memandangkan minat mereka sama. “Selain lagu instrumental. Lain?”
“Saya pilih Evergreen. Lagu-lagu Air Supply...”
Making love out of nothing?”
“Saya lagi suka even the nights are better.”
Deep sangat lagu tu. Oh ya yang dekat-dekat, saya pilh Afgan... kena dengan jiwa.” Lelaki itu beri komen tentang lagu yang Thia minat.
“Afgan. Boleh terumbang-ambing jiwa raga saya dengar. Sangat minat.”
Lelaki itu tergelak mendengar Thia yang bermadah kata. “Terumbang ambing jiwa raga. Kalau macam tu maksudnya kena dengan batang hidung. Bukan sangat minat.”
Thia tersenyum kecil. “Lebih kuranglah.”
“Tak sangka. Ada yang minat sebiji macam saya. I mean coffee, instrumental songs plus novel. Saya Nurfathiah. Panggil Thia.” Thia memperkenalkan diri pada lelaki yang baru saja beberapa minit duduk dan berbual padanya. Rasa seperti mudah sangat masuk dan dekat dengan lelaki ni. Mungkin saja sebab minat mereka sama.
“Iskandar Mikael Shah. Panggil Mika.” Lelaki itu pula memperkenalkan diri sebagai Mikael Iskandar.
“Eh nama awak hampir sama dengan penulis novel ni. Is Mika.” Ujar Thia sambil tunjuk muka surat hadapan novel tersebut.
Lelaki itu sekadar tersenyum sebagai respon.
Thia seolah faham maksud senyuman lelaki itu. “Awak ke yang tulis novel ni?” tanyanya bagi memastikan jika tekaannya betul. Dia buka muka surat belakang. Membaca biodata penulis novel lelaki itu. Tiada gambar mahupun nama penuh lelaki itu diletak dalam biodata miliknya. Hanya beberapa kerat kata-kata yang berkaitan dengan penulis.
“Sebab tu saya rasa menyesal letak nama tu Is Mika. Patut letak Mika je. Takdelah orang perasan sangat.” Kata Mikael. Mujurlah kawan-kawannnya langsung tidak minat baca novel.
“Tak sangka saya jumpa penulis novel ni. Saya suka novel awak yang sebelum novel yang ni. Yang tu sentap sikit kena dengan jiwa. Sampai tangkap leleh.”
Thanks. Saya pun suka novel awak.”
“Maksud awak...”
“Saya suka Nurfa... Setiap kali baca. Rasa dia sampai ke sini.” puji Mikael lantas menjawab persoalan dalam minda Thia. Tapak tangan lelaki itu dilekap pada dadanya.
Merona wajahnya Thia. Malu dipuji sedemikian. Dia bukanlah tahap penulis hebat yang penulisannya sampai terasa masuk ke dalam jiwa. “Terima kasih.”
So... awak prefer saya panggil apa? Thia atau Nurfa?”
“Ikut senang bibir awak memanggil saya. Saya tak kisah.” Thia tak kisahlah nak dipanggil yang mana satu. Keduanya pun nama samarannya.
“Kalau bibir saya nak panggil sayang?”
Terdiam Thia mendengar pertanyaan Mikael.
Tiba-tiba Mikael tergelak. “Saya gurau je. Comel je respon air muka awak dengar soalan saya.”
“Saya panggil awak Nurfa. Sebab saya suka maksud disebalik nama pena awak tu. Nur ialah cahaya, Fa pula bunga dalam bahasa cina. Dengan harapan bunga-bunga cinta akan terus memberi cahaya kepada setiap yang gagal dalam percintaan, dan cahaya kegembiraan akan terus bersinar kepada sesiapa yang sedang mengalami rasa itu.”
“Awak tahu banyak sangat pasal Nurfa kan?” tanya Thia. Sampaikan maksud disebalik nama itu pun dia tahu.
Mikael tersenyum kecil. Pasti Thia fikir benda yang pelik dan negatif pasalnya. “Awakkan pernah ditemubual dulu. Kebetulan saya baca newspaper tersebut.”
Tergelak Thia fikirkan kesilapannya kerana fikir benda yang negatif terhadap Mikael. “Maaf.”
Telefon bimbit Mikael tiba-tiba berdering. Rakan sejawatnya telefon. Mereka senyap seketika memberi ruang kepada Mikael untuk menjawab talian. “Give me five minutes.” Ujar lelaki itu sebelum menamatkan panggilan.
Duty calls...” kata Mikael sambil meletakkan telefon dalam poket. Kemudian topi uniform dipakai atas kepala.
 “Got to go now. Nice to meet you Nurfa. Assalamualaikum.”
“Waalaikumsalam dan selamat bertugas.” Balas Thia.
Roger that. Semoga jodoh izinkan kita berjumpa lagi. Enjoy your flight.
Thia tersenyum dengar kata-kata lelaki itu. Padanlah Mikael ni penulis novel. Mulut tu ! manis saja ayat yang dikeluarkan. Thia pun kemaskan barangannya tidak lama kemudian. Penerbangannya pun tidak lama lagi.



Ketika Thia sedang kusyuk membaca novel hasil karya Is Mika itu. dia disapa oleh seorangg pramugari yang anggun. “Cik Nurfa?”
“Iya saya?” tanya Thia pelik.
Pilot kami kirim salam. Dia berikan pesanan ni pada cik. Dan harap cik tak tolak untuk kali ni pula.”
Thia tersenyum lucu. Malu pun ada kerana mak cik sebelahnya turut tersenyum mendengar kiriman salam dari pramugari tersebut. Thia membaca kiriman nota kecil itu.
Ingat lagi kejadian ni? Tapi kali ini bukan sekadar salam untuk awak. Tapi diiringi lamaran isteri untuk selamanya. I love you. –Is Mika
Thia tutup mulutnya. Ya Allah. Is Mika rupanya? Dia ingat lagi beberapa tahun lepas. Kejadian seperti tadi berlaku, seorang pramugari dalam kapal tersebut menyampaikan salam dari juruterbang. Tapi blurr punya pasal Thia sekadar mengangguk dan biarkan salam tanpa balasan.
Dia ingat lagi kejadian tu. Memang agak romantik. Bila kapal terbang mendarat. Alunan The Moment sedang dipasang dalam kapal terbang tersebut. Alunan yang berjaya meresap ke dalam hatinya kerana lagu tersebut seolah diutarakan kepadanya.
Is Mika. Tidak sangka dia orangnya.
Takut dan gugup punya pasal. Bila sampai keluar saja dari perut kapal. Thia besarkan langkah meninggalkan kawasan lapangan terbang tersebut.
“Encik Mikael pesan. Dia harap cik Nurfa jangan lari lagi macam dulu...”
Membahang muka Thia. malu kerana pesanan pramugari itu bukan saja mampu didengar olehnya seorang. Malah penumpang yang duduk berdekatan padannya.
Demi tidak menjatuhkan maruah Mikael. Thia hanya sekadar senyum dan mengangguk saja walaupun fikiran masih susah hendak terima kenyataan bahawa Is Mika adalah juruterbang yang sama beberapa tahun lepas.



Thia memang dah ambil keputusan untuk terus keluar dari lapangan terbang Kota Kinabalu (KKIA) sebaik saja beg dari kargo diambil. Dia tidak betah lama di situ. Takut terjumpa dengan Mikael. Thia tidak bersedia hendak bertentang mata dengan lelaki itu.
Jam pada pergelangan tangan ditilik. Thia tekan keypad pada skrin telefon miliknya. Nombor telefon rakan serumahnya didail.
“Mana pula budak  ni?” keluh Thia. peluh resah semakin merembes. Cuaca petang itu tidaklah panas mana pun. Thia saja yang berdebar kerana kawannya belum tiba lagi. Takut terserempak dengan Mikael.
Kepala tergerak ke tepi sedikit bila terasa sesuatu yang sejuk menyapa pipinya. “Awak!” bulat matanya memandang Mika di sebelah. Lelaki itu kenyit mata pada Thia.
“Awak mungkir janji.” Ujar Mika.
Dahi Thia bertambah berkerut. “Janji? Janji apa?”
“Janji takkan lari lagi.” Kata lelaki itu selamba.
Mata Thia membesar. Kedua garisan kening bercantum. “Saya tak berjanji dan saya tak lari.” Ujarnya dengan nada yang dikawal. Dia berdiri tegak semula. Cuba mengawal debaran berdiri di sebelah lelaki ini.
“Awak dah la mungkir janji. Menipu pula tu. Tak baik.”                                                    
Thia garu bahagian belakang tepi telinganya. Sabar wahai hati. Dia saja nak provok kau. “Bila masa pula saya janji dekat awak? Jangan nak memandai Mika.”
Mikael tersenyum nipis. Thia sebelahnya dipandang. “Tadi awak dah angguk yang tak nak lari lagi bila pramugari tu tanya. Ingat lagi?”
Mulut Thia dah buat bentuk O. Hati mula rasa geram. Tahu pula mamat ni! “Lain kali tu bawa kapal terbang tu. Bawa betul-betul. Jangan kacau penumpang.” Tegur Thia secara terus.
Mika tergelak. Langsung tidak ambil hati dengan teguran Thia. “Awak tak nak tahu macam mana saya kenal awak beberapa tahun lepas?” Nada suara Mikael buat Thia terfikir sejenak.
“Sebab?”
“Nanti saya beritahu puncanya. Tapi awak ambil dulu ni. Saya beli untuk awak.” Segelas kopi Old Town dihulurkan kepada Thia.
Was-was Thia hendak terima.
“Jangan risau. Saya tak letak apa pun dalam ni. Ambillah.”
Antara mahu atau tidak Thia menyambut juga gelas berisi kopi itu. Gelas yang dikenakan pada pipinya tadi.
“Saya dah terima. Awak dah boleh cerita sekarang?” tanya Thia. Harap Mika sempat bercerita sebelum kawannya sampai.
Mika senyum lagi. Manis dan menawan khas ditujukan pada Thia. “I miss you. Rindu awak Nurfa. Hanya Allah saja tahu perasaan saya bila ternampak awak dalam secret recipe tadi.” Luah lelaki itu romantis. Tersentuh hati Thia mendengarnya. Keadaan Mika seolah refleksi pada dirinya. Seperti dia yang mencintai Zarul dari jauh, begitu juga lelaki ini.
Ya Allah! Apa sebenarnya yang kau cuba tunjuk padaku. Rintih hatinya.
Thia menunduk.
“Saya tahu awak mungkin tak percaya. Tapi itulah luahan hati saya. Pasal bagaimana saya mengenali awak. Saya akan beritahu kemudian. Sebelum tu...” Mikael berhenti bercakap. Thia sebelahnya dipandang. Telefon wanita itu terus saja dirampas.
Heyy..!!.” Thia terjerit kecil. Terkejut dengan tindakan berani lelaki ini.
Mujur telefon Thia tidak berkunci. Mikael menyimpan nombor telefonnya pada telefon gadis itu. kemudian dia tekan butang dail pula. Setelah nombor Thia terpacul pada telefonnya pula. Lelaki itu pulangkan telefon Thia pada pemiliknya. “Saya akan beritahu awak perlahan-lahan pasal bagaimana saya kenal awak beberapa tahun lepas.”
“Saya pergi dulu. Yang ni saya nak awak simpan. Saya akan tuntut suatu hari nanti. Tapi awak dialu-alukan untuk baca.” Sambung Mikael lagi lalu meninggalkannya terkebil-kebil bila sebuah beg kecil disangkut pada pemegang beg bagasinya. Thia hanya memandang saja lelaki itu masuk ke dalam perut kereta yang kebetulan berhenti depan mereka.
Terlihat lelaki itu sempat lagi kenyit mata padannya.. Cepat-cepat Thia toleh tempat lain sambil menghirup air kopi dari Mikael. Rasa nak melayang melihat lelaki kacak itu main mata dengannya.
Telefon Thia mengeluarkan bunyi. Oh my! Terbeliak matanya baca pesanan yang baru sampai tadi. Mika apa awak buat ni. Terkejut baca nama yang lelaki itu set sebagai husband satu hal. Lagi satu bertambah skala terkejut Thia baca pesanan yang dihantar.
Lupa nak bagitahu tadi. Kopi tu saya minum sikit tadi. Haus. Penat bawa bakal isteri terbang tadi.- Is Mika.
Telefon Thia berbunyi lagi. Pesanan lain dari lelaki itu. Gambar lelaki itu dihantar kepadanya. Gambar Mika bersama bersamanya.
Gambar pertama untuk pertemuan ketiga bersama awak.
p/s : Jangan marah. Kalau marah tambah comel.
Thia dapat menganggak gambar tersebut diambil dari sudut tepi. Mungkin dari kereta yang menjemput Mikael tadi.
Sekeping gambar lagi dihantar kepada Thia. Gambar lelaki itu sedang buat muka comel. Geram pula Thia dengan mamat seorang ni. Thia menaip pada papan kekunci pada skrin telefonnya.
Comel la SANGAT buat muka macam tu!
Yeah! Pesanan ringkas pertama dari awak!
Thia tidak lagi membalas. Makin dilayan makin menjadi perangai Mika ni.
Jangan lupa buka kotak tu dalam beg kertas tu.
Thia melihat isi dalam plastik tersebut. Terdapat sebuah kotak dan sekeping nota kecil. Lelaki bernama Iskandar Mikael Shah ni memang suka main dengan nota agaknya. Thia membaca nota tersebut.
Buka blog ni : nurfaismika.blogpot.com.my
pasworrd : BungaNurIsForMika
emel : nurfaismika@gmail.com


Dear diary,
Hari ni... buat pertama kalinya. Dia tidak lari bila saya kirim salam dalam kapal terbang seperti dulu.
Buat pertama kalinya, dia dan saya duduk semeja, bercerita. Lama. Oh bahagia rasa hati.
Buat pertama kalinya, dia dan saya berbalas pandangan, berkongsi minat dan bertegur sapa.
Alhamdulillah Ya Allah. Syukur Alhamdulillah.
p/s Bunga... saya bagi awak password dan gmail ini. seperti diari untuk awak dan saya. Tulislah sesuka hati awak. Luahkan agar saya turut merasakan apa yang ada dalam hati awak.
Terkedu Thia membaca blog lelaki tersebut. Mikael bagi password dan emel blog sebab ianya private dan khas untuk bacaan pemilik saja.
Thia membaca lagi setiap entri yang diletak oleh Mikael. Dari situ juga dia tahu bagaimana Mikael mengenali darinya. Ya Allah! Hebatnya cinta lelaki ini... air mata Thia menitis. Rasa diri tidak layak untuk lelaki sebaik Mikael walaupun lelaki seperti dialah mempunyai ciri-ciri lelaki idaman Thia. Bukan seperti Zarul yang langsung bercanggah dengan setiap ciri-ciri idaman Thia.
Tangan Thia dilekap ke dada. Mikael bahasakan diri Thia sebagai Bunga dalam tu. Thia dapat menganggak gelaran bunga itu dari nama NurFa yang membawa maksud cahaya bunga.
Dia mula menaip sesuatu pada keyboard. Ingin memberi luahan pada blog yang dibuat khusus untuknya.
Bunga menaip,

Wahai encik kapal terbang...
...TAMAT...

P/S : Special Edition : Andai bukan Dia ni tiada kaitan langsung dengan jalan cerita dalam manuskrip novel. dalam manuskrip tu tiada Mika, hanya Zarul watak utama.
SE. Andai bukan Dia. andai bukan Zarul, maka Mika dan Salam Kapal Terbangnya.


P/S : kepada encik kapal terbang , pengalaman dalam kapal terbang tu berikan idea kpd saya untuk berkongsi pada semua. cerita cinta dalam 'novel' memang wujud. luahan romantik seperti dalam novel bukan angan semata malah wujud sekeliling kita. TAPI real story isn't that romantic at all bila benda tu berlaku secara tiba-tiba... i mean Mika dan salam kapal terbangnya. The real feeling towards that situation is creepy dan segan dan blurr bukan romantic. jangan tiru aksi ini lagi. tapi... yeah... terima kasih kerana beri pengalaman tu, dapat saya kongsi taip dalam cerita ni. lol. thanks again. cc: Is Mika 'tak tahu nama sebenar awak encik salam kapal terbang'.

Do you want sambungan? Mika dan salam kapal terbangnya sebagai watak utama? lol kbye. tambah konfius orang nanti. Or nak rebrand nama orang lain lain supaya orang tak konfius. i'll think about that. kalau nak faz masukkan Andai bukan dia (Mika dan salam kapal terbangnya) dalam kompilasi cerpen Projek CPR yang memerlukan CPR sebab tak siap-siap lagi tu.

Cover tu hasil kerja saya sendiri~! kali ni jangan nak plagiarise cover tu. nak patah tangan kita buat satu persatu.

CERPEN : Yang Tertulis

$
0
0

For years I was prepared to be his wife Cik Kamelia. Masa aku terbuang macam tu je… Kau nak aku respon macam mana lagi bila abang kau bawa that girl masuk rumah dan cakap ma, pa this is Husna… teman wanita Ash.””
“Aie…”
“Lepas tu semua orang anggap aku dan Ash tiada jodoh. Macam tu je. End of story. Aku… aku…”
“Kau marah dengan keluarga kita?”
Aisya ketap bibir. “No. I’m not. Aku tahu ma marah bila Ash bawa perempuan lain. Ma nak juga aku jadi isteri abang kau. Tapi end up aku juga yang tolong Ash pujuk ma hari tu…”
“Habis tu?”
“Aku… aku terkilan Lia. Bertahun. Sejak lahirnya Putri Aisya, aku dah dilatih untuk jadi isteri Putra Ashraf dan dia pun tahu hakikat tu. Lepas tu dia bawa perempuan tu datang rumah. Perempuan yang langsung tak tahu apa-apa. Naïf, lurus… aku terkilan sangat tengok diri aku.” Aku urut kepala yang terasa semakin berdenyut.
“Kau yakin dengan keputusan kau? Tak menyesal.”  Lia pasrah. Tiada cara untuk pujuk Aisya lagi. Aisya tetap dengan pendiriannya dan Lia pun tahu perangai si kawan baik macam mana.
“Dia satu pejabat dengan aku. Aku yakin aku tak menyesal.”
Aisya dengar satu keluhan dari bibir mungil si teman baik sebab menjawab “Baiklah. Nanti aku cakap dengan abang. Tapi yang pasal pindah rumah tu… ma bagi tak?”
Thanks Lia. Pasal pindah rumah tu. Ma tak tahu lagi. Aku ingat nak cakap kat pa dulu.”
“Abang cakap apa?”
“Abang macam biasa. Kalau nak minta resign pun tak bagi. Ni lagi pindah rumah. memang tidaklah jawabnya. Sebab tu aku nak minta tolong pa. Harap pa bagi kebenaran.”
“Kalau aku pun. Aku tak bagi kau pindah…”
“Lia…” meleret suara Aisya.
“Okay… okay...” Lia akhirnya mengalah juga. Malas hendak berdebat dengan Aisya.
Good. Sekarang cepat sikit berkemas. Teman aku pergi cari barang untuk rumah baru tu.”
Lia terus baring atas katil dengar arahan Aie untuk bersiap. Aktiviti paling best untuk hujung minggu yang redup macam ni ialah membuta dan jadi ular sawa jadian atas katil. “Cakap dah fully furnished.” rungut
“Perabot memanglah. Tapi pinggan, gelas, makanan semua tu? Kena beli juga.” Tangan Lia ditarik hingga terduduk semula.
Lia merengek. “Malaslah nak keluar. Kau ajaklah abang pergi.”
“Lia! Kalau ajak abang sah-sah kantoi aku nak pindah rumah. Please…” pujuk Aisya.
“Iyalah… iyalah. Tapi kau yang drive tau.”
Senyuman Aisya melebar. “Okay. Boleh. Cepatlah. Go! Go! Go!” semangat Aisya kembali pulih. Dia kuat. Dia perlu kuat. Setakat tak jadi kahwin selepas bertunang berpuluh tahun dia masih boleh bertahan lagi. Tiada jodoh. Sekurangnya dia belum lagi kahwin dengan Ashraf.



“Wah! Cantiknya.” Tegur Liana pada gelang tangan Pandora Husna. Gadis yang baru masuk ke dalam pantry  itu tunduk tersipu malu. Dia terus saja menuju ke singki untuk basuh tangan sebelum turut serta pada meja tengah dalam pantri tersebut.
Liana saja tolak bahu kawan sepejabatnya. “Mesti bos yang bagikan?” tekanya pada gadis itu.
Husna tutup muka sambil tunduk. Bos besar bagi mestilah dia malu.
“Yiee… tengok muka dia merah. Malulah tu.” Tegur Liana sambil disahut dengan gelak pekerja lain kecuali Aisya.
“Untunglah dalam teman lelaki kaya. Senang je dapat gelang mahal.”
“Mana ada!” bantah Husna.
“Dah… dah semua pergi buat kerja.”
“Iya puan besar. Kami menurut perintah.” Usik yang lain pula. Muka Husna semakin merah diusik sedemikian. Langkahnya dipercepatkan keluar dari pantri. Tak jadi dia nak buat milo panas tadi.
“Hai…  untungnya dapat teman lelaki macam tuan Putra tu. Senang hidup Husna nanti. Handsome, berkaliber, kaya…” Puji Que sambil mendongak dagu. Pandangannya bertukar pada bos mereka yang senyap saja dari tadi.
“Hah! Cik Aisya selama ni tinggal dengan tuan Putra takkan tak pernah jatuh cinta dengan tuan? Tuan tu dah lah kacak… sekali tengok tak cukup.”
Aisya sekadar tersenyum kecil mendengar. Tidak jatuh cinta? Soalan yang menarik juga bagi dirinya sendiri. Mereka tak tahu Putra Ashraf tu tunangnya sejak 27 tahun yang lepas.
“Dia tu dah macam abang saya sendiri…” jawab Aisya bagi menyelamatkan diri dan maruah keluarga.
“Tapi…”
Telefon Aisya berbunyi justeru menghentikan perbualan mereka. Aisya mengeluh seketika. Terlihat perkataan ‘abang’ pada skrin telefonnya.
“Masuk ofis abang sekarang.” Arah Ash sebaik saja Aisyah menjawab panggilan lelaki itu.
“Tapi…” Aisyah dapat mengagak dia tidak boleh elak dari panggilan lelaki itu sekarang ni. Tapi kenangkan angin Ash mungkin umpama puting beliung sekarang ni, baik dia cari alasan untuk mengelak.
“Sekarang Aie. Abang cakap sekarang.”
“Iye… iye… sekarang.”
Panggilan dimatikan. “Saya ada hal nak bincang dengan tuan Putra sekarang ni. Que, kalau ada hal penting atau sesiapa cari saya. Bagitahu nanti saya hubungi balik.” Arah Aisyah selaku eksekutif kewangan di syarikat tersebut.
Que mengangguk dan sekadar memandang bosnya keluar dari pantri dengan gelas ditangan. Tangannya tiba-tiba dipukul oleh Kak Maen. Salah seorang pekerja paling lama dalam bahagian itu.
“Que mulut tu lain kali jaga sikit. Tahu tak Cik Aisya tu tunang Tuan Putra!”
Mulut Que dan staff lain ternganga dengar kenyataan dari Kak Maen. “Kak! Jangan main-main. Tak pernah pun nampak Tuan Putra dan Cik Aisya dating. Sebelum Husna kerja sini pun tak pernah nampak bos dan Cik Aisya keluar dating.” Liana cuba menyangkal kenyataan dari wanita itu.
“Dah tinggal serumah dari kecil. Nak dating ke mananya lagi. Lagipun kalau Cik Aisya dan Tuan Putra keluar sekali pun staff mana pernah tahu mereka tu keluar lepak ke atau dating. Dah memang rapat dari kecil.”
“Dari mana Kak Maen tahu Cik Aisya tu tunang Tuan Putra?”
“Waktu Cik Aisya pertama kali masuk pejabat kecoh tunang bos masuk department kita. Tapi pekerja lama je tahu. Pekerja baru tak tahu pun sebab gosip tu kejap je. Dalam sebulan macam tu. Lepas tu senyap sampailah keluar cerita Tuan Putra pikat Husna.”
“Sampai hati Tuan Putra. Cik Aisya tu dah lah cantik, pandai...Habis sekarang ni macam mana? Masih tunang ke apa?”
Kak Maen angkat bahu. “Perasan atau tak. Cincin di jari Cik Aisya pun dah tiada. Mungkin mereka dah putus agaknya.”
Sedih Que dengar pasal bosnya. Tak sangka bosnya bekas tunang Tuan Putra. Cik Aisya pun sentiasa bersikap professional. Dia tak pernah sekali pun melihat Cik Aisya datang pejabat dengan mata bengkak ke atau mengamuk tak tentu pasal sekarang tersebar gosip Tuan Putra sah bercinta dengan Husna.
Husna mesti tak tahu hubungan Tuan Putra dan Cik Aisya sebelum ni sebab antara mereka semua Husna yang paling baru di bahagian itu. Lagipun Que tak pernah nampak pun Husna dan Cik Aisya bertengang urat gara-gara Tuan Putra.



Aisya menapak masuk ke dalam pejabat Ash. Senyuman manis dihadiahkan pada lelaki itu walaupun tahu muka Ash yang ketat itu tanda angin dia tengah tak betul.
“Setiausaha abang boleh je buat air untuk Aie. Yang sampai bawa masuk muk masuk pejabat tu dah kenapa?” perli Ash sambil memeluk tubuh memandang Aisya. Badannya disandar pada kerusi empuk miliknya. Sepasang mata bundar gadis itu dipandang tajam.
“Saja…” jawab Aie selamba lalu menghirup kopi panas dalam muk tersebut. Badan turut disandarkan.
Ash mengeluh. dia bergerak sedikit mengeluarkan sampul dari laci mejanya. Dilempar sampul tersebut atas meja depan Aisyah. Badan Ash ditegakkan memandang Aisyah sekali lagi. Kedua tangan digengam bagi mengawal rasa geram dalam hatinya. “Kenapa bagi surat ni?”
“Sebab nak letak jawatan.” Jawab Aisya sambil tersenyum nipis.
“Aie…” suara Ash mengendur. Dia tidak sanggup berkeras dengan Aisya, lebih-lebih lagi lepas apa yang dia buat pada wanita ini. Tapi Ash tetap dengan keputusannya tidak benarkan Aisya letak jawatan.
“Abang…”
“Ambil surat ni balik. Abang takkan terima.”
“Tapi…”
“Aie, abang tetap dengan pendirian abang. No means no Putri Aisya. Abang takkan benarkan Aie berhenti.” Tegas suara Ashraf beritahu Aisya. Dia tidak mahu Aisya susah-susah cari kerja di luar nanti padahal dia sedang pegang jawatan tinggi di syarikat sekarang ni. Ingat senang nak cari kerja di luar?
“Pa dah bagi kebenaran.”
“Yang jaga syarikat ni abang. Bukan pa. jangan nak bagi alasan lagi. Aie dapat pujuk pa, tapi bukan abang.”
Aisya dekatkan badan pada meja Ash. Dia pandang lelaki itu dengan pandangan redup. Mula nak buat drama kejap sepertimana dia buat pada pa semalam. “Abang… tolonglah faham situasi Aie. Aie… Aie malu nak stay dalam department tu.”
Satu keluhan kecil dihembus. Mata tajam Ash terus saja memandang Aisya yang enggan mengalah. “Kalau macam tu tukar department. Senang cerita. Dah. Abang tak nak dengar lagi.”
Aisya ketuk kepalanya perlahan-lahan pada hujung meja. Stress! Payah nak pujuk Putra Ashraf ni. “Abang Ash!” kepala Aisya dipangguk sambil memujuk Ash sekali lagi.
Tapak tangan lelaki itu dihala pada Aisya, Ash menjawab interkom dari setiausahanya seketika.
“Duduk elok sikit. Shah nak masuk.” Beritahu Ash.
Aie duduk tegak sikit. Muka dah masam mengantikan Ash yang marah tadi. Dia dapat dengar derapan kaki Shah yang datang ke tempat mereka. “Tutup cerita pasal ni abang tak nak dengar lagi.” Sekali lagi Ash tekankan agar jangan bangkitkan isu perletakan jawatan tersebut. Dia tidak suka dan tidak mahu Aie berhenti.
“Hai bro… ketat je muka.” Ujar Shah lalu duduk di kerusi sebelah Aie.
Ash tersenyum nipis. Tahu muka ketat tu bukan dimaksudkan dirinya tapi Aie yang masih lagi monyok.
“Dah la.” pujuk Ash pada wanita tu. Tak nak Aisya merajuk lama-lama.
“Tapi bang… consider sikit pasal Aie boleh tak?” pujuk Aisya tanpa pedulikan Shah yang blurr tak tahu apa-apa sebelahnya.
“Sebab abang consider la abang bagi Aie pindah department. Pilih je mana Aie nak.”
“Aie nak berhenti. Full stop. Tu je… ” suara Aisya pula yang bertukar tegas.
Ash silang tangan. Satu rengusan dihembus. “Degil! Abang nak tanya. Kalau Aie nak berhenti. Aie nak kerja mana? Dah ada syarikat nak ambil? Dah ada jawatan yang Aie dapat?”
Aie ketap bibir. Dia tiada jawapan untuk setiap persoalan Ashraf. Dia pun pelik kenapa sukar nak dapatkan kerja. Ikut pengalaman dan jawatan yang disandang dari syarikat Ash patutnya tiada masalah.
“Kenapa nak berhenti?” sampuk Shah yang seperti dapat tangkap cerita disebalik perbualan dua orang depannya.
 “Kau tanya budak ni. Alasan tak matang!”
Ini bukan soal tidak matang tapi soal hati dan perasaan. Aie boleh bersikap professional tapi sampai bila dia mampu bertahan ialah persoalannya. Dia juga seorang perempuan! Duduk satu bahagian dengan bakal isteri bekas tunang sendiri, lepas tu Husna pula budak baru masuk bawahnya. Dia sendiri nak jaga air muka dari terus dipandang semacam oleh pekerja lain.
Aie mengeluh. Kenapalah susah sangat Ash nak faham dan setuju saja permintaannya? Kenapa?!
“Aie tengok abang…” panggil Ash.
“Aie…” panggil Ash lagi
Aie angkat kepala memandang Ash. “Macam nilah… kalau Aie nak berhenti boleh. Tapi dengan syarat.”
“Syarat?” Aisya mengeluh dalam hati. Syarat Ash mesti tidak menyebelahinya.
“Syaratnya Aie tak boleh pindah rumah!”
Terlopong mulut Aie dengar syarat yang dimaksudkan. Dia sempat jeling Shah di sebelah, Shah pun nampak tenang saja dengar. Mesti mereka dah tahu awal pasal rancangannya.
“Jangan buat muka terkejut macam tu. Abang dah tahu pasal apartment tu!”
Aisya perlahan-lahan mengurut kepala yang terasa berdenyut secara tiba-tiba selepas mendengar pengakuan Ash.
“Tapi Aie dah beli apartment tu, dah siap semua benda pun.”
Kening Ash saja dinaikkan. “Abang tak suruh Aie beli dan buat persiapan.” Jawab Ash sarkastik sambil berpeluk tubuh. Dia dah cukup geram dengan Aisya yang buat keputusan sendiri pasal rumah tersebut. Akhirnya dapat juga terluah!
Ash pandang Shah bila otak mula fikirkan sesuatu.
“Shah, agaknya syarikat kau ada kerja kosong tak? Financial?”
Aisya terus pandang Shah dan Ash silih berganti. Oh tidak! “Abang!” serunya tegas.
Shah geleng kepala. Tak pasal dia sendiri terlibat. “Aku manalah tahu ada kerja kosong ke tak.”
“Tengokkan kalau ada, lepas tu bagitahu aku. Sumbat budak ni dalam syarikat kau.” Arah Ash.
Shah anggukan saja arahan kawannya. Dia sendiri yakin Aisya takkan kerja dengannya.
Surat yang diletak depan Aisya tadi diambil semula. “Surat ni abang terima. Tapi ingat! Jangan pindah rumah dan once Shah cakap ada jawatan kosong, masuk syarikat dia.”
“Putra Ashraf!” geram Aie dengan lelaki seorang ni. Dapat lepas dari Ashraf tapi masuk syarikat Shah bukan ke maksudnya dua kali lima juga! Sampai bila dia nak berdikari kalau terus kerja bawah penguasaan dua diktator ni.
End of conversation.” Kata lelaki itu lalu terus berdiri dan betulkan kot yang tersarung kemas dibadan.
“Shah jom keluar.” ajak Ash pada kawannya tanpa pedulikan muka masam Aisya.
Lelaki itu ikut berdiri tanpa pujuk Aisya yang monyok mendengar arahan Ash. Nak buat macam mana, kalau dia sendiri pun akan buat benda yang sama. Takkan nak biarkan Aisya jadi penganggur pula. Patutnya Ash berkeras agar Aisya tak berhenti kerja. Huh! Nampaknya hati Shah lagi kering dari Ash!
“Tak payah nak monyok sangat Aisya. Kalau ikutkan abang. Abang tak bagi Aie berhenti langsung. Jom ikut abang keluar. Shah dan abang nak pergi tunggang kuda.”
Aie geleng kepala. Dia tiada mood nak keluar sekarang ni. Aie perlukan Kamelia bukan kuda!
“Kalau macam tu jumpa di rumah nanti. Lupakan niat nak pindah rumah tu.” Sempat Ash memberi pesanan terakhir pada Aisya. Bila Aisya pandang Shah, lelaki seorang tu sekadar jongket bahu tanda tidak mahu masuk campur soal Ash-Aie.



“Kau tak rasa terlalu berkeras dengan Aie?”
Pertanyaan Shah buat langkah Ash yang hendak minum jus oren tadi tergendala. Dia letak semua gelas atas meja lalu memandang Shah. “Kau pun mengaku yang tak patut biarkan dia berhenti kerja.”
Shah perlahan-lahan mengangguk. “Sekurangnnya dia bukan bekas tunang aku.”
Dahi Ash berkerut. Tidak faham maksud Shah. “Kekalkan dia bekerja situ. Tapi bukan dengan cara berkeras selepas korang berdua putus tunang.”
“Tak faham.”
Pride. Dia pun nak jaga maruah depan pekerja. Ramai tahu dia bekas tunang kau. Bertahun. Tapi tup-tup pekerja bawah dia, budak baru jadi teman wanita kau. Selebihnya aku rasa kau faham maksud aku. Berkeras dengan Aie, aku rasa cara lain boleh kut buat dia terus kekal kerja situ.”
Part yang tu aku faham Shah. Tapi part perangai Aie tu pun aku faham. Kalau tak ugut. Tengok apa jadi… dia minta sokongan pa untuk berhenti. Okay fine aku boleh terima kalau dia nak berhenti sebab maruah dia. Tapi pindah rumah tu. Kalau tak ugut silap-silap dia minta sokongan lain pula. ”
Shah diam berfikir.
“Kau risau sangat pasal Aie ni apasal?” tanya Ash dengan senyum mengejek.
“Aku cuma suarakan pendapat. Tu je…”
Ash tersenyum sinis. Dia kenal Shah dari kecil, mustahillah dia tidak dapat tangkap maksud disebalik suarakan pendapat tu. Mana-mana Shah la malas Ash nak masuk campur soal kisah cinta terpendam Shah tu.



 “Ma rasa macam mana? Okay tak?”
Aisya menanti wanita itu merasa kek Tiramisu buatannya. Sejak jadi penganggur setia ni kerja Aisya hanya keluar pergi cari kerja, lepak dan menghabiskan masa di rumah.
“Sedap! Pandai anak ma masak.”
Tersenyum Aisya mendengar pujian dari Haida. “Thanks ma. Kek ni bolehlah buat untuk minum petang ni.”
Haida mencebik. “Bukannya semua anak ma dapat ikut serta minum petang macam biasa pun.” Rungutnya.
Tersenyum Aisya melihat muka cemberut mak mertua tak jadinya.
“Ma… biarlah abang ye. Kan dah janji.”
Wanita itu sekali lagi mencebik mendengar pujukan Aisya. “Ma setuju sebab Aie tau. Ma masih harapkan Aie jadi menantu ma.”
“Tak apalah ma. Jadi anak angkat ma pun dah cukup bagi Aie. Biarlah abang pilih cintanya.”
“Budak tu naïf sangat Aie. Budak lagi…”
Aisya tersenyum kecil. Lucu pula tengok rupa tua ma yang masih merajuk dengan pilihan Ash. “Tak apalah ma. Husna boleh belajar.” Husna memang kena kerja keras. Bukan saja untuk menangi hati ma, tapi untuk jadi wanita disamping Putra Ashraf. Aisya dulu dididik dari kecil. Cara makan, cara pemakaian, adab dan tatatertib hinggalah masuk pelbagai jenis kelas termasuklah kelas tarian, agama dan masakan.
Telefon bimbit Aisya yang terletak di meja makan berbunyi. Dia terus angkat sebaik saja nama Ash tertera.
“Assalamulaikum. Aie datang pejabat Shah sekarang. Urgent.”
“Sekarang?”
“Yup. Sekarang Aisya.” Arah lelaki itu tegas lalu terus tamatkan panggilan.
Aisya yang terpinga-pinga sekadar memandang skrin telefonnya.
“Siapa telefon?” tanya Haida.
“Abang… Abang suruh pergi pejabat Shah sekarang. Urgent katanya…” ujar Aisya. Ikatan tali apron yang tersarung dibadannya.
Haida mengangkat kek tadi untuk dimasukkan ke dalam peti ais. Mulut tak habis nak bebel Ash lagi. “Bila urgent tahu pula nak cari Aie. Kalau tak sibuk dating dengan si Husna tu.”
“Ma…” lengan Haida dipegang. Ingatkan tadi dah habis.
“Ma janganlah macam ni. Lagipun mesti bukan soal pejabat sebab abang suruh Aie ke pejabat Shah bukan pejabat dia.”
“Pejabat Shah?” tanya Haida bagi memastikan pendengarannya betul.
Aisya mengangguk.
“Aisya, Aiy Iskandar Shah. Nice match..”
“Ma! Aie nak cepat ni. Nanti abang marah. Ma jangan nak sambung apa yang terfikir tu.” Aisyah cepatkan langkah sebelum telinga tadah cadangan bernas ‘penyatuan dua insan’ dari ma.



“Cik Aisya. Tengku dan Encik Putra tunggu cik di dalam.” Beritahu setiausaha Shah bila terlihat kelibat Aisya masuk kawasan pejabat Shah.
Aisya mengangguk lalu terus saja masuk bilik Shah sambil memberi salam.
 “Aie datang sini cepat.” Arah Ash.
Aisya yang masih keliru hanya menurut. Tempat kosong sebelah Ash diduduk. “Ada apa bang.”
“Tolong betulkan sistem ni.”
Aisya alihkan pandangannya pada komputer. Dia pandang Shah dan Aie silih berganti. Terdapat seorang lelaki turut berada di situ. “Abang buat lawak ke bang? Aie ni eksekutif kewangan yang ambil business management. Bukan sistem.” Sangkal Aisya.
“Apa guna sijil ijazah sistem awak tu kalau tak guna. Abang tahu Aie tahu nak betulkan macam mana.”
Mulut Aisya ternganga sekejap. “Macam mana abang tahu?” Setahunya hanya Kamelia saja tahu pasal tu. Waktu belajar dulu, Aisya senyap senyap ambil double degree. Business management dan system engineering.
“Itu hal lain. Sekarang abang nak Aie tolong Shah betulkan. Benda ni confidential.”
Aisya menunduk sambil memegang dahinya. Matanya memandang Shah yang duduk bersandar memandangnya. “Shah takkan tiada pekerja professional yang tahu pasal benda ni. Takkan Aie yang kena buat.” Tanyanya pada Shah.
“Benda tu confidential Aie. Bila Aie tengok isi kandungan pengurusan kewangan dalam tu. Aie tahu apa yang ada dalam tu.”
Confident tak bagi Aie boleh buat ni?” Tanya Shah yang akhirnya bersuara.
Ash mengangguk. Dia faham kegusaran Shah walaupun kawannya tidak tunjuk sebarang ekspresi. Ash tahu kebolehan Aisya walaupun gadis itu tak pernah tunjuk depan orang. Aisya genius bab berkaitan dengan sistem ni.
Dateline?” tanya Aisya pada Shah. Dalam hati sempat mencemuh Shah yang memperlekehkan kebolehannya.
“Shah nak bentang depan semua pengarah esok pagi. Tepat pukul lapan.”
“Okay. Bagi Aie privasi. Aie siapkan malam ni.” Itu saja yang Aisya nak dengar. Macbook pro warna putih itu ditarik ke depannya.
“Sebelum malam ni. I kena check report.”
“Baiklah Tengku. Saya siapkan mana yang mampu. Sediakan segala report yang berkaitan and leave me alone.”
Shah memandang Ash. Dilihat kawanya bagi signal agar percayakan Aisya. “Fine. Masuk pintu tu. It’s my private room. Nanti I emel segala info yang berkaitan. ” Beritahu Shah. Kad kunci bilik tersebut diberikan kepada Aisya.
Selain dirinya dan Ash dan pekerja yang ditugaskan bersihkan bilik tersebut sebulan sekali, Aisya orang pertama yang dibenarkan jejak bilik tersebut. Aisya nak privasi tapi Shah kena siapkan kerja dia dalam pejabat ni jugak. Takkan nak biarkan Aisya guna lepas tu dia pula yang buat kerja luar. Idea terbaik biarkan Aie guna bilik yang satu tu.
Tanpa berlengah. Aisya terus angkat komputer tersebut dan masuk bilik Shah meninggalkan tiga lelaki itu.
“Riz, you boleh keluar sekarang.” Arah Shah pada lelaki yang sepatutnya bertanggungjawab mengurus sistem tersebut.
“Baik tengku. Maafkan saya tengku.” Lelaki itu berkali-kali tunduk meminta maaf sambil keluar.
“Aku percaya dia sebab kau Ash.” Ujar Shah sebaik saja tinggal dia dan Ash saja di situ.
“Jangan risau. Aku tahu kebolehan Aisya. Dia takkan kecewakan kita.” Beritahu Ash.


Shah mengetuk pintu bilik tersebut. Jarum sudah menunjuk pukul 2 pagi. Tapi Aisya tiada tanda langsung nak keluar dari bilik tersebut.
“Masuk.” Arah Aisya dari dalam.
“Banyak lagi?” tanya Shah pada Aisya yang duduk atas lantai.
“Dah nak siap. Sikit saja lagi. Maaf sebab lambat. Tadi cek perasan report dan info dalam sistem ni tak sama langsung...”
“Tak apalah. Yang tu biar I yang cek. Aie patut balik rumah sekarang ni. Nanti apa pula ma fikir. Get ready. I hantar pulang.”
“Pukul berapa sekarang ni? Ash?” tanya Aisya pada lelaki itu.
“2 pagi. Ash jaga Husna di hospital. Sakit.”
Hurmm… Shah… Banyak lagi ni, biar Aie tolong tengokkan report dan info dalam sistem. Kalau Aie stay dekat sini je boleh? Esok pagi baru balik.”
No. Balik. Benda ni I boleh sambung lepas hantar you balik. Aie mana pernah tidur selewat ni.”
Aisya diam mengangguk. Benar cakap Shah, dia mana pernah tidur selewat ni. Aie jenis yang tidur lepas isyak dan bangun pukul 2 atau 3 pagi buat kerja. “Tapi… malam ni je…”
Please…’ pujuk Aie bila Shah senyap semacam.
No Aie. Ni nak mengelak dari Ash ke apa…”
“Takdelah.” Jawab Aie perlahan.
“Kalau macam tu balik.”
Aisya berpaling dari lelaki sebelahnya lalu buat mimik muka. Lebih kurang je diktator Shah dengan Ash ni! Patutlah kawan baik.
It’s for your own good Aisya. Termasuk kekal tinggal di rumah tu…”
“Sampai bila? Sampai bila Aie nak kena terus tinggal dan hidup di situ. Lama-kelamaan Ash dan Husna akan kahwin dan tinggal di situ. Lupa ke peraturan rumah? Ma tak nak Ash tinggal luar lepas kahwin. Aie nak juga jaga air muka sendiri. Ash tu bekas tunang Aie… lepas tu nak pula serumah dengan isteri Aie. Aie pun…” luah Aisya.
“Nanti Aie kahwin kan akan ikut suami jugak. Masa tu akan pindah juga akhirnya. Sabarlah sikit. Ma kan sayangkan Aie. Ma takkan nak biarkan Aie hidup keseorangan di luar. Silap hari bulan ma hantar Aie balik US. Tinggal dengan Mom. Nak?”
Kata-kata Aie sekurangnya menyedarkan Aie sedikit. Tinggal dengan mom? Di US? Dia dan mak kandungnya tu tidaklah rapat sangat sejak mom pilih untuk kahwin lain lepas setahun ayah meninggal. Lepas kahwin saja terus berhijrah di US, tapi Aisyah yang minta dengan mom untuk tinggal dengan ma sebab dia tak nak tinggal di US. Mom pun setuju je dan biarkan Aie tinggal dengan ma memandangkan ma ialah adik sepupunya sendiri.
Perlahan kepala Aie digeleng. Tak nak! Dia kembali mengeluh. “Dah la tak nak fikir pasal ni. Cakap macam mana pun Aie tetap tak dibenarkan tinggal luar. Membazir saja duit yang dikumpul selama ni beli rumah yang akhirnya tidak berpenghuni!”
Shah tersenyum senget. “Serve you right... lain kali jangan nak buat keputusan sendiri!” sindir Shah.
“Kalau tunggu Aie kahwin sampai bila-bila pun Aie akan terus tinggal di rumah tu.” Rungut Aisya sendirian.
“Maksud?’
“Selama ni Ash tak benarkan Aie dekat dengan dengan lelaki lain. Kawan lelaki yang Aie ada hanya Ash dan Shah.” keluh Aie. Nak tinggal situ sampai dia kahwin? Jawabnya sampai ke tualah dia akan tinggal di situ.
“Mana tahu dalam sekelip mata saja ada putera datang lamar Putri Aisya.”
Ejekan Shah dibalas dengan jelingan tajam dari Aisya. “Tapi malam ni Aie tak nak jugak balik awal. Bagitahu Ash. Kalau Shah yang cakap, Ash mesti percaya. Lepas siapkan report ni baru balik.” Ujarnya tegas tanpa pedulikan Shah.
Muka Shah tegang melihat kedegilan Aie. “Fine. Rajin sangat nak buat. Buatlah.” Kata lelaki itu kegeraman. Telefon bimbitnya dikeluarkan dari poket, nombor Ash didail. Beritahu kerja Aie tak siap lagi. Dia janji akan tengokkan Aie untuk Ash.
Aisya mencebik sambil buat report yang belum siap tadi. Shah betul-betul tolong  ‘tengokkan’ Aie SAHAJA! Bukannya nak tolong.
Dijeling lelaki yang kini berubah tempat duduk atas sofa depan Aie. Menyakitkan hati betul! Bukannya nak tolong. Tahu tunjuk muka smirk menyakitkan hati tu saja. Siap bagi signal pada Aie lagi agar sambung buat report tu.



Aisya perlahan-lahan mencelik bila sedar dari tidur. Selimut sempat ditarik menutupi badan hingga ke leher. Dilihat figura yang segak berpakaian kerja sedang duduk di sofa memandangnya. Matanya dipisat perlahan. “Pukul berapa sekarang ni?”
“Satu tengahari.”
Meeting macam mana?” tanyanya lagi sambil bangun dari atas katil lelaki itu. diurut kepala yang terasa sakit.
“Alhamdulillah selesai.”
Aisya mengangguk. Tudung yang kusut dikemaskan sedikit. “Nak balik.” Beritahunya perlahan.
“I hantar balik.”
Perlahan kepala Aisya mengangguk. Dia pun tak larat nak memandu. Kepala masih pening lagi.
“Pergi basuh muka tu. I tak nak pekerja I fikir bukan-bukan tengok rupa you tu. I tunggu luar.” Ujar lelaki itu lantas keluar dari dari bilik kecil tersebut.
Mata Aisya sempat meneliti bilik tersebut. Bilik yang cukup memuatkan satu katil single, meja, dan dua sofa serta almari kecil. Rasanya bilik berehat untuk Shah.
“Orang kaya! Apa pun boleh buat.” Desisnya lalu berdiri untuk masuk ke dalam tandas untuk bersihkan muka.



Niat untuk tersebut masuk ke dalam ofis Ash terhenti sebaik saja terdengar namanya menjadi topik perbalahan dari dua beradik tersebut.
“Abang tak patut buat Aie macam tu. Ingat dia tu barang ke nak pass dengan orang lain sesuka hati?” bentak Kamelia.
“Aie akan dengar cakap abang. Full stop.”
“Abang! Aie tu manusia. Ada hati dan perasan! Suruh Aie kahwin dengan Shah? Nonsense tahu tak? Abang bukan tak tahu perangai Shah tu macam mana. Diktator. Kuat mengarah macam abang.” Sekurangnya carilah lelaki yang boleh harap sikit! Sambung Kamelia dalam hati.
“Shah akan jaga Aie.”
Kamelia geleng kepala. “Kenapa perlu tentukan hidup Aie. Dia dah 27 tahun bang. Biarlah dia tentukan hidup dia sendiri. ”
“Abang buat ni untuk dia.”
No! Abang buat ni untuk kebaikan diri sendiri. Sebab nak jaga hati ma atas apa yang abang buat. Abang kekalkan Aie duduk dengan kita. Aie tu bukan alat untuk abang pujuk ma, Aie tu bekas tunang abang. Tolonglah jaga hati dia. Sekarang abang nak guna kawan baik abang sendiri? Tolong guna akal tu sikit boleh tak?!”
“Ini idea Shah sendiri. Shah yang setuju dan nak kahwin dengan Aie. Puas?!” marah Ash pada Kamelia atas tuduhan adiknya itu.
Kamelia terdiam. Pandangan mereka beralih pada bunyi bekas yang jatuh ke lantai. Aie turut pusing belakang. Dia sendiri tidak perasan rupanya ada orang lain yang turut pasang telinga pada perbualan Ash dan Lia. Matanya memandang bekas makanan yang jatuh dari tangan Husna. Dilihat air muka Husna yang kini banjir dengan air mata.
“Maafkan Husna… maafkan Husna, Cik Aisya. Husna tak tahu…” tangis gadis itu lalu pergi tinggalkan kawasan pejabat Ash.
“Husna…” Asy bangkit dan keluar dari pejabat untuk mengejar Husna.
Sempat dia berhenti seketika memandang wajah Aisya dan Lia silih berganti sebelum tinggalkan Aisya untuk mengejar buah hatinya.
“Maafkan abang…” telinga Aisya sempat terdengar suara Ash bersuara perlahan padanya. Dia memandang kawannya yang turut tercengang selepas menyedari kewujudan Aisya di situ. 
“Aie…” panggil Lia.
“Aku nak bersendirian Lia.” Kata Aisya lalu meninggalkan Kamelia. Idea Shah? Lelaki itu ingat Aisya ni kemaruk sangat nak berlaki?! Tangan Aisya digengam menahan marah. Pejabat Shah menjadi hala tujunya seterusnya!




“Cik Aisya… Tengku sekarang.”
Halangan setiausaha Shah tidak diendah. Aisya merempuh masuk pejabat Shah. Dilihat lelaki itu sedang berpelukan dengan perempuan lain. Tambah bengang Aisya melihat adegan lelaki tersebut. Ini nak buat laki?! Huh! Kuat dengusan Aisya.
Shah meleraikan pelukan lalu terus mendekati Aisya. Satu tamparan terus menyapa pipi Shah sebaik saja dekat dengan wanita itu. “Itu hadiah selamat tahun baru dari Aie! Kahwin dengan Shah? Shah ingat Aie ni perempuan jenis apa? Kemaruk nak berlaki?”
“Aie dengar cakap I dulu.”
No! you listen to me… Aie ada maruah, ada pendirian sendiri! Kenapa semua orang nak tentukan hala hidup Aie? And you Shah! cukuplah Ash seorang pasang harapan pada Aie dan hancurkan hati Aie, sekarang Shah buat dengan perempuan lain juga? Senang sangat nak berkahwin dengan Aie kan… senang berjoli!”
“Aisya…” tangan Aisya direntap untuk memandang tepat padanya.
Let me go Shah! I hate you!” kuat Aisya melepaskan pegangan Shah dan terus pergi tinggalkan lelaki itu.
Ash. Shah. Sama aje!



“Aku balik. Soon. Jangan risau. Bagitahu ma…” beritahu Aisya pada Kamelia. Telefon ditukar ke sebelah lain. Panas telinga mendengar si kawan baik membebel.
“Kau tak sayang ma ke?”
“Sebab aku sayang ma la aku telefon ma setiap hari. Aku nak berseorangan. Kau pun tahu nak cari aku di mana. Jangan risau.”
Terdengar suara Kamelia mengeluh disebalik corong telefon. “Ma dah marah abang dan Shah. Kau baliklah.”
Soon. Jangan risau.”
Kamelia mengalah. “Jaga diri.” Pesannya sebelum mereka menamatkan panggilan.
Aisya meletak telefon atas sofa. Dia bangkit berjalan keluar untuk melihat pemandangan dari balkoni. Tangan disilang pada dada lalu dia bersandar pada dinding untuk menghayati permandangan bandar dari rumahnya.
Dia mengeluh perlahan. Sejak kejadian itu, Aisya terus keluar dari rumah ma, dia malu dan malas untuk berdepan dengan Ash. Pada pa dipujuk untuk beri kebenaran, ma macam biasa enggan membenarkan dia bersendirian di luar. Tapi pa pujuk ma untuk beri ruang pada Aisya untuk bersendirian beberapa hari. Sebab tu ma akhirnya benarkan juga dia keluar dan tinggal di apartment miliknya dengan syarat Aisya mesti telefon rumah setiap kali.
Tangan Aisya dimasukan ke dalam poket jaket yang tersarung. Ketika hendak melangkah masuk ke dalam rumah, hatinya tergerak melihat balkoni rumah sebelah. Terbeliak sedikit mata Aisya memandang Shah yang sedang enak duduk di balkoni sebelah tersenyum memandangnya.
Terkaki Aisya seketika melihat Shah berdiri dan berjalan sedikit menghadapnya.
“I nak cakap sesuatu dengan you. Rasanya dekat sini pun okay. Sekurangnya jauh sikit kalau tangan tu nak tampar muka ni. Lagi satu perempuan tu yang peluk I. Ingat I nak ke perempuan macam tu buat bini. Lain kali sila tanya sebelum tampar orang sesuka hati.”
Panas muka Aisya mendengar sindiran dari lelaki.
“Putri Aisya. Bila I cakap pada Ash I nak kahwin dengan you. Maksudnya I memang nak kahwin dengan you. Bukan sebab nak tolong you atau jaga hati ma. Tapi untuk hati I, I cinta you sejak berpuluh tahun lepas, sejak kita kecil tapi waktu tu I sedar I tak boleh bersama dengan you walaupun I dekat dengan you sekalipun. Sebab waktu tu you tunang kawan baik I… sekarang keadaan berbeza Aie. You bukan milik sesiapa…”
“I nak bersama dengan you sebab I cintakan you Aie. I nak jaga you. I nak lindungi you sebab hati I memang dah terpaut pada you.”
Aisya tertunduk menekur lantai. Air matanya menitis setitik dua. Terharu mendengar luahan Shah untuknya.
“I tahu you mungkin tak dapat terima hakikat ni. I tak kisah Aie… I tak kisah kalau you tak nak terima I tapi  I you tahu yang I akan sentiasa tunggu you, I akan jaga you sampai you terima lelaki yang tertulis buat you. I akan terus lindungi you sampai ada lelaki yang tertulis buat you sah menjadi suami you.” Janji Shah pada Aisya.
Aisya memandang seraut wajah lelaki itu. kini dia sedar, selama ini memang shah yang sentiasa menjaganya seperti Ash. Shah tidak pernah lupa untuk bersama dengannya setiap kali dia gembira dan sedih.
Lelaki itu tersenyum sedikit sebelum mulakan langkah untuk masuk ke dalam rumahnya semula.
“Shah!” jerit Aisya
 “Pikat Aie… Pikat hati Aie. Selama ni Aie sayangkan Shah lebih dari rasa sayang. Tapi Aie selalu ingatkan diri. Jangan sayang lebih dari satu rasa cinta sebab Aie perlu sedar diri Aie sebagai tunang Ash. Semua orang tidak tahu, rasa lega turut terselit dalam hati Aie bila tahu  Ash bawa Husna masuk ke rumah.”
“Betul! Aie memang rasa terkilan. Selama ni Aie harapkan Ash bawa wanita yang lebih baik dari Aie untuk jadi pendamping hidupnya. Tapi lama-kelamaan Aie sedar… kita tidak boleh tentukan kelebihan kelemahan pasangan hidup kita kerana semua telah tertulis buat kita. Sebab tu Aie restu Husna untuk bersama dengan Ash, Aie yakin Husna ada kelebihannya tersendiri kerana berjaya pikat hati Ash.”
“Aie nak jadi wanita yang tertulis buat Tengku Aisy Iskandar Shah selepas putus tunang dengan Ash. Aie nak jadi pendamping Shah selamanya. Aie tunggu saat Shah lamar Aie walaupun Aie sedar itu mungkin hanya  satu mimpi. Tapi Aie… Aie nak cuba kejar cinta Aie. Tapi bukan paksaan. Aie malu bila tahu Shah nak kahwin dengan Aie hanya sekadar nak tolong.,,” ujar Aisya panjang lebar. Air matanya makin deras mengalir sambil meluahkan segala yang tersemat di hatinya.
Dia cintakan Shah! itu hakikatnya. Tapi kerana dia tunang Ash, perasaaan itu dipaksa untuk mati begitu saja.
Shah meraup muka memanjatkan rasa syukur. Alhamdulillah! Dia bukan bertepuk sebelah tangan. Shah tersenyum memandang wanita depannya. “Tak sia-sia I dapat tamparan tahun baru. Sekurangnya hajat 2015 I akan tercapai…”
Kata-kata lelaki itu buat Aisya teringat kembali tamparan tahun baru yang hinggap dimuka lelaki itu. Dia tertawa kecil kenangannya muka kelat Shah waktu tu.
Be my wife Aisya… Kahwin dengan I. Selamanya I akan terus pikat hati Putri Aisya. I tak nak you perasan jadi puteri lagi cause you the queen of my heart…
Aisya tersenyum dan perlahan- perlahan mengangguk. Jantungnya berdegup laju memdengar luahan lelaki itu padanya.
Ya Allah! Atas Izin dariNya biarlah Shah menjadi pendamping yang tertulis buatnya. Amin.
~Tamat~
Cerita yang sedikit ringkas. Yang Tertulis tersenarai dalam kompilasi 10 cerpen Projek CPR tapi dalam kompilasi tu cerpen ni lebih panjang dari yang ni. Ni baru 21m/s. target saya satu cerpen 35-40 m/s untuk PROJEK CPR . so panjang lagi. Teehee~ Doakan Projek CPR siap cepat! Lepas exam nanti saya start taip laju2 balik.
HAPPY NEW YEAR! dan selamat merealisasikan segala impian 2015.
Assalamualaikum.

Secebis Cinta Intan bab 3

$
0
0

Vision?”
I’ll let you know when times come.” Intan tergelak kecil dengan ayatnya sendiri. Rasanya waktu tu dia tidak perlu lagi beritahu kerana kemungkinan besar Aneff akan rasa sendiri keperitannya.
Aneff memandang Intan dengan pandangan pelik. Tersirat maksud wanita ini baginya. Dia tersenyum kecil. “I doakan you akan capai visi you tu.”
Lebar senyuman Intan pada lelaki ini. “Thanks.” Memandangkan perbincangan mereka pun mencapai titik akhir. Permata Holding bersetuju untuk bekerjasama dengan syarikat Aneff.
Jam tangan Aneff ditilik. Waktu pun telah mencapai waktu rehat. Tidak perasan mereka agak lama berbincang sedari tadi. “I harap kita boleh bekerjasama dengan baik Encik Aneff. I jarang handle projek dekat Malaysia. Expectation I tinggi pada diri you memandangkan you berjaya kalahkan I dalam projek lepas...”
“Saya juga Cik Intan. Awak seorang yang berkaliber. I harap kerjasama kita berjaya. Kalau tiada apa lagi I minta diri dulu.” Aneff dah kemas segala dokumen miliknya. Tinggal nak keluar saja lagi. Dilihat Intan yang masih lagi tidak mampu berdiri.
Sorry sebab tak dapat hantar you keluar. ” tangan Intan memberi signal pada kaki yang masih lagi tidak berupaya untuk bergerak. Manja gayanya menunjuk kakinya pada lelaki itu
It’s okay. I minta diri dulu...” Muka lelaki itu langsung menunjukkan dia tidak terkesan dengan gaya manja dan mengoda Intan. Dia pula makan dalam sendiri.
Terpinga-pinga Intan memandang lelaki itu bangun. ‘Eh aku macam mana?!’ bentaknya dalam hati. Mentang-mentanglah dia menolak tadi. Aneff langsung tidak tanya lagi. Sakit pula hati Intan tengok lelaki itu keluar dari biliknya.
Intan tidak boleh biarkan Aneff pergi dulu sebelum tiada pencapaian untuk hari ini. Aneff telah pun keluar dari pejabatnya. Cepat Intan cepat fikir! Guna otak geliga kau sebelum dia semakin jauh.
Tanpa fikir panjang Intan terus saja berdiri dan paksa diri berjalan. Tidak sampai beberapa minit dia kembali menjerit kuat dengan harapan Aneff belum jauh dari pejabatnya.
 Intan yang terduduk memegang kaki yang semakin berdenyut. Berkerut wajahnya menahan sakit. Kasut tinggi rona hitam dengan corak keemasan itu dicabut. Dia mengerang kesakitan.
Setiausaha Intan sekali lagi terkocoh-kocoh berlari mendapatkan bosnya sebaik saja terdengar jeritan kuat dari Intan. “Cik Intan... okay tak ni?”
“Sue tolong I panggilkan sesiapa je yang ada dekat luar. I tak larat nak gerakkan kaki....” pinta Intan. Keadaan kakinya semakin teruk.
“Cik Intan tunggu kejap. Saya panggil Encik Aneff.” Suraya berlari keluar pejabat untuk mendapatkan Aneff. Susah dia hendak cari orang lain lagi memandangkan tingkat itu hanya menempatkan pejabat Intan seorang saja. Ada pun bilik lain tapi bukan pejabat pekerja. Tingkat itu hanya menempatkan pejabat Intan dan kelengkapan fasiliti lain saja termasuklah bilik tidur Intan yang hanya dia seorang saja pekerja dalam syarikat itu yang tahu.
“Encik Aneff tunggu.” Jerit Suraya pada Aneff yang sudah berada dalam perut lift. Lelaki itu cepat menekan butang bagi menahan pintu.
“Encik Aneff tolong... cik... Cik Intan jatuh...” Termengah-mengah Suraya yang berlari mengejar Aneff tadi. Dia tertunduk memegang dada yang sesak kerana berlari laju tadi. Arah pintu pejabar Intan tadi ditunjuk.
“Teruk ke?” tanya Aneff lalu keluar semula dari dalam lift. Suraya yang kepenatan sekadar mengangguk.
Mereka berlari menuju ke pejabat Intan sekali lagi. Aneff yang baru saja masuk terkelu memandang Intan yang sedaya upaya untuk berdiri semula. Kuat semangat Intan ni! walaupun berkali-kali terjatuh semula dia masih juga berusaha untuk berdiri.
“Encik Aneff. I ingat you dah balik tadi.”
Aneff berjalan mendekati Intan. Tubuh gadis itu dipapah. “Setiausaha you panggil I tadi. Okay tak ni?”
Intan mengangguk. Tadi dia betul ingatkan Suraya tidak berjaya menahan Aneff dari terus pulang. Dia sendiri hampir hampa dengan usaha  menyusahkan diri sendiri ni. Tak pasal terpaksa menanggung sakit.
Beberapa kali Intan cuba untuk berdiri namun tetap juga tidak berjaya. Melihat kepayahan Intan untuk berdiri. Aneff minta kebenaran untuk cempung gadis itu. “You duduk betul-betul. Biar I cempung you.”
Melonjak perasaan gembira Intan bila lelaki itu menawarkan diri. Ayu kepalanya mengangguk sambil betulkan cara duduk agar mudah Aneff dukungnya. Kunci keretanya diberikan pada Intan, nanti senang Intan nak tolong bukakan kunci kereta.
Pegangan Aneff dikemaskan agar Intan tidak terjatuh. Tanpa disuruh Intan terus paut leher Aneff. Saja nak ambil kesempatan. Tidak sampai beberapa saat saja badan Intan terus berada dipegangan lelaki itu.
My Gucci! Sasanya badan lelaki ni.’ besar mata Intan membulat melihat bila didukung oleh Aneff.
“Beg tangan you?” soalan Aneff tiba-tiba buat Intan tercengang sedikit. Ternganga mulut Intan buat seketika.
“Beg?” tanya Intan kembali.
Handbag you, dompet...”
“Oh... kejap. Sue. Ambilkan beg I.”
Suraya mengambil tas tangan Intan lalu diberikan kepada Intan yang sudah berada dalam dukungan lelaki bernama Aneff ini.
“Batalkan appointment I hari ni.”
Arahan Intan dibalas dengan anggukan oleh gadis itu.
Tanpa menunggu lama Aneff mendukung Intan keluar dari bilik tersebut dibantu oleh oleh Suraya hingga ke pintu lift. Sempat Suraya bantu Aneff untuk tekankan butang lift dan memberi pesanan pada Intan agar berhati-hati. Kadang Intan tabik juga dengan Suraya ni. Pembantu serba boleh baginya.
Mata nakal selalu saja menjeling wajah Aneff yang terlalu dekatnya. Dilihat wajah kacak itu. Terlalu sempurna baginya walaupun agak dingin berbanding Adif. Dan satu lagi, mata tu. Sebenarnya mata tu paling dia tidak berkenan. Terlalu sepet dan tajam. Tidak suka! Intan suka lelaki mata bundar. Bulat-bulat sikit macam Kimi. Baru kacak!
“Ehem!” Aneff berdehem.
“Rasanya muka I takde apa-apa yang pelikkan?”
Terkebil-kebil Intan mendengar soalan itu. Ops! Kantoi sudah. Dia tersengih memandang Aneff. “Kenapa mata you sepet?”
“Pernah dengar perkataan genetik?” tanya lelaki itu sambil keluar dari lift yang terbuka.
Poyo! Intan ingin saja mencebik tapi memandangkan lelaki itu keluar lobi menyedarkan dia terlebih awal. “You parking kereta kat mana? Kita ke basement. I tak nak pekerja I nampak.”
Lelaki itu berhenti melangkah. Intan dipandang. Dalam hati geram pula dengan Intan yang banyak songeh walaupun hati rasa pelik sebab Intan tak nak pekerja dia nampak keadaan dia didukung sebegitu. Padahal mereka bukannya buat salah pun.
“Kereta I parking dekat luar je. Kenapa?”
Intan tutup mata. Muka disorok pada badan lelaki itu. pautan pada leher lelaki itu dikuatkan. Sebelah tangan yang dari tadi memegang kunci kereta Aneff diguna untuk menutup muka.
“Apasal you berhenti? Jalan cepat... jalan cepat...” ujarnya. Intan tidak mampu lagi pandang arah lain. Dia tidak suka nampak lemah dimata orang lain.
Aneff geleng kepala. Dia panjangkan langkah keluar dari bangunan. Dibiarkan Intan sembunyikan wajahnya dari dilihat dari pekerja lain. “You tak perlulah nak peluk kunci kereta I macam tu sekali pun. Kita dah sampai kereta ni.” ujar Aneff. Intan yang masih sembunyikan wajahnya itu dipandang. Dalam hati nak tergelak juga gelagat Intan ni. Lucu pun ada juga.
Sebelah mata Intan dibuka sedikit mengintai keliling sebelum kedua belahnya dicelik sepenuhnya. Kunci kereta Aneff yang digenggam tanpa sedar tadi ditekan bagi membuka kunci kereta lelaki itu.
Dengan langkah berhati-hati lelaki itu masukkan Intan ke kerusi penumpang hadapan. “Thanks.” Ucap Intan yang kini duduk sambil memandang Aneff yang masih menunduk. Dibalas pandangan lelaki itu dengan pandangan mengoda. Gedik Intan! Sempat lagi tu.
‘Kacaknya lelaki ni! Kalau bukan sebab musuh aku. Dah lama aku goda buat laki.’ Fikir Intan.
Dahi Intan kemudiannya berkerut. Bingung seketika bila Aneff beri isyarat mata dan keningnya. Lelaki itu kemudiannya tadah tangan depan muka Intan. “Kunci.”
Intan yang baru tersedar. Terus letak kunci yang kembali dalam gengamannya tadi. “Oh!” panjang sengihan Intan hinggalah Aneff bantu untuk tutup kunci kereta tersebut. Intan  terus ketuk dahinya berkali-kali bila lelaki itu berjalan hadapan kereta untuk ke kerusi sebelah.
“Sedar Intan! Sedar diri!” Ingatnya pada diri sendiri.
‘Ingat sikit dia siapa dan kau tu siapa! Jangan lalai dengan muka dia tu. Ingat mata dia tu sepet. Kau tak suka mata sepet!’ Intan rasa macam nak ketuk diri sendiri pada dashboard kereta ni. Tak patut betul. Baru sekali dekat dengan Aneff tapi entah berapa kali dia terlalai. Kalau hari-hari berusan macam ni habislah dia. Payah nak kawal diri dari terus memalukan diri sendiri!
“You okay ke ni?” soalan Aneff mengejutkan Intan.
Dibuka mata yang tanpa sedar tertutup tadi ketika berfikir. Anak mata naik ke atas. Memandang tangan yang sedang mengetuk dahi tanpa henti tadi.
Oh Tidak. Intan tutup mata. Tangan sudah diturunkan.
Not again!!’ jeritnya dalam hati. Oh Intan! Apa dah jadi dengan kau ni.
“Betul?” tanya Aneff lagi.
Intan sekadar mengangguk. Dahi diurut perlahan sambil menyembunyikan mukanya dari pandangan Aneff.
“Kepala you sakit ke?” persoalan lelaki itu tidak pasal-pasal menjengkelkan Intan.
“I’m okay.” Ujar Intan sambil memaksa diri untuk senyum pada lelaki sebelahnya.
Aneff mengangguk. Dia memulakan pemanduan untuk menghantar Intan ke hospital.



“Kenapa you tak nak pekerja you nampak I dukung you tadi?” tanya Aneff bagi memecah kesunyian dalam kereta itu. Dari tadi sekadar pasang telinga pada suara radio yang menyanyikan lagu-lagu Kenny G. Mengantuk Intan dengar muzik-muzik yang padanya hanya sesuai untuk dodoikan dirinya. Ikutkan nak saja dia tukar lagu-lagu. Tidak kena langsung dengan seleranya.
Aneff dipandang seketika. Matanya sudah kuyu itu dipaksa untuk terbuka. “I tak nak orang nampak I dalam keadaan lemah macam tu.”
“Sebab?”
“Sebab I Intan, Intan yang mereka nampak bukan Intan yang lemah...” jawab Intan yang hanya memandang sorotan kereta yang berhenti seketika tatkala lampu isyarat menunjukkan warna merah kegemarannya.
“You tahu pekerja you takkan fikir macam tu.”
“I tahu. Tapi terlintas pun I tak nak mereka fikir macam tu. I tak suka nampak lemah depan orang termasuk you.” Ujar wanita itu yang kini mampu tersenyum sinis memandang Aneff.
Aneff memandang Intan seketika. Dipandang seraut wajah yang penuh ketegasan itu. “You memang degilkan cik Intan.”
Makin sinis senyuman Intan tarlakar diwajah itu. “I kena degil. Kena keras hati dan kuat untukan teruskan kehidupan I. Hidup I tidak secantik and as smooth asallthe intan permata yang you biasa nampak.”
You’re so unique, yet mysterious and cheeky lil diamond.”
Komen lelaki itu buat Intan tergelak kecil. “Unique yes. Mysterious and cheeky lil diamond kinda... hurmm... tak berapa nak sesuai. But I like it. Cheeky and mysterious. I’ll take it as compliment.” Ujarnya sambil tergelak pada sindiran dan pujian lelaki itu. Cheeky huh?
“You memang tak kisahkan apa yang I cakap.”
Life Encik Aneff. Kehidupan yang I belajar selama ni buat adalah untuk telan tanpa menghadam apa saja pandangan buruk orang lain pada I. Yang penting ialah apa yang I nak, I dapat. Boringlah cerita pasal I. Cerita pasal you pula...”
“I prefer you panggil I Aneff je.”
Intan senyum mengangguk.
“Cerita pasal I?” Aneff kembali bersuara sambil berfikir. “Kehidupan I mudah bagi I tapi tanggungjawab I tidak semudah kehidupan yang I lalui.”
“Maksud you?”
“Kita manusia kita ada tanggangjawab untuk mendekatkan diri dan sujud pada Allah. Sebagai anak, I perlu patuh pada ibu bapa I selagi tidak langgar perintah Allah. Sebagai lelaki, tanggungjawab I untuk lindungi wanita itu perlu. Sebagai ketua, tanggungjawab I perlu awasi dan kawal pekerja-pekerja dan business keluarga I.”
Bakal pendakwah berjaya rupanya! Intan tak pernah sangka lelaki sebelahnya ni alim macam ni! ikut siasatannya lelaki ni memang alim tapi dia tidak menyangka sampai tahap ni. “Kalau ibu bapa tu  buang you? Pukul you tanpa sebarang tiada perasaan. You masih nak patuh pada mereka?” Intan cuba provok
“Sebab tu I cakap selagi tidak langgar perintah Allah. Kenapa? Parents you buang you ke?” tanya Aneff yang serkap jarang pada persoalan Intan yang cuba memprovok dia tadi.
Intan terdiam. Pandangannya pada Aneff kini bertukar ke luar tingkap. Persoalan lelaki itu dibiar saja senyap tadi tanpa sebarang jawapan buat seketika. Ingatannya kembali kepada beberapa tahun lepas saat kaki kecilnya melangkah bersama mama yang menangis bagai nak rak sambil menarik bagasi masuk ke dalam bonet kereta mama.
Ingatan Intan masih jelas lagi tentang keadaan tu. Mama yang tak sanggup tinggal di rumah yang telah ditukar milik kepada namanya selepas penceraian mereka nekad untuk pindah rumah. Kononnya untuk melupakan memori-memori mereka dalam rumah tu, tapi hakikatnya pindah mana pun mama tidak dapat lupakan lelaki itu. Kalau mama boleh lupakan dan terima kenyataan. Dia tidaklah terseksa dan berdendam sampai sekarang!
“I mengantuk. Nak tidur kejap. Sampai nanti you kejutkan I.” ujar Intan lantas menutup mata bagi menamatkan perbualan mereka berdua. Dia tidak mahu mengalami gangguan emosi ketika bersama dengan Aneff. Baik dia tidur bila kepala mula fikirkan keadaan yang hanya menyakitkan jiwannya!



Intan tersedar bila terasa sentuhan di wajahnya. Matanya dibuka sebesar yang boleh. “Hei!” jerit Intan. Tanpa sedar kepala segera dijauhkan hingga terhantuk cermin kereta. Wajah Aneff yang terlalu dekat dipandang dengan perasaan marah.
“You nak buat apa tu?”
Aneff  betulkan cara duduknya semula. Persoalan Intan langsung tidak berjawab. “Kita dah sampai.” Ujar lelaki itu.
“You buat apa tadi?!” pekik Intan. Kepala mula fikir yang bukan-bukan. Dia cabul aku ke tadi?
“You menangis waktu tidur tadi. I cuma nak...”
Intan tertawa. Sinis. “You jangan nak tipu I okay.”
“I tak tipu. Tengok cermin apa jadi dengan muka you. I cuma nak tolong lap.” Ujar lelaki itu sambil menyerah tisu yang ada ditangannya.
Intan tidak menyambut sebaliknya memandang tisu dan Aneff silih berganti. Tidak percaya langsung pada lelaki ni. “You tak payahlah nak buat muka macam tu. Kan I dah cakap tengok cermin apa yang jadi dengan muka you.”
Intan mencebik. Compact powder dikeluarkan dari beg tangan. Matanya membesar saat melihat wajah yang terpantul dari cermin kecil pada compact powder miliknya. Bawah mata disentuh. Kawasan yang kini agak gelap dan hitam akibat eyeliner yang luntur dipegang.
Intan tutup mata kegeraman. Bibir diketap serapat mungkin. Marah dengan diri sendiri. Macam panda!
Dia kembali membuka mata bila tisu huluran Aneff yang tidak sambut kini berada atas pahanya. Dipandang lelaki yang keluar dari kereta tersebut. Intan mengeluh berat. Tisu atas pahanya diambil. Sisa eyeliner yang luntur perlahan-lahan dibersihkan. Aneff yang telah pun membuka pintu kereta untuk Intan tunduk  sedikit memandangnya.
“Sorry pasal tadi. Tak pasal tuduh you sembarangan.” Ujar Intan yang mendongak memandang lelaki itu.
It’s okay. Kepala you yang terhantuk tadi. Sakit ke?”
Intan geleng kepala. Belakang kepala yang terhantuk tadi tidaklah sakit mana pun baginya. “I okay.”
“I dukung you.”
Intan mengangguk. Keadaan canggung tiba-tiba. Leher Aneff dipaut badannya kini didukung oleh lelaki itu.
“Aneff...” panggil Intan perlahan.
Hurm.”
“Jangan tanya. Jangan fikir dan jangan persoalkan kenapa I menangis tadi. I sendiri pun tak tahu kenapa...” Ujar Intan perlahan. Padahal dia termimpikan arwah tadi. Mungkin sebab itulah sampai dalam tidur pun boleh menangis.
Lelaki itu sekadar mengangguk.
Intan kembali senyap hinggalah mereka masuk ke dalam hospital. Fikirannya kembali melayang hingga suara Kimi menjerit memanggil namanya.
“Intan!” jeritan lelaki itu buat langkah Aneff turut terhenti sekali lagi.
“Alamak...” ujar Intan perlahan. Wajahnya cuba disembunyikan lagi pada badan lelaki itu. Macam manalah dia boleh terlupa agar pesan Suraya jangan beritahu Kimi pasal kakinya. Mesti Suraya telefon Kimi beritahu pasal kakinya. Lagi tak tercapai dek akal bila Kimi sampai dulu darinya. Mesti Kimi pecut tadi.
Boyfriend you?” tanya Aneff sambil memandang wajah Intan.
Intan senyap. Angguk tidak. Geleng pun tidak. Muka masih dihalakan pada badan lelaki itu. Lagipun dia tidak tahu nak klasifikasikan hubungannya dan Kimi tu sebagai apa.
Darl... Kenapa dengan you?” tannya Kimi yang kini berdepannya dengan mereka.
“ Apa jadi?” tanya Kimi pada Aneff pula bila Intan hanya senyap saja dari tadi. Lelaki yang sedang mendukung Intan itu dipandang untuk meminta jawapan. Terkejut Kimi bila terlihatkan sekujur tubuh Intan yang didukung tadi. Ingatkan firasatnya salah. Bila tengok betul-betul memang buah hatinya sedang didukung oleh musuh mereka!
Automatik mendidih jiwa raga Kimi melihat Aneff yang mendukung Intan tu.

Novel : Secebis cinta Intan bab 4

$
0
0

“Kaki Intan terseliuh tadi. Jatuh dalam pejabat.” Beritahu Aneff pada lelaki depannya itu. Bukannya dia tidak kenal ahli perniagaan muda itu. Cuma dia tidak tahu hubungan Intan dengan lelaki itu saja.
“Bagi I. Biar I bawa Intan masuk” arah Hakimi. Matanya masih tidak dikalihkan pada Intan yang menyembunyikan wajahnya disebalik badan lelaki itu. Intan!! Mahu saja dia menjerit di situ. Suka hati dia saja peluk lelaki lain.
Aneff geleng kepala. “Tak apalah. Biar I angkat dia. Alang-alang dah sampai biar I terus bawa masuk.” Kata lelaki itu ramah. Aneff sendiri perasan Intan yang seolah-oleh mengelak dari Kimi. Pada pendapatnya, Kimi mungkin salah seorang dari teman lelaki Intan. Bukannya dia tidak pernah dengar cerita tentang Intan yang playgirl ni. Teman lelaki keliling pinggang!
Akur dengan kata-kata lelaki itu. Kimi sekadar membiarkan Aneff membawa masuk Intan ke bilik rawatan. Dalam hati mula geram dengan sikap Intan yang senyap sedari tadi. Takutlah tu... siap kau Intan. Kan ku soal siasat nanti!
Err... thanks.” Ucap Intan pada Aneff. Matanya kemudian menyorot pada Kimi. Cepat-cepat Intan alihkan pandangan pada Aneff. Seramnya pandangan Kimi padanya.
Aneff tersenyum kecil. “Welcome.” Lagak Intan langsung tidak rasa sakit dan terkesan pada kakinya yang sedang dirawat oleh doktor itu.
“Kalau macam tu I gerak dulu... Tak apakan kalau I tinggalkan you dekat sini?” tanya Aneff lagi. Tadi dia sendiri dengar perbualan Kimi dan Intan bahawa lelaki itu hendak menghantarnya pulang. Biarlah. Malas dia hendak masuk campur.
Intan mengangguk. Manja gayanya melentok pada lelaki itu. Hailaa Intan. Sempat lagi main mata pada Aneff walaupun raut wajah itu langsung tidak terkesan dengan gayanya. “I akan beritahu you pasal our next meeting. Maybe tunggu lepas kaki I sembuh sikit.”
Aneff bersalaman dengan Kimi sebelum keluar dengan wad yang menempatkan Intan. Doktor yang merawat kaki Intan juga meminta diri untuk keluar dari wad sebaik saja selesai merawat kaki yang terseliuh itu.
Keadaan sunyi seketika. Intan tersengih memandang Kimi yang memberi pandangan maut sedari tadi. “Darling....” lembut suara Intan memanggil Kimi.
Kimi masih lagi tidak berganjak. Kekal tegak dengan tangan bersilang di hujung katil.
“Sayang...” Intan masih mencuba nasib. Nampaknya Kimi benar-benar marah dengannya. Lelaki itu langsung tidak menunjukkan riak lain selain muka marah tu.
Intan menunduk. Memandang jemari yang bermain satu sama lain. Tidak sampai berapa minit bilik senyap itu kini mengeluarkan bunyi esakan kecil. Intan mengelap air mata yang mengalir.
Automatik badan Kimi yang mengeras dari tadi terus kendur mendengar bunyi esakan dari Intan. Dia paling pantang bunyi tangisan dari gadis itu. Kimi mengeluh. Intan memang pakar dalam menghilangkan rasa marahnya pada gadis itu. Perlahan langkah Kimi mendekati Intan.
Kimi duduk di birai katil bersebelahan dengan Intan. Belakang gadis yang sedang menunduk menangis teresak-esak itu diusap lembut. “Dah jangan nangis...” pujuknya.
Tangisan Intan semakin kuat. Mulanya dia memang hendak menyakat lelaki itu, dia tahu tangisannya saja mampu hilangkan rasa marah Kimi padanya. Tapi kini air mata itu langsung tidak mahu berhenti. Malah makin galak mengalir.
“Dah... dah... I tak marah. Syuhh....” pujuk Kimi lagi.
“I... I...” Tersekat-sekat suara Intan yang sudah lencun dengan air mata. Dia mendongak memandang Kimi yang memujuknya.
Luruh hati Kimi memandang Intan yang masih menangis. Dia ingatkan hanya teknik Intan saja untuk meraih simpatinya. “Dah... jangan nangis lagi. You tahu I paling tak suka you menangis,kan?” pujuk Kimi lagi.
Makin kuat suara Intan merengek. “Kimi!!” sudah lama dia tidak memanggil Kimi dengan panggilan Kimi. Makin galak Intan menangis. Tersentuh dengan keprihatian lelaki itu. tambah lagi bila ingatkan Kimi yang memarahinya tadi. Walaupun hanya dengan pandangan mata tapi Intan tahu Kimi memang marahkan dia.
Aduh! Makin parah... makin dipujuk, makin kuat Intan menangis. Badan gadis itu dipeluk erat. Basah bahunya dengan air mata Intan yang masih tidak mahu berhenti menangis. “Dah... Kimi tak marah lagi... Kimi sayang Intan. Kimi tak marah...” pujuknya sambil mengelus rambut Intan. Kata ganti Kimi-Intan yang diguna ketika mereka masih kecil itu diguna untuk pujuk kesayangannya itu.
Air mata Intan mula berhenti sedikit demi sedikit. Dia paling takut kalau Kimi marahkannya. “Intan tak suka Kimi marah... Intan takut... Intan takut Kimi marah.” ujar Intan teresak-esak.
“Dah... jangan nangis. Kimi marah sebab tak nak Intan cedera. Kimi tak suka Intan sakit.” pujuk Kimi lantas memberitahu sebab dia marahkan gadis itu. Kimi tidak mungkin akan memarahi Intan tanpa sebab. Marahnya kerana sayangkan gadis itu.
Pintu wad tiba-tiba terkuak. Bulat mata Damia melihat Kimi yang sedang memeluk Intan. Tambah angin gadis itu mendengar suara Intan menangis. “Kimi!!” seruan nama dari Damia itu menarik perhatian Kimi dan Intan. Perlahan pelukan pada Intan dileraikan.
Aduh! Mati...
Air liur ditelan memandang Damia yang memberi pandangan maut padanya. Intan disebelah kini semakin reda. Sekarang seorang lagi datang. Tak lama botak kepala Kimi melayan dua gadis ni. Banyak ragam!
“Kau buat pada Intan?” tanya Damia melihat Intan yang sudah lencun dengan air mata. Bahu lelaki itu ditolak kuat. Terpinga-pinga Intan dengan gaya Damia yang menolak Kimi tu. sampai terundur ke belakang lelaki tu.
“Hei! Mana adalah. Aku pujuk dia aje menangis tadi.”
“Intan takkan menangis kecuali kau yang marah dia!” marah Damia. Dia tahu Intan hanya akan menangis kalau Kimi yang memarahi gadis itu. Memang dari dulu pun begitu.
Kimi mendengus kuat. “Kan aku dah pujuk balik tu!” balasnya balik. Tidak guna berbalah dengan benda yang Damia pasti.
“Pujuk apa sampai peluk-peluk macam tu. Ingat dia sama dengan girlfriend kau keliling pinggang tu?!” marah Damia lagi. Dia dah berapa kali larang agar jangan peluk Intan suka hati. Kimi ni memang pekak betul. Tak pandai nak dengar nasihat lepas tu boleh pula marah dia dan Intan kalau bergaul dengan lelaki lain.
Eleh! Kalau jeles cakaplah. Aku boleh je nak peluk kau...” balas Kimi enggan mengaku kalah.
“Eh... sudah! Sudah! Hish tak habis-habis bertekak!” jerit Intan.
 “Kimi tu!”
“Eh aku pulak. Kau la!”
“Dah la! Hish! Aku kahwinkan jugak korang berdua ni. Memekak aje dua puluh empat jam!” bebel Intan dengan dua orang manusia ni.
“Aku on je kalau nak kahwin...” ujar Kimi perlahan tapi masih jelas ditelinga dua orang gadis tu.
Damia menghadiahkan jelingan tajam pada Kimi. Dia tak suka masuk bab kahwin. Lebih-lebih lagi kalau orang tu Ahmad Hakimi!
“Dah la tu...” keras Intan memberi amaran. Dahinya diurut perlahan. Kesedihan dimarahi oleh Kimi tadi pun sudah hilang melayang gara-gara pergaduhan kecil antara Dami dan Kimi ni.
Serentak Damia dan Kimi mendengus kuat lalu membuang pandangan ke tempat lain. Sah! Ada yang berlaku sebelum ni antara budak dua ni. Selalunya bergaduh tak adalah sampai menjerit tak tentu hala macam ni.Tak lama betul-betul aku kahwinkan jugak budak dua ni. Fikir Intan yang menjadi mangsa di tengah-tengah.
“Mia, kau tak kerja ke?” tanya Intan sambil menarik Damia untuk duduk sekali atas katil bersamanya dan Kimi.
“Aku dalam kelas tadi kut. Lari terus keluar pergi minta EL. Terkejut bila tahu kau masuk hospital patah kaki. Tambah lagi bila dengar Aneff yang hantar. Kau buat apa dengan mamat tu sampai patah kaki?!’
“Hah! Betul tu beb! You belum cerita pasal tu lagi dekat I!” tukas Kimi yang baru teringat tentang Intan yang didukung ke dalam hospital oleh Aneff tadi.
Intan tepuk dahi. Sungguhlah Kimi memang suka besarkan cerita. “Mana ada sampai patah kakilah. Terseliuh saja la. Melebih-lebih pulak! Nak sangat aku patah kaki ke apa?” bentak Intan.
“Kimi yang bagitahu.” Jeling Damia pada seterunya. Sia-sia air matanya mengalir tadi. Ingatkan Intan cedera teruk ke apa. Kimi pun dah la sms dia beberapa kali aje. Cukup beritahu Aneff dukung Intan ke hospital sebab patah kaki dan beritahu alamat hospital agar Damia datang sekarang.
 “Takdelah. Aku terseliuh aje tadi. Pusing-pusing kemudian terjatuh sampai terseliuh. Buat malu aku je depan mamat tu. Kebetulan waktu tu jugak dia masuk pejabat aku....” Intan mula ceritakan keadaan tadi pada Kimi dan Damia. Sesekali Kimi dan Damia mencelah kerana sikap degil Intan yang sanggup jatuh semula agar Aneff kembali masuk ke pejabat untuk bantunya.
“Tu nasib baik Aneff masuk tolong kau. Kalau tak sia-sia kaki tu makin teruk!” bebel Damia.
Intan tersengih. “Itulah. Nasib berbaloi pengorbanan aku. Sempat juga goda-goda dia sikit. Kena dukung tu beb... Badan dia perghh! Tough habis.”
Handsome ke?” soal Damia yang mula masuk line Intan. Cerita pasal lelaki handsome memang menjadi hobi mereka berdua. Dulu selalu saja mereka lepak semata-mata nak cuci mata.
Handsome gila Mia! Aduh!” Pujian Intan terhenti bila Kimi layang satu ketukan di kepalanya.
“Apa ni Kimi?” bentak Damia. Suka hati dia aje pukul kepala Intan.
“Amboi sakan kau orang berdua, kan...” Perli Kimi berbaur cemburu. Intan ni pun satu. Suka hati dia sogok kepala Damia dengan lelaki lain tu apasal! Tambah membakar hati Kimi. Makin payah dia nak pikat Damia  yang tidak pernah sekalipun terima cintanya tu.
“Muka orang cemburu tu. Takut kau jatuh hati dekat Aneff...” bisik Intan tersengih-sengih. Saja nak tambah sesi pembakaran jiwa raga Kimi. Siapa suruh buat dia menangis tadi. Intan nak balas dendam pada Kimi pulak. Padan muka!
“Tak ada maknanya. Ceritalah lagi... Macam mana plan kau? Adif pulak?”
Intan mendengus. “Adif tu lagi satu hal. Kimi, tolong I cari peluang dekat dengan Adif. I kena plan untuk ikat dua lelaki tu. Yang tu macam senang je. Tapi Aneff ni yang payah sikit. Macam gay je. Aku baik punya goda... dia sikit pun tak layan.”
“Kalau gay. Kau suruh je Kimi goda. Mana tahu memang betul-betul gay...” cadang Damia tanpa berfikir panjang.
“Tu la aku pun terfikir juga beb!” Serentak Intan dan Damia tergelak kuat. Pandangan maut Kimi pada mereka langsung tidak dipeduli.
Tak larat telinga Kimi dengar gelak Damia dan Intan pada kata-kata mereka tu. Langsung tidak lucu baginya. Kelat muka Kimi memandang budak dua ni. saja nak naikkan darahnya. Kalau Intan dan Damia bersatu memang Kimi selalu jadi mangsa buli oleh mereka berdua. Ada saja usikan yang selalu menyakitkan jiwa raganya.
Lebih-lebih lagi bila Damia yang mulakan. Intan tu takut sikit dengannya, Damia saja yang selalu jadi kapten untuk mulakan usikan. Kalau Intan seorang mana berani nak usik lebih-lebih. Takut kena marah!
Intan yang perasan Kimi yang makin berangin itu menarik lengan baju kuung Damia. Dia bisik pada telinga gadis itu. “Mia... Mia... Kimi marah wei!”
“Peduli apa aku...” Dia jelir lidah pada Kimi. Saja nak tambah angin lelaki itu. Kimi mana pernah marah dia lebih-lebih. Takut dia tak pandang lelaki tu lagi. Sebab tu Damia makin galak mengusik. Alah! Kimi tu aje yang selalu naikkan darahnya.
Kimi terus ambil bantal Intan lalu dilempar tepat mengena muka Damia. Geram betul dengan telatah Damia tu. Saja nak naikkan darahnya. Tahu sangat yang dia memang akan sentiasa kalah dengan dua orang ni.
“Hakimi!” giliran Damia pula yang marah. Terdorong ke belakang badannya akibat dilempar bantal. Tepat kena muka pula tu.
Intan di tengah tergelak kuat. Lucu tengok pergaduhan pasangan ni. Hailaa... kalau budak berdua ni kahwin nanti habislah berterbangan pinggan mangkuk di rumah mereka tu. Dia patut cadangankan agar Kimi dan Damia pakai pingan dan mangkuk kertas atau plastik saja nanti. Jimat sikit! Kalau lempar tiadalah sampai berkecai.



Pautan tangan dari belakangnya mengejutkan Aneff. Dia cubit pipi yang begitu dekat dengan bahunya. Menyeringai gadis itu kesakitan dengan cubitannya tadi.
“Along ni. Tak bestlah.” Rengek Rania. Dia ambil tempat disebelah abangnya.
Best tak best... Dah besar panjang pun masih nak bermanja.” Tegur Aneff. Papa mereka yang berada sebelah Rania tadi dipandang sekilas. Dia tak perasan pun bunyi langkah papa dan Rania tadi datang menghampirinya.
“Abang menung siapa tu? awek eh...” usik Rania yang masih lagi ingin menyakat.
“Apa pula awek. Awek yang seorang ni pun dah buat abang sakit kepala.” Perli Aneff sambil usap rambut adik bongsunya itu.
Rania mencebit. Lengan papanya disebelah dipaut. “Papa nak tahu. Abang Aneff dah ada awek...” beritahunya.
Dato Zafril tersenyum dengan telatah anak manjanya. “Iye?” tanyanya. Saja nak layan telatah Rania yang selalu mencuit hatinya.
Rania mengangguk laju. “Tadi Rania nampak abang balik bawa bunga rose yang dihiasi dengan coklat Forero Rocher Mesti nak bagi awek abanglah tu.” gelaknya. Rania tidak pernah lagi jumpa teman wanita abang sulungnya ni. Setia sangat dengan buah hatinya yang dulu tu. Kalau Abang Adif lain ceritalah. Angahnya tu selalu saja tukar wanita seperti tukar baju
Tergelak kecil Aneff dengan telahan adiknya. Teringat coklat dan bunga yang diterima sebelum dia keluar pejabat tadi. Tiba-tiba saja dia dapat bunga. Terkejut setiausaha Aneff bila despatch datang untuk minta tandatangan sejurus memberi bunga itu. Apa tidaknya, pertama kali Aneff dihadiahkan seperti itu. Bunga dan coklat pulak tu sebagai hadiah. Hadiah yang selalu diberikan kepada wanita. Bukan lelaki!
“Itu kawan abanglah yang bagi.” Beritahunya. Tidak sempat Aneff nak tanggalkan coklat dari gubahan bunga itu di pejabat sebab kebetulan dia memang sudah pun berada di pintu pejabat untuk balik. Ingatnya tiada yang perasan dia bawa masuk bunga itu ke rumah tadi. Rupanya si Rania ni yang pasang mata!
Rania mencebik. Dia langsung tidak percayakan kata-kata abanngya. “Mesti kawan perempuan istimewakan? Siapa abang? Ceritalah...” pujuknya yang enggan mengalah.
Pipi gebu adiknya dicubit kegeraman. Aneff dekatkan wajah dengan muka adiknya. “Tak nak beritahu.” Ujarnya. Saja nak sakat adiknya. Sibuk saja nak tahu siapa pemberi bunga dan coklat tu.
“Papa tengok abang ni... Tak comel dah muka Nia ni.” rengek Rania. Kedua pipinya diusap lembut.
Tawa Aneff dan Dato Zafril bersatu melihat telatah Rania yang manja. Ranialah pelengkap keluarga ni. Satu-satunya bidadari yang sentiasa menceriakan keluarga mereka. “Comel sangat ke adik abang ni?” usik Aneff lagi.
“Mestilah. Rania comelkan papa?” tanya Rania pada papanya bagi meminta sokongan.
Kening Dato Zafril diangkat. “Comel... ke?”
Persoalan dari Dato Zafril sekali lagi mengundang tawa dua lelaki itu. Suka betul mereka usik gadis itu.
“Tak naklah kawan dengan papa dan along. Jahat! Suka kacau Rania. Rania nak pergi dapur tolong mama lagi bagus.” Rajuk gadis itu lalu berdiri. Rania jelir lidah pada abangnya sebelum melangkah pergi.
“Nia... Nia... Umur dah 21 tahun tapi manja tak hilang lagi.” Keluh Aneff.  Mana taknya, abang-abangnya selalu sangat manjakan Rania. Sampai pernah sekali Rania demam teruk bila Aneff sambung belajar di luar negara. Rindu sangat dengan abangnya. Mujurlah waktu tu Adif belum lagi sambung belajar. Sekurangnya dapat pujuk puteri mereka satu ni.
Dato Zafril tersenyum. “Manja sangat tu sebab along dan angah selalu bagi muka.”
“Mana taknya pa. Tu la satu-satunya adik kesayangan kami. Dari kecil melekat aje kerja dia.”
“Betul tu along. Papa pun tak sanggup dia terluka sikit pun. Rania nilah puteri hati papa dan mama. Penyeri keluarga kita.” Luahnya pada Aneff. Mereka bersyukur sangat dengan kehadiran Rania dikeluarga mereka.
Hati Dato Zafril dipaut rasa sedih.  Terkilan mengenangkan seorang lagi anaknya yang tidak pernah dijenguk sejak dia bercerai dulu. Sejak kebelakangan ini dia selalu saja termimpikan bekas isteri dan anaknya hasil dari perkahwinan lepas. Sejak bercerai dulu, dia tidak pernah lagi berjumpa dengan Humaira dan Zara.
Bukan dia tidak pernah cari, dia pernah pergi ke rumah lamanya dulu. Tapi rumah tersebut telah dimiliki oleh keluarga lain. Menurut penghuni rumah tersebut, pemilik asalnya telah jual rumah itu kepada mereka bertahun lamanya. Mereka pun tak tahu ke mana dua beranak itu pergi.
“Pa... papa okay?” tanya Aneff yang mengesan perubahan wajah papanya.
Dato Zafril memaksa diri untuk senyum pada anaknya sulungnya. “Papa okay. Hal pejabat macam mana?” tanyanya. Sengaja tukar topik agar Aneff tidak bertanya lebih-lebih. Dia tahu Aneff terlalu prihatin padanya. Tapi Dato Zafril tidak ingin buka cerita pasal kisah dulu lagi. Nanti isterinya berkecil hati pula sebab dia ingatkan isteri lamanya.
Doanya ke mana saja Humaira dan Zara pergi, mereka juga akan mengecapi bahagia sepertinya sekarang.
“Alhamdulillah. Sekarang tiada masalah sangat. Sekarang along tengah uruskan kontrak besar. Baru tadi perbincangan dengan Permata Holdings. Along sendiri yang berbincang dengan pengerusi syarikat tu.”
Dato Zafril sesekali mengangguk mendengar jawapan dari anaknya. Sejak dia bersara, Aneff yang mengambil alih syarikatnya seratus peratus. Lagipun hanya Aneff saja yang berminat dan sudi membantunya dalam mengendalikan syarikat sebelum ini. Adif lebih sukakan kereta dan sedang mengurus syarikat pengedar kereta milik keluarga isterinya. Dato Zafril akan sentiasa menyokong usaha anak-anaknya sama rata.
“Pengerusi Permata Holdings. Bukan dia berpusat di luar negara ke?” tanya Dato Zafril pada Aneff. Dia pernah juga dengar cerita pasal syarikat yang dikendalikan oleh seorang ahli perniagaan wanita itu.
Aneff geleng kepala. “Sebenarnya syarikat tu berpusat di Malaysia. Cuma pengerusinya saja tinggal di luar negara sebelum ni. Hanya sebulan sekali saja akan ke Malaysia untuk pastikan syarikat berjalan dengan lancar. Tapi sekarang pengerusinya sendiri uruskan syarikat tu.” beritahu Aneff.
“Pengerusi syarikat tu perempuan, kan? Kuat pengaruh wanita tu.”
Aneff angguk. Setuju dengan kenyaataan ayahnya. Intan memang mempunyai pengaruh yang kuat dalam dan luar negara. Lihat cara dia berkerja pun sungguh menakjubkan. Dia akui Intan seorang yang berkaliber dan profesional walaupun ini kali pertama dia berjumpa bertentangan mata dalam satu perbincangan.
Peribadi Intan walaupun agak daring, tapi Aneff perasan gadis itu tidak suka sebarang populariti murahan. Intan juga jarang dilihat masuk ke dalam dada akhbar dan majalah perniagaan. Rasanya sekali pun tidak pernah! Walaupun gaya gadis itu kekadang merimaskan tapi lucu bagi Aneff.
Teringat kekalutan Intan dalam kereta tadi. Bukannya dia tidak perasan gadis itu sengaja ketuk dahinya ke dashboard. Tapi dia sengaja tanya jika Intan sakit kepala. Cuma Aneff dapat rasakan peribadi iron lady itu bukan terbentuk semula jadi. Dia masih ingatkan lagi air muka Intan yang berubah bila mereka masuk cerita soal ibu bapa tadi, tambah lagi air mata Intan yang mengalir ketika gadis itu tertidur tadi.
Hanya satu saja masalah Intan ialah dia kuat main mata! Malah cukup terkenal dengan sikap mengodanya tu. Bukan Aneff tak tahu ramai ahli-ahli perniagaan tak kira tua atau muda yang cuba untuk mendekati gadis itu.
“Amboi anak papa. Cerita pasal wanita tu. Terus jauh mengelamunya.”  Teguran Dato’ Zafril menyedarkan Aneff yang sudah jauh melalut. Belakang lehernya digosok. Segan pula tertangkap oleh papa mengelamun.
“Kuat sangat tarikan wanita tu pada along ye...” usikan Dato’ Zafril pada anak terunanya. Sudah lama dia dan isteri  menanti bicara cinta dari anak sulung mereka ni. Aneff dah sesuai sangat untuk berumah tangga sekarang ni. Mereka tidak memaksa anak-anak untuk berkahwin ikut pilihan keluarga. Biarlah mereka pilih sendiri pasangan hidup masing-masing. Dia dan isterinya tidak mahu kisah seperti mereka dulu berulang semula. Cukuplah apa yang mereka lalui sebelum ni sebagai pengajaran.
P/S :Jangan lupa tinggalkan komen. Teaser yang lain dalam GROUP FB : https://www.facebook.com/groups/377170712408167/?ref=bookmarks


CERPEN : Suami untuk awak #PROJEKCPR

$
0
0

SAAT CINTA QAERSARA
“Hai sayang…” sapa Qaer sebaik saja Sara berada depannya.
“Baru sampai?” tanya gadis itu. Dia malas lagi nak tegur lebih-lebih pasal panggilan sayang tu. Semua kerana Qaer terdengar Irfan panggilnya babe sebelum ni. Padahal dia dan Irfan tu kawan biasa je. Mereka jadi rapat pun sebab satu universiti sejak diploma dulu. Tambah pula Irfan tu kekasih kawan baik merangkap teman serumahnya sekarang ni.
Qaer ni saja yang melebih-lebih. Tak nak kalah katanya. Kalau Irfan boleh kenapa dia tidak boleh pulak? Masalahnya, Irfan panggil dia babe tanpa sebarang maksud. Lancar saja mulut menyebut. Qaer pula penuh maksud tersirat dan tersurat! Katanya kata-kata tu doa. Mana tahu suatu hari ni Sara betul-betul jadi sayangnya dunia akhirat. Mana-mana lelaki itulah. Malas Sara nak bertekak sebab benda ni.
Qaer senyum mengangguk. “Pagi tadi lagi dah sampai. Tapi penat sangat, jadi saya balik tidur dulu. Awak pun ada kelas pagi tadikan. Saya tak naklah ganggu.”
“Kenapa tak rehat aje dekat rumah. Esok memang nak datang jugakkan.” Sara kesian tengok muka Qaer tu. Nampak sangat penat dan lesu sebab kerja keras seminggu lebih. Semuanya kerana dia terlepas cakap yang dia cuti seminggu. Lelaki itu beriya-iya nak luangkan masa bersamanya sampai sanggup awalkan perbincangannya di Dubai tu. Kerja-kerja pejabatnya pun semua disiapkan awal agar dia dapat bercuti dengan tenang seminggu ni.
“Tak apalah. Dapat jumpa awak lagi berkesan dari saya tidur. Dapat hilangkan rasa penat ni serta merta…”
Sara mencebik. Bukan meluat atau jengkel dengan kata-kata manis lelaki itu. Sebenarnya dia cuba kawal perasaan dari terus terbuai dengan kata-kata Qaer. Dia tidak mahu langgar prinsip yang dia pegang selama ni.
Bukannya Sara tidak merindui lelaki ini. Tergerak juga hatinya mengingatkan Qaer sebab seminggu lebih tak berjumpa. Sejak mereka setuju untuk berkawan tempoh hari, hampir setiap hari Qaer datang berjumpa dengannya di kampus tu semata-mata untuk berjumpa dengan Sara. Kadang Qaer akan bawa dia makan malam.
“Keluar lunch dengan saya?”
Dahi Sara berkerut. Dia pandang jam yang elok tersarung di tangan. Lunch apa ke bendanya kalau jarum dah menunjuk pukul 4 petang. “Awak lunch apa ni dah pukul empat? Kenapa tak makan tengah hari tadi? Nanti sakit macam mana? Lewat dah ni?”
Tersenyum Qaer mendengar bebelan dan soalan-soalan gadis itu. Sekurangnya Sara prihatin dengannya. “Saya sampai rumah tadi pukul 10 lebih terus tertidur. Bangun aje terus ke sini. Tak sempat nak makan.”
Muka Sara bertukar mendung. “Lain kali makan. Saya tak suka awak jatuh sakit sebab saya.” Ujarnya perlahan dengan muka menunduk memandang bawah.
It’s okay sayang. Lepas ni saya makan. Sorry…” pujuk Qaer.
Perlahan Sara mengangguk. “Awak tunggu sekejap. Saya nak pergi ambil dompet sekali hantar buku ni balik bilik. Kita pergi makan.” Kata-kata gadis itu disahut dengan anggukan dan senyuman melebar.
“Sara tak payahlah tukar baju. Pakai baju kurung ni saja.” Jujur Qaer akui. Dia suka tengok Sara pakai baju kurung atau jubah. Ikutkan hati dia mahu tengok Sara pakai baju kurung atau jubah setiap kali keluar bersamanya. Gadis tinggi lampai itu memang sentiasa nampak cantik tapi dengan baju kurung itu Sara nampak lebih comel! Serius tak tipu.



Jarang Sara keluar pakai jubah moden. Lebih-lebih lagi jenis princess cut. Tapi atas permintaan lelaki itu. Dia kenakan persalinan jubah moden dari butik Bella Ammara, hadiah dari Qaer semalam ketika dia temankan lelaki itu keluar makan di Sek 7, Shah Alam. Cantik, labuh dan selesa baginya. Selalunya dia hanya akan pakai jubah begitu ke majlis kahwin, hari raya ataupun dinner fakulti saja sebab dia tidak mempunyai jubah moden yang banyak. Sayang nak pakai! Lagi satu dia malas nak bawa banyak baju baru sebab leceh nak bawa balik setiap kali balik Sabah waktu cuti semester.
Kisah semalam bermain difikirannya.
“Ikut saya jalan-jalan sekejap lepas makan ni. Boleh?”
“Ke mana?” tanya Sara.
“Kawasan sini je. Tak payah nak drive. Adik saya kirim jubah bila tahu saya ke Dubai tapi saya terlupa. Terpaksalah beli sini untuk pujuk dia...  Awak tolong pilihkan boleh. Saya tak pandai nak pilih sangat. Saiz pun rasanya lebih kurang awak.” Beritahu Qaer. Padahal hakikatnya saiz adik Qaer tu memang jauh berbeza dengan Sara yang tinggi lampai dan kurus ni jika dibandingkan dengan adiknya yang rendah dan sedikit berisi walaupun tidaklah gemuk mana pun.
Sara mengangguk. “Boleh je… Asal awak tahan kaki sudah.”
“Demi awak. Gunung Tahan pun saya tahan.”
Cheesy…” cebik Sara.
Qaer tersenyum. Susah nak pikat dengan ayat-ayat manis pada Sara ni. Tak makan saman! Bukannya dia nak puji, makin kena kutuk adalah. “Selalu tak dapat ayat-ayat cheesy?” tanya Qaer tiba-tiba.
Jemari Sara menunjuk muka sendiri.
Qaer angguk mengiyakan.
“Kalau saya cakap. Nanti awak cemburu.” Beritahu Sara jujur.
Is that mean yes? Selalu dapat?” tanya lelaki itu dengan riak terkejut.
Sara mengangguk.
“Dari siapa?”
“Qaer Redza.”
Muka Qaer berubah riak. Geram dipermainkan oleh Sara. Jantung Qaer bagai nak meletup bila Sara mengiyakan soalannya tadi tapi boleh pula gadis tu buat muka selamba tu.
“Sara, saya serius.”
Sara mengeluh. Nampaknya Qaer memang tak faham dirinya lagi. “Tak kisahlah sesiapa pun Qaer. It’s doesn’t mean anything for me Qaer. Tak melekat pun dalam hati. Saya tak suka ayat-ayat cheesy ni walaupun saya suka baca novel.” beritahunya dengan nada perlahan.
Sara menunduk memandang nasi yang tinggal sikit atas meja. Dia harap Qaer faham maksudnya, bukan dia tidak terkesan dengan ayat-ayat manis dari lelaki itu tapi dia memang tidak suka dengar. Nak tersentuh apa ke bendanya kalau dia geli!
Lega Qaer dengar. Sekurangnya Sara bukan jenis yang mudah termakan dengan ayat manis lelaki biarpun ayat dari dirinya sendiri! Ah Qaer patut sedar dari awal lagi yang Sara tak suka simpang siur ayat-ayat manis macam ni bila Sara terang-terang tolak dirinya dulu.
“Ramai ke yang usha awak selain saya?” tanya Qaer lagi.
“Qaer. Nanti awak juga yang makan hati.” keluh Sara. Dia tidak suka masuk bab soal hati macam ni. Nanti yang terlukannya bukan dia tapi Qaer sendiri!
It’s okay Sara, sekurangnya saya tahu musuh saya berapa ramai.” Pujuk Qaer lagi.
Sara mengeluh. Tapak tangan diangkat naik.
“Lima?!” tanyanya tanpa sedar suara lelaki itu sedikit tinggi. Susahlah macam ni! keluhnya.
“Kejujuran yang perit ni sayang oi. Ramainya…” keluhnya.
“Kan saya dah cakap. Awak tu juga yang berkeras nak tahu. Padan muka!” marah Sara balik. Tapi dalam ramai-ramai tu, Qaer seorang ni juga dia layan. Sara makin susah nak faham kehendak dirinya. Parah kalau terus macam ni. Dia rasa seperti bagi harapan pada Qaer pula! Lima orang yang lain jangan cakap nak keluar macam ni, bercakap pun bila perlu saja.
“Tapi saya tahu, dalam ramai-ramai tu hanya saya seorang saja yang awak layankan?” usik Qaer.
Giliran Sara pula menunduk. “Dah tahu tu diam-diamlah.”
Lebar senyuman Qaer mendengar. Nasib baik! Hatinya bukan main berdebar lagi menanti jawapan dari Sara tadi. Takut tekaannya salah!
Sedar dengan ketelanjurannya dalam memberi harapan pada lelaki itu, Sara terus mengangkat muka. “Ya Allah. Muka lega awak tu tak boleh blah Qaer. Jangan nak mengadalah. Makan cepat!” arahnya berpura-pura lantas menutup rasa malu.

Qaer pula yang tergelak. Berbunganya rasa hati…



Sara mengangguk lemah. Sebenarnya dia nak balik rumah Tasneem seperti biasa cuti pertengahan semester. Tapi Qaer Redza ni dah pesan awal-awal jangan balik rumah kawannya!
“Marah dengan saya ke sebab larang awak bagi rumah kawan awak tu?” tanya Qaer balik. Manalah tahu Sara marahkan dia.
Sara geleng kepala. “Sebenarnya saya takut duduk seorang dekat rumah bila malam.” Kalau siang tu boleh terima lagi. Setiap kali dia keseorangan di kolej apabila enggan ikut rumah kawannya, Sara pasti akan tidur awal ataupun lepak dekat perpustakaan sampai pukul 10 baru balik rumah. tapi sekarang ni tengah cuti! Mesti ramai pelajar-pelajar balik rumah. Makin sunyi kolej tu bila menjelang malam.
Qaer tergelak kecil mendengar jawapan Sara.
“Habis malam ni macam mana?”
“Tidur awal la nampaknya… tak pun baca novel.” keluh Sara. Kalau dia baca novel sekurangnya dia akan hanyut dengan cerita novel tanpa fikirkan tentang keadaan rumah yang sunyi sepi tu.
“Ke awak nak saya bawa jalan-jalan malam ni? Sebelum pukul 12 saya hantar balik.” Cadang lelaki itu.
Sara geleng kepala. Dia senyum memandang lelaki itu. Riak wajah rasa bersalah itu mengundang gusar dalam hatinya. “Tak apa. Jangan risau…” pujuknya.
Satu keluhan meniti dibibir Qaer. “Sorry.” Ucapnya perlahan.
It’s okay. Saya balik dulu. Bye. Assalamualaikum.”
“Waalaikumsalam.”
Qaer sekadar memandang Sara yang keluar dari keretanya. Dia terpandang beg kertas dan plastic di kerusi belakang. Dahi ditepuk. Sikit lagi lupa. Dia segera keluar dari kereta.
“Sara!” panggil Qaer.
Sara yang ingin melangkah naik ke kolejnya berpaling. Dilihat Qaer sedang buka pintu penumpang belakang. Tangan lelaki itu kini penuh dengan barang yang mereka beli tadi.
“Nah… ambil ni. Sebenarnya semua ni untuk awak.” Ujar lelaki itu sambil meletak plastik dan beg tersebut atas simen.
Sara termangu seketika. “Qaer awak jangan nak beli hati saya sebab hal tadi. Saya tak apa-apa. Kesian adik awak…” marah Sara pada lelaki depannya. dia tidak perlukan semua ni!
Tersengih-sengih Qaer memandang gadis depannya. “Baju ni memang untuk awaklah. Adik saya mana pakai saiz ni semua. Tak muat pun dengan dia. Kalau saya beritahu nak beli untuk awak, mesti dari awal lagi awak marahkan saya…”
Turun naik nafas Sara. “Saya tak perlukan semua ni. Nak pakai ke mananya pun...” Ujarnya kegeraman. Kalau tahu dia tolak permintaan Qaer untuk temankan lelaki itu beli jubah tadi. Cukuplah Iphone 6 yang buat dia sesak nafas nak terima, sekarang segala jenis jenama jubah diberikan oleh lelaki itu.
“Awak pakailah setiap kali keluar dengan saya. Saya suka tengok awak pakai jubah. Manis…” ujar lelaki itu tersenyum lebar.
Sara geleng kepala dengan sikap Qaer. “Membazir tahu tak! Kalau awak nak saya pakai baju kurung atau jubah. Ada je baju saya biarpun tak secantik jubah-jubah ni semua. Mahal!” bebel Sara. Kenangkan berapa ribu duit lelaki itu habis beli ni semua tambah sakit hati dia. Suka betul lelaki ni membazir!
“Awak ambil eh. Kalau awak tak ambil lagi membazir. Sayang aje beli kalau tak pakai. Membazir.” Pujuk Qaer sekali mengenakan Sara. 
Sara mengeluh. “Last.. kali ni saya betul-betul serius. Kalau awak beli lagi! Saya takkan cakap dengan awak sampai bila-bila! Jangan sampai saya langsung tak layan awak seperti lima yang lain Qaer. Ingat tu!” ugut Sara. Dia betul-betul maksudkan kata-katanya! Sara tak boleh bagi muka dengan Qaer ni. Dia bukan jenis perempuan yang suka habiskan duit lelaki walaupun tahu mereka mungkin ikhlas bagi untuknya.
Qaer angkat tangan kanan seperti berikhrar. “Janji! Tapi kalau dah jadi isteri nanti bolehkan?” usiknya.
“Hish! Awak ni…” rungut Sara bila lelaki ni tak reti berputus asa.
“Saya balik dulu. Malam ni saya telefon awak. Bye sayang!” ujarnya.
“Qaer!”
Qaer menoleh memandang Sara.
Thanks. Thanks a lot. Saya hargai pemberian awak. Tapi ingat jangan buat lagi. Jumpa esok.”
Tersenyum lebar Qaer mendengar kata-kata Sara walaupun diakhir ayatnya tetap diselit amaran untuknya. Gembira sungguh bila Sara terima pemberiannya. Biarlah kali terakhir dia bagi, tapi sebagai kawan. Tapi kalau Sara jadi isterinya nanti, dia longgokkan pelbagai jenis pemberian pada gadis itu dengan kuasa veto seorang suami.
Geram jugak kena ugut sampai macam tu! Kena ugut sampai tak nak bercakap sampai bila-bila? Oh tidak! Mahu menangis tak berlagu dia nanti menahan rindu.


Kereta mewah tersebut mula masuk ke dalam kawasan kampung. Bendang yang terbentang luas kiri kanan dapat mengurangkan badan yang lesu memandu dari tadi.
“Kita dah dekat mana ni?” tegas suara Sara yang tersedar sebelah lelaki itu. badannya yang bersandar pada kerusi tadi ditegakkan apabila tersedar mereka sudah jauh dari Kuala Lumpur. KL mana ada bendang macam ni!
Tersengih-sengih Qaer yang menoleh pada Sara sekilas. “Kampung saya.” Jawabnya selamba.
“Awak… awak… Awak tipu saya lagi!” marah Sara sampai tergagap menahan geram. Mukanya semakin merah menahan marah pada Qaer. Geram betul Sara. Kalau maknya tahu dia ikut lelaki jauh sampai ke Alor Setar. Sah dia kena gantung dekat tiang letrik!
Qaer pusing stereng masuk ke simpang halaman rumah kayu atuknya. Dia pusing menghadap Sara disebelah. “Sara, saya minta maaf sebab tipu awak. Kalau saya tak buat macam ni, nanti awak tak nak ikut.” Pujuk Qaer lantas memberitahu tujuannya menipu gadis itu. Dia bukannya nak bawa lari pun, sekadar bawa Sara balik kampungnya saja.
“Memang pun! Kita tiada ikatan sah Qaer. Biarpun kita tak buat benda tak elok, tapi kita tak patut keluar sampai jauh macam ni. Kalau tahu macam nilah jadi sampai sekarang saya takkan setuju berkawan dengan awak! Urgh!” malas Sara nak membebel lagi dengan Qaer.  Marah betul dengan tingkah Qaer yang ambil remeh dengan caranya. Sara cukup jaga peradabanya dengan berlainan jantina. Cukuplah dia terlalai bergaul dan layan si Qaer Redza ni. Serik! Makin dilayan makin menjadi.
Luruh hati Qaer dengar kata-kata Sara. Nampak betul dia buat silap besar kali ni. Baru saja dia nak buka mulut memujuk. Cermin keretanya diketuk. Qaer terus berpaling menghadap cermin.
Mengeluh Qaer melihat Tok Ayah yang memandangnya. Hilang segala rasa gembira nak kenalkan Sara dengan datuk dan neneknya. Pintu keretanya dibuka perlahan.
“Dah sampai kenapa tak turun lagi? Naiklah. Tu Tok Ma dah sediakan masakan kegemaran Qaer. Qaer cakap aje nak balik, dia terus suruh Tok Ayah cari kelapa pagi tadi.” tanya Tok Ayah.
Qaer garu kepalanya. Serba salah pada neneknya pula. Dia sempat jeling Sara yang masih berangin dengannya.
“Jomlah turun.” Kata Sara perlahan sambil buka pintu kereta. Tak sampai hati pula dengar kata-kata datuk Qaer tu.
Thanks sayang…” ucap Qaer walaupun tahu Sara masih marah dengannya. Sekurangnya gadis itu tidaklah mengamuk minta hantar pulang sekarang jugak.
Sara langsung tidak berpaling memandang Qaer. Dia keluar dari kereta dan berjalan ke arah datuk Qaer.
“Ni kawan Qaer Tok Ayah. Sara ni atuk saya.” Ujar Qaer yang sudah pun berdiri depan datuknya.
“Assalamualaikum tok.” Tangan tua itu disalam tanda hormat.
“Waalaikumsalam. Hah naiklah. Qaer bawa Sara naik rehat lepas tu makan tengah hari. Sara jangan segan-segan. Buat macam rumah sendiri. ” Keramahan Tok Ayah buat darah Sara yang mendidih tadi surut serta merta. Dia senyum mengangguk pada wajah lelaki tua yang jelas dimamah usia itu.
“Jom naik sayang…” ajak Qaer lembut.
Sara sekadar mengekori lelaki itu. Dengan Qaer, jangan cakap secalit senyum. Dengar suara lelaki itu pun Sara terus angin satu badan! Marahnya pada lelaki itu masih bersisa.


“Okay dah ni. Kena dengan selera Qaer tu… pandai Sara masak. Lepas ni mesti Qaer balik rumah makan tengah hari setiap hari di rumah lepas kahwin nanti.” Puji Tok Ma sekali mengusik anak dara yang comel pakai T-shirt dan kain batik sebelahnya.
Merona kemerahan mendengar usikan Tok Ma. Lepas kahwin? Tok Ma tak tahu betapa geramnya Sara dengan cucu Tok Ma sekarang ni. Tiadanya istilah kahwin antara dia dengan Qaer. Terlintas pun dia tak nak!
“Sara dengan Qaer kawan biasa aje Tok Ma. Apa pula sampai ke kahwinnya…” sangkal Sara. Dia tidak mahu Tok Ma dan Tok Ayah Qaer salah faham status hubungan mereka berdua.
“Haih tak naik taraf lagi ke Qaer?” usik Tok Ma yang berpusing ke meja makan belakangnya dan Sara. Automatik badan Sara berpusing. Qaer duduk sambil menongkat dagu atas meja itu dipandang. Sejak bila mamat ni berada dalam dapur?! Ah! Kantoi dia yang masakkan untuk lelaki tu.
Qaer yang dari tadi menjadi penonton tingkah Tok Ma dan Sara masak tidak lekang dengan senyuman. Dari tadi lagi dia pasang telinga perbualan dua wanita itu. “Tok Ma tolong doakan eh. Tengah berusaha naik taraf status ni. Kesian cucu Tok Ma ni… asyik kena reject je.” ujar lelaki itu sambil bangkit.
Tok Ma dan Sara di dekati. Sudu atas pada tangan Tok Ma diminta lalu dia sendiri merasa air tangan buah hati pengarang jantungnya ni. “Tok Ma ke belakang dulu. Nak masukkan itik dan ayam dalam reban.” Beritahu Tok Ma.
Err… Sara ikut Tok Ma.” Ujar Sara. tak nak dia berdua-duaan dengan lelaki ni. Malu! Dalam marah pada lelaki itu, masih juga nak masakkan untuknya.
“Tak apalah Sara. Senang aje tu. Sara tolong Tok Ma siapkan sambal belacan tadi tu ya…”
Sara rasa macam nak menangis mendengar permintaan wanita itu. Bukan sebab dia tak nak tolong tapi Sara tidak mahu berdua-duaan dengan cucu Tok Ma ni lagi!
Perlahan-lahan Sara mengangguk pada Tok Ma. Sara langsung pedulikan Qaer yang menjadi pemerhati dari tadi sejak Tok Ma tinggalkan mereka berdua.
“Sayang…” panggil Qaer.
“Sara…”
Panggilan dan air muka kesian yang kini duduk berdepan dengannya langsung tidak peduli. Sara kusyuk mengasingkan batang cili padi itu untuk buat sambal.
“Sara, I’m soryy. Maafkan saya…” pohon Qaer lagi meminta maaf. Dia tukar tempat sebelah Sara. Kepala mendongak memandang gadis yang sedang berdiri sambil buat kerja itu. Tidak tenang hati Qaer selagi Sara tidak maafkannya.
Sara beralih untuk membilas cili tersebut. Lesung batu diambil lalu dia kembali ke tempat asal tadi tanpa pedulikan lelaki itu. Biar bagi pengajaran sikit dengan Qaer ni. tangannya ligat menumbuk cili-cili padi tersebut sampai lumat. Geram!! Kepala bayangkan muka Qaer dalam lesung tu.
“Sayang… Sara maafkan saya, saya janji kali ni last. Lepas ni saya bawa bincang dengan awak dulu. Please…”
Tumbukan pada lesung makin dikuatkan. Hati dan otak Sara pula yang berlawan sendiri. Hatinya sudah lembut dengan pujuk rayu lelaki itu tapi otak memang berdegil tak nak maafkan Qaer bila kenangkan entah kali ke berapa lelaki itu buat perangai!
Badan Qaer yang duduk bersebelahan dengan tubuh Sara yang masih berdiri itu didekati. “Sara…”
Auch! sayang!” Qaer menutup matanya. Badan terus dijarakkan dari Sara. Tangan sebelah terus memegang mata bahagian kanan yang pedih terkena cili yang ditumbuk oleh Sara.
Kalut Sara melepaskan lesung di tangannya. Sara melutut depan lelaki itu. Kepalanya didongak memandang Qaer yang menutup matanya yang pedih terkena cili tadi.
“Qaer… Qaer awak okay tak ni?” gugup Sara memandang keadaan lelaki itu. Tangan dilap pada kain batik sebelum beralih pada wajah lelaki itu.
“Tengok.” arah Sara sambil mengalihkan tangan Qaer yang menekan mata lelaki itu.
Qaer geleng kepala. Tak sanggup nak bersuara. Pedih! Buka mata pun tak rela. Hai Sara! Ganas sungguh cara dia nak balas dendam. Habis pedih mata Qaer terkena cili dari lesung tu.
Tidak keruan Sara memandang Qaer yang masih menahan pedih. Dia pula tidak tahu nak buat apa sekarang ni. Tok Ma! Cepatlah naik… kesian Qaer.
“Qaer, maafkan saya. Saya tak sangaja.” Semakin serak suara Sara memohon maaf. Terkena cili agaknya boleh buta tak lelaki ni?! Sungguh dia bingung tak tahu nak buat apa sekarang ni. Tapi Sara tak sanggup nak biarkan Qaer menahan sakit.
Air mata Sara merembes keluar melihat keadaan lelaki itu. “Awak tunggu kejap. Saya panggil Tok Ma…”
Lengan Sara dipegang ketika dia baru saja nak berdiri. “It’s okay sayang… tak apa.” Halang Qaer.
Sara kembali melutut. Kepala didongak memandang lelaki itu. Perlahan lelaki itu membalas pandangan mata Sara. Pedih pada mata kanannya terus hilang melihat air mata Sara mengalir kerananya. Dia tersenyum kecil. Air mata Sara dikesat penuh kasih.
“Dah. Jangan nangis…” pujuk Qaer. Hatinya lagi sakit tengok air mata dari pipi Sara itu mengalir.
Sara yang baru tersedar tangan Qaer pada wajahnya menepis pelahan. Dia tidak suka disentuh sedemikian. “Saya boleh lap sendiri. Mata awak macam mana? Alihkan tangan tu. saya nak tengok?” lembut suara itu memujuk Qaer.
Qaer sekadar senyum. “It’s okay. Tak sakit sangat.” Pujuknya walaupun matanya masih pedih.
Kepala Sara digeleng laju. “Awak bagi saya tengok atau saya takkan maafkan awak.” Ugut Sara.
Qaer mengeluh mendengar ugutan Sara. “Saya tak apa-apa.” Ujarnya. Dia tidak mahu Sara tengok matanya sekarang ni. Nanti berjujuran lagi air mata kekasih hatinya ni.
“Biar saya tengok. Please…” pujuk Sara.
Lemah jantung Qaer kalau selalu dengar suara lembut Sara tu. Tahu saja gadis itu tentang kelemahannya. “Janji jangan nangis kalau teruk.”
Laju kepala Sara mengangguk. “Tengok.”
Mulut Sara ditutup dengan tapak tangannya. Air mata terus mengalir melihat mata Qaer yang sudah merah. Cacat dah muka kacak Qaer! “Qaer kita ke klinik sekarang. Mata awak merah ni… Maaf! Saya tak sengaja tadi. Saya…” rayu Sara. Mesti mata tu masih lagi sakit. Dia sendiri tengok pun dah rasa pedih apatah lagi Qaer.
“Jangan risau. Nanti reda. Kalau melarat malam nanti saya janji kita ke klinik. Sara maafkan saya?”
Sara mengeluh sebelum mengangguk. Mata kanan lelaki itu masih lagi menjadi sasaran sepasang mata Sara. “Saya tak marahkan awak dah. Tapi tolonglah lain kali bincang dulu dengan saya…” pintanya dengan lelaki itu.
Lebar senyuman Qaer mendengar suara Sara memberi kemaafan padanya. “Thanks. Saya betul-betul takut tengok muka marah awak di kereta tadi tu. Tak sanggup dah kena marah dari awak!”
Sara tersenyum. “Mata awak ni okay tak?”
“Jangan risau. Sakit berbaloi ni. Sekurangnya dapat maaf dari awak.”
Geram pula Sara tengok muka bahagia Qaer tu. Tak sedar diri tengah sakit. Lengan Qaer ditampar lembut. “Awak tu lain kali jangan duduk dekat waktu saya tengah tumbuk cili. Kan dah kena. Habis merah mata. Saya memang dah tak marahkan awak, nak bagi pengajaran aje pada awak. Sebab tu tak nak layan… “
Tak padan dengan mata merah. Lelaki itu masih lagi tersengih dengar bebelan Sara. “Sayang juga awak dengan saya eh… Thanks saya pun sayang awak.”
“Dah la! Saya nak sambung buat kerja. Awak duduk jauh sikit. Nanti tak pasal kena lagi sebelah mata tu pulak!” Sara terus bangun untuk sambung kerjanya. Sebenar nak cover malu dengar luahan hati Qaer walaupun kedengaran bersahaja.
Qaer yang masih duduk di kerusi tadi hanya memandang Sara yang sedang kusyuk sediakan sambal belacan untuk hidangan mala mini.
“Sara.”
Urhmm…
Err…
Sara angkat kening sambil memandang Qaer dengan hujung matanya. Adalah dia nak minta tu! “Awak nak apa?”
“Kalau kita tinggal sini seminggu ni boleh?” tanya Qaer.
Tangan Sara berhenti bergerak.
Sara mengangguk. Sebenarnya dia segan tapi kenangkan tiada teman tinggal di kolej dan kata-kata Tok Ma bahawa Qaer suka makanan kampung Tok Ma buat dia setuju. “Tapi awak…”
“Sara tak nak ke?” tanya Qaer.
Segan Sara nak beritahu tapi dia terpaksa juga sebab takkan seminggu ni nak pakai pakaian dalam yang sama aje! “Sara tiada baju…” dalam. Sambung gadis itu dalam hati. Dia tidak kisah pakai kain batik dan t-shirt adik Qaer yang ditinggalkan di kampung tapi takkan la sampai baju dalam pun nak kena pinjaml. Melampaulah!
Qaer tergelak bila terkesan riak muka malu Sara tu. “Baju adik kakak ye?” usiknya.
“Qaer Redza!” bentak Sara. Tak padan dengan sakit masih lagi nak usik dia.
Makin galak Qaer gelakkan Sara. Merah wajahnya ketawa geli hati. Bila Sara sebut nama penuhnya maknanya gadis itu memang tengah geram atau marah dengannya.
“Lepas dinner nanti kita keluar sekejap pergi beli baju. Kesian awak.”
“Awak tu. Lain kali jangan buat kerja gila datang sini sehelai sepinggang lagi.”
“Maksud awak lain kali boleh datang sini lagilah?” Soal Qaer tersenyum lebar. Tatkala itu barulah Sara tersedar kenyataannya tadi menjerat diri sendiri.
“Dah la awak. Makin dilayan makin kuat mengusik orang. Malaslah nak layan.” Ujar Sara. Dia berlalu ke singki untuk basuh tangan demi mengelak dari bertentang mata dengan Qaer.
Qaer tergelak kecil. “Thanks sayang. Biarpun awak tak cakap. Tapi saya dapat rasa awak pun ada perasaan tu pada saya.” Ujar Qaer.
“Jangan nak merepek. Masuklah. Kacau orang je kerja dia.” bebel Sara yang masih berada di singki. Tak sanggup nak pusing belakang hadap Qaer sekarang ni. Mukanya semakin hangat menahan rasa malu!
“Lain kali jangan tenung mata anak teruna macam tadi. Bahaya! Berdebar jantung saya tengok awak tenung mata saya tadi. Orang kata dari mata turun ke hati. Ni bukan hati saya saja terkena tapi satu badan dah rasa panahan mata awak tu. Saya masuk dulu. Bye sayang. Love you.” Kaku badan Sara mendengar bisikan suara Qaer ke telinganya.
“Ya Allah! Apa aku dah buat tadi! Malunya…” Sara baru tersedar dia tenung mata Qaer tadi. Niatnya cuma nak tengok mata lelaki yang merah itu sahaja.



Sara cuba sedaya upaya mengawal riak wajahnya. Terharu tapi tak dapat nak fokus sangat dengar suara romantis Qaer kerana hidungnya mula nak terbersin! Dia cuba agar tidak terbersin walaupun tengah tahan gatal pada hidung tahap kritikal.
Qaer mengensot sedikit mendekati Sara. Bersedia nak buat periksa sama ada tekaannya benar. “Sibuk sangat ke ni?” Dia yang duduk di sebelah pun boleh terasa bahang panas badan Sara ni. Itu pun tak nak mengaku lagi dia demam.
Perlahan kepala Sara mengangguk. “Letih…” Tak cukup tidur tapi final project banyak yang kena bentang bila seminggu sebelum study week ni. Itu tak tambah lagi subjek yang ada tiada final exam. Kena hadap final test, nota pun tak habis lagi cover semua topik.
Qaer dekatkan lagi badannya pada Sara disebelah. Haruman minyak lelaki itu menusuk, Semakin Qaer mendekat, bau haruman itu makin kuat. Hidung Sara seperti digeletek, baru saja dia hendak tutup hidung. Kuat suara Sara bersin pada lelaki sebelahnya.
Achhhummm…. Achumm….” Berkali-kali dia bersin tidak berhenti-henti.
“Ja… Achum! Jangan… Achum! Jangan dekat…. Achumm…” Arah Sara yang masih lagi terbersin. Dia menerkup mulut dan hidung mengunakan kedua tapak tangan.
Pak cik Mazlan yang duduk di hadapan kerusi pemandu tergelak kecil. Terkial-kial Qaer memandang Sara sebelum tersenyum lucu dengan keadaan buah hatinya. Kotak tisu diminta pada Pak cik Mazlan di hadapan. Qaer tarik beberapa helai lalu hulurkan pada Sara.
“Itulah. Nak lagi tipu saya. Kan dah bersin tak henti-henti ni.”
“Awak tu jangan dekat sangat. Kuat bau minyak wangi tu.” Balas Sara. Tangan lalu bersihkan hidung. Dia kemudiannya mengosok hidung yang masih terasa gatal.
Qaer tergelak kecil. “Saya pulak yang salah.”
Pak cik Mazlan turut tergelak dengan keluhan tuan mudanya.
“Dah tak payah gosok hidung tu lagi Sara. Merah dah saya tengok. Terkupas kulit awak tu.” Beritahu Qaer pada Sara yang masih lagi gosok hidungnya. Dilihat Sara berhenti mengosok hidung. Dia bersandar pada kerusi sambil lelapkan mata seketika.
Sara berhenti sekejap. Kemudian dia sambung lagi. “Gatal…” rengeknya.
Assignment banyak lagi ke?” soal Qaer. Dia tahu Sara bersengkang mata beberapa hari ini kerana sibuk dengan kerjanya.
“Baru siap subuh tadi. Tinggal nak compile dengan kawan...”
“Habis tu kenapa tak rehat je dulu?”
“Dah tidur kejap pagi tadi tapi tersedar balik sebab selesama. Lepas tu saya belajarlah untuk test minggu depan.” Beritahu Sara. Dia tahu tiada guna nak berahsia dengan mamat sebelahnya ni. Lambat laun dia tahu jugak.
“Dah. Awak naik tukar baju. Kita ke klinik. Bawa sekali baju lebih. Tidur rumah mama malam ni.”
Sara geleng kepala perlahan. Pergi klinik satu hal, nak balik rumah mama Qaer waktu sakit macam ni. Macam tak berapa nak betul pula.“Tak apalah. Saya baru siap nota satu bab je Qaer. Ujian tu hari isnin nanti.” Dia saja bagi alasan lain.
Test awak tu hari isnin sayang. Hari ni jumaat. Awak ada sabtu ahad lagi nak belajar. Dah tak payah nak berdalih. Naik sekarang tukar baju.”
“Seganlah awak. Kita ke klinik lepas tu balik hostel. Boleh?” pinta Sara.
“Apa nak segannya Sara. Bukannya awak tak pernah tidur rumah mama saya.” Berkerut dahi Qaer tidak faham apa yang difikirkan oleh kesayangannya ni.
Monyok sikit mulut Sara. Hidung digosok lagi. “Waktu tu sihat. Ni tidur sana sakit-sakit macam ni. Seganlah saya kalau tak larat nak tolong mama awak.”
Qaer dah geleng kepala dengar ayat Sara. “Sara… Sara…. It’s okay la sayang. Lagi elok awak balik rehat di rumah. Muka awak ni dah macam zombi dah saya tengok. Kalau nak belajar pun bawalah segala nota dan laptop awak.”
Sara akhirnya mengalah juga. Tidak guna berhujah dengan Qaer waktu sakit macam ni. Dia pun tak larat nak perah otak sangat. “Kejap. Saya kemas barang kejap.”
Tersenyum lebar Qaer dengan persetujuan Sara. Sekurangnya di rumah nanti dia boleh tengok keadaan Sara nanti. Tidaklah risau sangat bila berjauhan.
Bila lihat kelibat Sara yang sudah siap pakai sweater biru miliknya, Qaer keluar dari kereta untuk bantu Sara angkat beg pakaian dan beg laptopnya. “Rupanya dalam bilik awak pakai sweater saya. rindu ke?” sempat lagi Qaer mengusik ketika membuka bonet kereta.
“Mengarut je. Cepatlah.” Tambah merah muka Sara ditegur. Dia bukan tak nak pakai jaketnya. Tapi jaketnya baru saja basuh. Kebetulan sweater Qaer saja yang ada, dia rembatlah pakai.
“Saya nak masuk dalam dulu.” Sara segera melarikan diri dari terus diusik.
Qaer hanya tersenyum. Selesai letak beg pakaian Sara dalam bonet. Dia buka pintu kerusi penumpang hadapan dan duduk sebelah pemandunya.
“Eh kenapa duduk depan?”  tanya Sara di belakang.
“Awak tu tidur sekarang. Baring dekat belakang tu. Kalau saya duduk belakang lepas tu awak tertidur macam tempoh hari. Tak pasal saya kena marah.” Tersenyum Qaer ingatkan kejadian lama. Muka Sara yang semakin merah langsung tidak diendah.
“Tak perlulah ingatkan.” Sara terus pakai hoodie sweater Qaer itu dan rebahkan badan di kerusi badan. Mata ditutup rapat. Malu! Mesti Pak cik Mazlan pun ingat lagi kejadian dia tertidur lalu Qaer rebahkan kepala Sara atas paha lelaki itu.


SAAT CINTA QAERSARA MULA DIDUGA
“Nanti awak kalau awak ada cuti pertengahan semester lagi saya bawa awak dari sini. Nak?”
Pelawaan lelaki itu disahut dengan keluhan kecil. “Mana ada mid sem break lagi. Saya dah semester akhir. Semester depan tinggal praktikal saja.” Jawab Sara perlahan. Dia masih lagi mencari tempat untuk praktikalnya di Sabah sekarang ni.
“Awak dah dapat tempat praktikal.”
“Saya dah hantar ke beberapa syarikat di Sabah sebab kalau boleh saya nak praktikal dekat Sabah je. Rumah sewa dan kenderaan senang tapi tak dapat apa-apa respon lagi.” Beritahu Sara.
“Mana boleh!” bangkang Qaer. Praktikal di Sabah? Oh! Mahu deman Qaer dengar…
Sara memandang Qaer pelik. “Apa yang tak bolehnya pula? Saya dah tanya pensyarah saya. Boleh je praktikal di Sabah. Memandai je awak.”
“Bukan pasal tulah. Pasal saya… habis saya macam mana?”
Sara terkedu. Qaer dipandang sayu. Dia kini faham kehendak lelaki itu. Tapi kalau ada jodoh takkan ke manakan? Lagipun dia belum bersedia nak bercinta. “Macam mana? Awak carilah orang lain Qaer. Saya tak sesuai.”
No! Sara,  please… Praktikal sini.” Pujuk Qaer. Tidak dapat jumpa seminggu lebih pun hampir nak gila. Nikan pula beberapa bulan. Tidak termasuk habis praktikal nanti. Mestilah Sara nak balik rumah waktu tu! Sekarang Qaer mula gusar fikirkan keadaan tanpa Sara nanti.
“Susahlah… Rumah sewa, kenderaan saya ke tempat praktikal tu lagi. Saya bukannya reti bawa kereta…. Lagipun saya seorang je yang akan menyewa nanti. Tak naklah saya. Bahaya!” Beritahu Sara. Kawan-kawannya yang lain pun semuanya praktikal tempat sendiri nanti. Kalau dia seorang saja praktikal di KL kan susah. Takkan nak tumpang rumah Tasneem. Malulah! Mia dan Imah pula sudah berkahwin. Lagilah dia tak nak!
Then praktikal di syarikat saya. Semua free! saya ada rumah kosong, awak tinggal situ. Lepas tu biar saya yang jemput dan hantar awak balik. Please Sara…” pujuk Qaer yang enggan menyerah kalah. Dia rela jadi pemandu gadis itu dari biarkan Sara balik Sabah praktikal di sana. Sara pula tinggal di rumahnya, kemudian dia tinggal di rumah mama semula.
Sara geleng kepala. Qaer sudah mula melalut. “Kita tiada ikatan Qaer. Bercinta pun tak. Jangan besarkan perkara ni lagi please. Saya tak nak.” Ujarnya lembut. Jadi isu pula perkara ni pada mereka. Kalau tahu baik dia tak cakap tadi.
“Biarpun kita tidak bercinta tapi awak pun cintakan saya. Jangan deny perkara ni lagi!”


“Putra mana?” tanya Qaer pada adik-adiknya.
Save the last for the prince. Hai Sara Alia… ingat saya lagi?”  Qaer dan Sara berpaling mendengar suara jejaka belakang mereka.
Sara terkejut melihat Putra Adam yang segak berbaju melayu biru depannya kini. Qaer pula mula tak sedap hati bila Putra dan Sara seperti sudah pun mengenali antara satu sama lain.
“Manusia ni antara golongan manusia lima yang lain?” tanya Qaer yang mula rasa cemburu pada adiknya sendiri. Putra ni boleh tahan buaya sebab rupa parasnya.
Putra tiba-tiba tergelak kuat melihat ekspresi terkejut Sara dan muka cemburu abangnya. “Lima yang lain? Masih ramai peminat sumandak sabah ni ye…” usik Putra sekaligus mengundang rasa marah abangnya.
Ahli keluarga yang lain hanya senyap saja melihat ‘drama’ swasta yang baru saja tercipta. Mereka turut terkejut bila tahu Putra dan Sara pernah kenal satu sama lain.
Perlahan Sara geleng kepala. “Sudahlah tu Putra… merah dah muka Qaer tahan cemburu tu.” jawab Sara selamba.
Putra akur walaupun senyumannya masih tidak lekang menghiasi rupa parasnya. “Putra ni jenis sedar diri Along. Jangan risau. Tak tergolong pun dalam Lima Yang Lain tu. Pernah try nak dekat dengan Sara ni. Tapi dia belum cakap dah kena reject. Jual mahal sangat!”
“Macam mana Sara dan Putra boleh kenal pulak ni?” huh! Keras suara Qaer menyoal Putra. Walaupun bukan tergolong Lima Yang Lain. Tapi rupa paras dan mulut manis Putra ni selalu saja mencairkan mana-mana gadis.


“Hati-hati yang…” ujar Qaer sambil melangkah masuk ke dalam bilik Doktor Aiman Arshad.
“Abang Aiman?” lemah suara Sara menyebut nama Aiman.
Dr.Aiman yang nyata terkejut dengan kewujudan Sara bersama kawannya turut terkejut. Dia memandang Qaer meminta jawapan. Jelas riak wajah lelaki itu turut memandangnya pelik.
“Sara kenal Aiman?” tanya Qaer pada Sara sambil membantu gadis itu duduk di kerusi hujung meja yang disediakan untuk pesakit itu. Satu perasaan cemburu mula menular ke dalam hatinya. Lebih-lebih Sara bahasakan diri Aiman sebagai abang. Padahal dia dan Aiman sebaya!
Sara mengangguk perlahan.
“Macam mana kau kenal Sara ni? Tak tahu pula abang yang Sara dah tukar status single tu…” tanya Dr.Aiman yang tersengih memandang kawannya sekali mengusik Sara.
“Kau tu yang macam mana boleh kenal Sara?” tanya Qaer balik. Cemburu dalam hatinya mula menular. Risau kalau Aiman ni tergolong dari 5 yang lain. Kalau macam tu dia memang patut risaukan peminat Sara yang empat lagi! Pasti sehebat lelaki depannya ni.


AKHIR SARA AKUR DENGAN PERASAAN SENDIRI. 
"Saya cuma nak cakap sekali je. Dengar baik baik.”
Kata-kata Sara terhenti. Dia hembus nafas sebelum mula bersuara lagi.
Bola mata Qaer dipandang tajam. Sara rasa dia dah sedia. Sedia untuk memberi kata putus pada Qaer tentang perasaannya. “I love you Qaer Redza. I love you so much and once I said I love you. It’s mean forever... Bear it in your mind.”

“Awak gerak dulu ye. Saya nak tengok je dari sini. Lepas tu baru naik.” Pujuk Sara.
Terdengar suara Qaer memberi arahan pada Pak cik Mazlan. Kereta lelaki itu mula bergerak meninggalkan kawasan bangunan.
Bye sayang.”
Bye Qaer. Love you.”
Qaer pandang telefonnya. Terkejut dengan ucapan spontan Sara sebelum gadis itu sendiri menamatkan panggilannya. Dia tersenyum kecil.  Tangan lincah mendail semula nombor Sara tapi gadis itu sengaja enggan menjawab panggilannya.

Cepatnya dia matikan telefon tadi. Haha! Love you too. Jahat! tak nak angkat call saya eh.

Pesanan ringkas dihantar pada Sara. Qaer tersenyum kecil menanti pesanan balas dari Sara. dia yakin Sara pasti akan baca pesanannya.

Malu! Jangan call, orang tak nak jawab.

Qaer tergelak kuat selepas baca pesanan dari Sara. Lawak betul Sara ni. Dia yang ucap, tapi dia sendiri yang malu.

Haha! Nak balas ucapan tadi tu. Tak nak dengar ke?

Makin galak Qaer mengusik Sara. Pasti Sara tengah tahan malu sekarang ni.

Tak nak! Janganlah usik lagi. Malu saya!

Terhibur Qaer mendengan cara Sara. Garang dan tegas tapi bila nak masuk bab luahkan perasaan buka main pemalu lagi Sara ni. Dia geleng kepala sambil tersenyum kecil.

Pergi mandi. Lepas tu rehat. Sampai nanti saya mesej awak. Love you too.


SAAT DUGAAN SELEPAS PERKAHWINAN QAERSARA
        
Qaer memegang tangan yang menutup matanya. Ditarik salah satunya ke bibir. “Selamat pagi sayang…” ucapnya romantis sambil menoleh memandang si isteri.
Sara tersenyum. Bahagia walaupun hati masih sakit kerana kejadian semalam.
“Selamat hari lelaki sedunia abang.” Ucap Sara. Tangan suaminya diletak ke bahu.
“Terima kasih sayang. Ucapan je ke?”  tanya Qaer.
Sara tersengih. Pipi Qaer dicium. “Love you abang…”
“Luar biasa romantik isteri abang hari ni. Ada sesuatu ke?” Qaer yang mula curiga tentang isterinya menyoal.
Laju kepada Sara  mengeleng. Dia tidak mahu Qaer tahu situasinya sekarang. Badan suaminya dipeluk. “Rindu abang…”




“Biarlah mereka. Malas nak fikir lagi.”
“Mana boleh! Susah payah saya pikat isteri saya. Suka hati mereka buat dia nangis.” Ujar Qaer seolah-olah marah. Kepala isterinya diletak atas riba. Lembut tangannya mengurut dahi Sara.
Tersenyum Sara dengar kata-kata suaminya. Susah sangat ke pikat aku dulu?


“Apa pulak dengan abang?”
“Saya takut terabaikan abang bila mula belajar nanti?”
Qaer tersenyum. “Apalah bezanya waktu awak sambung belajar tu dengan sekarang? Ataupun bila awak kerja nanti? Sama je sayang. Lagipun abang memang tak benarkan kalau sayang nak tinggal dekat hostel. Tinggal dengan rumah je.”
“Tapi…” Sara masih lagi ragu-ragu dengan cadangan suaminya.
“Tiada tapi-tapi lagi… okay apa. Sayang pun memang plan nak sambung belajar lepas habis degree. Nak gembirakan mak ayah kan? Nak pakai topi leperkan? Lagipun elok sayang sambung belajar sekarang. Bila ada orang ketiga keempat nanti. Lagi payah sayang nak belajar nanti.”
“Abang ada plan untuk orang ketiga?!” Terkejut Sara dengar ayat-ayat suaminya..
Muka Sara semakin mengendur. “Sampai hati!” ujarnya pelahan. Patutlah beriya nak dia tumpukan perhatian dengan pelajaran. 
TAMAT
Habis dah~ Kira ni teaser panjanggg punya. tu yang letak all the SAATs, full xda saat2 tu... FULL CERPEN dalam Kompilasi cerpen dlm PROJEK CPR. Faz dah tak tahu nak cerpen ni kira cerpen ke atau dah kira novelet sebab dah 60 m/s dan masih tak habis edit lagi( Kemungkinan besar akan jadi lagi panjang...). 
Ni cerpen paling panjang dalam #ProjekCPR. Cerpen yang lain just 35-40 m/s. semoga terhibur~! Jangan lupa komen~Thanks.
Teaser Cerpen #ProjekCPR dalam group FB : Faz's Captured Thought (Klik link utk masuk group)
Episod cinta baru
Masih Ada Cinta
Bunga Tiga Ahmad
Setia Menanti Cintanya
Yang Tertulis
CPR 
Cinta Mnemonic
Suami untuk Awak (Mungkin akan tukar tajuk : Qaersara)

Cerpen #ProjekCPR yg tak pernah masuk teaser lagi :
Rentak Kita
M&M
Doodle Cinta
Hanya Satu
Mencari Rasa Cinta (Tajuk tak confirm)
Yang sedia ada (Tajuk tak Confirm)


Teaser Novel : Secebis Cinta Intan Random teaser... sekian. bye~ Cerita si Jihan kira KIV dulu.

Novel : Secebis Cinta Intan bab 5

$
0
0
Balik dari hospital, telinga Intan sekali lagi terpaksa menadah leteran dari mak dan ayah tersayang. Tapi untungnya dapat layanan kelas pertama dari mak jugak. Intan tersengih. Mak yang sedang menyuapnya makan malam dipandang. Jelingan dari Kimi dibiarkan. Dengkilah tu.
“Mak, yang sakit tu kaki dia bukannya tangan. Mengada betul Intan ni!” tegur Hakimi bila tidak tahan dengan sikap mengada manja terlebih Intan tu. Sudahlah dia kena tadah telinga dengar suara Intan merengek tak habis dari tadi. Waktu dekat hospital, okay saja pun. Siap bergelak ketawa lagi.
“Biarlah Kimi...” tutur suara Mak lembut.
Kimi geleng kepala. Malas nak layan Intan. Mia yang sedang memeriksa kertas peperiksaan itu didekati. Punggung mengengsot sedikit mendekatkan jarak dengan gadis itu. “Buat apa?” tanya Kimi sekadar berbasa basi.
“Main konda kondi.”
Merengus Kimi dengan jawapan selamba dari Mia itu. Intan sudah terkekek atas kerusi. Ketawakan dialah tu. “Seronoknya. Nak ikut main sekali boleh?” usik Kimi pada Damia yang enggan melayannya. Tekun sangat hadap kerja dia yang tak pandai habis tu.
Pen yang sedang menanda kertas itu tegak. Terhenti pergerakan Mia. Kimi dipandang. Tajam. Aura Cikgu Damia mula mengusai diri. Pantang dikacau waktu dia buat kerja! “Jangan kacau Kimi. Banyak kerja ni.” halang Damia. Tiada hati nak bergurau senda dengan lelaki ini. Banyak lagi kertas-kertas ujian yang dia belum periksa.
“Ala... aku tolonglah.” Gesa Kimi.
Damia yang hendak sambung kerjanya semula tergendala lagi. “Ee... kau pergilah keluar dating ke apa. Kacau aku je.” Marahnya lagi.
Kimi tersenyum. “Kau jeles sebab semalamkan?” Semakin melebar bila tekaannya rasa seperti mengena jerat. Masam sungguh wajah Damia sekarang ni.
“Hah! Aku dah agak mesti ada something fishy dengan kau orang ni. Dari tadi bertekak tak habis. Baik cerita cepat! Keluar dating tak ajak aku.” Celah Intan yang pasang telinga dari tadi. Dia memang dapat agak pasti ada sesuatu yang berlaku pada budak berdua ni.
Kimi mencebir. “Dah namanya dating. Nak ajak kau buat apa.” Seperti biasa bila berada depan Mahmud dan Faridah. Pangilan aku-kau akan digunakan. Berlainan dengan lakonan mereka bila berada luar. Panggilan I-you memang telah ditetapkan oleh Intan agar tiada yang mengesyaki hubungan mereka.
“Ah! Aku tak kira. Nak tahu jugak.” Bentak Intan. Mahmud dan Faridah senyap saja perhatikan Damia, Kimi dan Intan. Sudah hadam dengan perangai budak bertiga ni bila bertemu. Memekik itu perkara biasa walaupun sekadar berbual kosong.
“Dah la. Sibuk aje kau ni.” selamba saja Damia menyokong Kimi.
 Intan mencerlung. “Mak...” rengeknya pada Faridah. Nak minta point agar tolong dia la tu. Nak juga korek rahsia Kimi dan Damia. Oh! Sekarang dah pandai dating tak ajak dia.
“Mak tak nak masuk campur.” Tutur Faridah jujur sambil menyuap anak bongsunya. Intan monyok saja menyambut suapan emaknya. Bermanja itu wajib dalam kamus hidupnya jika bersama dengan Faridah.
Intan paut lengan Faridah. “Mak tadi orang jumpa budak tu depan-depan.” Beritahu Intan. Tukar topik memandangkan Kimi dan Damia tidak mahu berkongsi cerita keluar berdua yang masih dirahsiakan darinya. Tidak mengapa, esok lusa dia tahu jugak!
Mahmud yang berdiam diri mula tertarik dengan cerita Intan. “Papa Intan?”
Sempat Intan mencebik. “Nak jumpa orang tua tu buat apa. Tak la ayah. Jumpa anak tiri dia. Si Aneff.” Beritahunya.
“Hah kenapa dengan anak dia? Intan terpikat ke? Boleh ayah tolong pikatkan.” Usikan Mahmud mengundang tawa besar dari Kimi. Damia dan Faridah sekarang tertawa kecil. Lebih lagi bila Intan mula tayang muka muncung.
“Ayah ni...” rengek si bongsu. Mata tajam menjeling Kimi yang sakan gelakkan dia. Amboi bukan main kau kan Kimi!
Mahmud tergelak kecil. “Ayah gurau jela. Intan ni kuat sangat merengek. Dapat suami kuat mengusik. Tak padan nanti tua sebelum usia lanjut.”
Makin kuat suara Kimi gelakkan Intan. Padan muka. Kena sedas dari ayah. Walaupun gurauan itu ada tapi terselit nasihat baik punya sarkastik untuk Intan yang kadang terlebih manja itu.
“Ayah ni. Langsung lari dari topik. Ni orang tengah cakap pasal si mata sepet tu.” tutur Intan kegeraman. Memang dia tidak berani hendak melawan cakap Mahmud. Andai Kimi yang sindir dia macam tadi sudah dibantai lelaki itu dengan kasut tinggi miliknya.
Mahmud tersenyum lucu. Intan dipandang penuh kasih. “Iya Intan payung ayah. Kenapa dengan budak tu.”
“Kacak yah. Tapi sayangnya mata tu sepet. Orang dah mula kerja dengan dia. Ada projek kerjasama dengan pejabat dia. Lepas ni bolehlah Intan mengedik dengan dia.” jujur Intan beritahu tanpa rasa bersalah. Memang tiada rahsia antara dia dan pasangan ini perihal rancanganya hendak memecahbelahkan keluarga Datin Husnina. Muka gedik Intan mula bayangkan wajah Aneff tadi.
Mahmud tepuk dahi. Ya Allah. Sabar sajalah dengan budak Intan ni. Faridah sebelah gadis itu menepuk kuat paha anaknya. “Adakah patut cakap macam tu. Intan ni!” tegurnya dengan sikap terus terang Intan.
Tertawa Intan dengan respon mak dan ayahnya. Lucu tengok muka emaknya menjengil memandangannya tajam. “Mak jangan risaulah. Intan profesional. Waktu kerja kami kerjalah.” Beritahu Intan serius pada maknya.
“Tapi kalau terkenyit mata tu, Intan tak boleh tahanlah maknanya.” Tambah Intan lagi lantas tergelak besar. Sekadar hendak usik keluarga kecilnya ini. Tadi bukan main lagi gelakkan dia.
Kimi merengus. “Jangan nak nakal sangat Intan. Tu baru sehari kerja bersama, kaki dah patah. Silap hari bulan entah apa lagi patah.”
“Jangan patah hati sudah.” Sambung Damia pula dengan nada perlahan. Namun cukup serumah dengar suaranya. Mata masih lagi kusyuk memeriksa kertas ujian pelajar-pelajarnya.
“Macam orang sebelah ni.” Kimi pula menyambung. Mata jeling Damia yang sedang berangin dengannya. Bila gadis itu memandangnya tajam. Punggung mengensot menjarakkan kedudukan mereka. Jauh sikit! Bahang kemarahan agak terasa.
Mahmud dan Faridah geleng kepala. Entah apalah dengan budak dua tu. nak cakap bercinta macam tak aje. Tapi cara tidak ubah seperti suami isteri yang tengah bermasam muka. Intan sendiri pun bosan tengok drama tak habis sejak di hospital tadi. Kusyen yang dipeluk tadi dilempar pada dua manusia yang masih bermasam muka itu namun tersasar pada kertas-kertas ujian.
Mata Damia terbeliak. “Intan!” habis berhambur kertas-kertas atas lantai.
Intan tersengih. Kimi tergelak besar. Gelaknya terhenti apabila mukanya dilempar kusyen oleh Damia. “Mia apa aku pula kena ni!” tangannya laju mencapai kusyen yang berada dekat dengannya. Muka kekasih hati menjadi sasaran.
Gedebuk! Tepat kena muka Damia. Dendam tercapai! Dan muka sesi perang kusyen.
“Ayah nak masuk tidurlah. Kamu ni tak ubah macam budak kecil.” Rungut Mahmud. Terganggu bacaannya pada buku motivasi yang baru dibelikan oleh Intan padanya. Baca dalam bilik lagi bagus.
Faridah ikut suaminya berdiri. Intan pun sudah habis makan. “Kemas ruang tamu mak sebelum tidur. Kalau esok pagi masih berterabur. Siap kamu bertiga.” Sempat dia pesan pada budak bertiga yang seperti orang gila ketawa sakan main lempar-lempar kusyennya.



“Degil kau kan...”
Intan tersengih. Muka masam Damia sekadar dipandang sekilas. “Aku dah eloklah beb” pujuknya. Kakinya elok lagi nak bergerak ni. Bukannya tahap parah sangat. Damia dan Kimi saja yang melebih-lebih. Nasib si Kimi surrender nak pujuk dia lagi dengan syarat Damia atau Kimi yang akan jemput dia pergi dan balik kerja hingga Intan sihat sepenuhnya.
“Orang risaukan kau la Intan. Kau tu lincah sangat. Duduk rumah sehari dua lagilah.” Pujuk Damia lagi sekadar mencuba nasib.
Intan geleng kepala. Sudah dua hari dia bercuti. Pasti kerjanya mengunung sekarang ni. dia tidak suka tangguh kerja.
“Kerja aku banyaklah Mia. Kau fahamkan. Tiada masa nak main sangat.”
Damia keluh kecil. Faham maksud Intan dan perangai gadis itu. “Hati-hati. Sepakej dengan kaki dan hati kau.” risaunya pada Intan tidak pernah berkurang. Malah setiap hari makin bertambah, lebih-lebih lagi bila Intan nekad nak kacau keluarga datin tu. Rancangan yang dia tidak pernah setuju dari awal lagi!
“Jangan risaulah. Aku akan jaga hati aku baik-baik. Bukan senang aku nak pulih Mia. Aku takkan sia-siakan sisa yang tinggal ni. Aku masuk ofis dululah. Thanks for the ride. Petang nanti Kimi singgah ambil aku. Kau tak payah singgah ambil aku.”
Damia sekali lagi angguk. Dia ada bersama Kimi dan Intan semasa lelaki itu memberi pesanan agar biar dia yang singgah ambil Intan nanti. “Sama-sama.” Mata Damia menyorot pada Intan yang berjalan masuk ke dalam syarikat itu dengan lenggoknya. Yakin seperti tiada apa-apa yang berlaku pada kakinya, padahal masih lagi sakit. di rumah tadi pun bukan main payah nak berjalan. Tapi sebab nak yakin Faridah dan Mahmud bahawa dia sudah sihat agar mendapat kebenaran untuk pergi kerja hari ini. Damia nampak kesungguhan Intan yang cuba untuk berlakon telah pulih sepenuhnya.
Diri mengeluh kecil sebelum mulakan pemanduan. Intan yang keras hati dari dulu. Suka menampakkan diri itu kuat!
Pada Intan dia tidak mahu dilabel bos yang suka curi tulang. Dedikasi pada kerjanya harus dipertingkatkan. Dia hendak hidup senang dan pastikan bukan senang untuk senang. Pencapaiannya belum cukup membanggakan diri sendiri. Baginya untuk melawan yang kuat kita perlu lebih kuat!
Morning bos.” Suraya yang lemah lembut itu tersenyum manis menyambut kedatangan bosnya.
Morning Sue. Kopimacam biasa.” Senyuman Suraya dibalas sambil memberi peringatan pada kopi yang wajib dihidang untuknya setiap hari.
Suraya mengangguk mendengar arahan bosnya. Mata mengerling pada Intan yang masuk ke dalam pejabat. Kaki laju dihala ke pantri untuk siapkan minuman untuk bosnya. Suraya tahu Intan akan masuk hari ini walaupun bosnya dapat cuti seminggu. Kagum sungguh Suraya pada bosnya yang tidak suka culas bekerja.
“Kopi bos.” Secawan kopi diletak atas meja Intan. Bosnya yang kusyuk memeriksa fail mendongak. Satu senyuman manis diberikan pada Suraya.
Thanks Sue. Now shoot I dengan kerja-kerja yang berlambak tu.”
Suraya tersenyum kecil. Macam tahu saja bosnya yang dia bersedia hendak memberi peringatan tentang kerja dan appointment bosnya yang tergendala.
Meeting dengan Dato Khalil saya dah susun rabu depan sebab Dato sibuk sepanjang minggu ni, Mr.Bernard telefon saya semalam beritahu dia akan update laporan tentang ofis sana dalam minggu ni.”
Intan menumpang dagu memandang suraya yang comel berkebaya. Telinga setia mendengar segala butir dari pembantunya itu.
“Oh ya? Dia nak respon dari cik secepat mungkin tentang pembelian saham di syarikat KYS di Korea tu.”
“Yang tu nanti you toloing cari masa untuk I buat videomeeting dengan Bernard.”
Suraya angguk mendengar. Tangan lincah menulis arahan yang diberi sebagai peringatan.
“Okay. Next?” tanya Intan lagi.
“Yang berkaitan dengan kerja dah selesai. Lain seperti yang saya emel pada cik.” Beritahu Suraya. Setiap hari dia memang akan hantar laporan pada Intan walaupun bosnya tidak masuk pejabat. Dengar lain, hantar emel itu lain. Intan sengaja suruh Suraya emel segala laporan walaupun gadis itu akan laporkan setiap pagi agar dia tidak terlupa.
“Yang tidak berkaitan dengan kerja pula. First, Encik Aneff say thanks for the flowers dan doakan cik Intan cepat sihat. Kalau dah sihat jangan lupa hubungi dia untuk arrange next meeting. Second, Dato Wahid hadiahkan encik bunga seperti biasa. Tapi saya dah tolong cik sedekahkan pada mak cik cleaner. Seterusnya cik ada jemputan untuk ke majlis pembukaan butik baru Datin Manisah ahad ni. Dia ada buat pertunjukan fesyen sekali untuk rekaan terbaru dari butiknya. Ramai orang kenamaan dijemput.”
Intan tertawa kecil dengar perkataan sedekah Suraya itu. Memang itu yang arahan darinya. Kalau Dato Wahid si tua gatal tu hantar bunga, jangan lupa berikan pada cleaner sebagai sedekah. Anggap hadiah atas ketekunan membersihkan syarikatnya setiap hari. Tapi orang yang diberi bergilir-gilir agar tiada yang anggap dia pilih kasih pula nanti. Dari dia membazir buang baik dia bagi orang lain.
Namun dengar jemputan itu yang dia malas nak pergi. Tapi hendak jaga reputasi diri nampaknya kena pergi jugak. Sebenarnya Intan malas hendak bersosial manusia koporat. Bosan dan terlalu mengikut tatatertib.
“You tolong I dapatkan numbor telefon bimbit Aneff. Nanti senang I cakap dengan dia. Jemputan tu you jangan lupa ingatkan I jumaat ni. Takut I lupa. Lagi? Ada lagi tak?”
Suraya geleng kepala. Semua dia dah laporkan pada Intan. “Dah habis cik.”
“Okay. You boleh keluar sekarang. Ada apa-apa nanti I panggil dan kalau tiada panggilan penting beritahu I tak nak dikacau.” Arah Intan lagi.
Angguk. faham memang bosnya tidak suka dikacau jika tiada benda penting bila dia sibuk dengan kerja. Lebih lagi bila kerja bosnya banyak selepas balik dari cuti. Alamatnya keluar rehat pun belum tentu. Masak benar dia dengan sikap bosnya.
“Err... bos nak saya belikan nasi untuk lunch ke?” tanya Suraya yang memahami bosnya pasti tidak akan keluar untuk rehat selagi kerja belum selesai.
Intan tepuk dahi. Lupa pasal tu. “Boleh jugak. Lauk biasa okay. Thanks Sue.”
Suraya senyum mengangguk. Kaki dibawa keluar dari pejabat bosnya. Selama ini pekerja lain semua ingatkan dia kerja susah dengan bos perempuan seperti Intan. Namun Suraya sedikit pun tidak pernah bosan kerja dengan bos sebaik Intan. Memang zahirnya Intan seorang yang tegas. Dulu dia pun takut untuk bekerja bawah wanita ini. Tapi lama kelamaan dia dapat sesuaikan diri dengan Intan. Bosnya langsung tidak cerewet dan banyak songeh, malah Intan lebih suka buat kerja remeh sendiri dari mengharapkan dirinya.
Keperibadian Intan dan penampilannya memang  jauh berbeza!
Kerja Suraya terganggu bila tangan seseorang memegang hujung mejanya. Kepala didonggak memandang tuan puan badan. Senyuman dipatahkan saat mata terpandang Hakimi yang tersenyum manis padanya.
“Assalamualaikum Encik Hakimi.” Salam Suraya sekali bagi sedas untuk lelaki itu.
Kimi tersengih. Salam dijawab. “Waalaikumsalam w.b.t Suraya yang manis lagi comel. Bos kesayangan you mana?”
Suraya menjeling. Malas nak layan lebih. Faham sangat perangai Kimi tu. “Cik Intan dalam pejabat sekarang. Tapi dia pesan tak nak diganggu.”
“Dia dah makan?”
Angguk. “Lunch tadi saya dah belikan makanan untuk cik Intan.” Beritahu Suraya. Kalau dia berusaha hendak simpan rahsia pun mesti Kimi akan korek sampai dapat.
Good girl. Okaylah sayang. I nak masuk jumpa buah hati lagi seorang. You buat kerja rajin-rajin.” Tutur lelaki itu lembut. Kenyitan mata dihadiahkan untuk Suraya. Tapi dibalas dengan jelingan tajam. Kimi tergelak kecil. Suraya pun sebenarnya sudah dianggap seperti adik sendiri. Tidak ubah seperti Damia dan Intan. Gadis sebaik itu tidak mungkin dia kacau lebih-lebih. Sekadar bawa bergurau tu biasalah.
Suraya geleng kepala. “Nak saya sediakan air untuk Encik Kimi tak?” tahannya pada lelaki yang sudah berada depan pintu Intan. Walaupun Kimi suka kacau dirinya. Suraya masih lagi hormat dengan lelaki itu sebagai kawan karib bosnya. Lagipun Kimi tolongnya banyak bila Intan berada di luar negara dulu. Segala urusan dia akan berhubung dengan Kimi terlebih dahulu.
“Tak perlulah. Nanti kalau nak. Saya minta je.” Beritahu Hakimi.
Suraya mengangguk lantas menyambung semula kerja yang tergendala. Menjadi pekerja kesayangan bos bukan tiket untuk culas buat kerja sedangkan Intan sendiri tidak suka buang masa biarkan kerja tersimpan lama.
“Sibuknya.” Tegur Kimi bila Intan langsung tidak pedulikan dirinya yang masuk dalam pejabat gadis itu.
“Sibuk ni. Tak nampak KL Tower atas meja ni?” sindir Intan yang masih tekun buat kerja. Dia memang sudah menganggak Kimi yang datang sebab selain Suraya dan Damia, hanya lelaki itu saja yang masuk main terjah.
Kimi tersenyum kecil. Kerusi depan Intan diduduk. Salah sebuah fail atas meja Intan diambil lalu diselak satu persatu. Bosan membaca satu pun projek yang dia tidak tahu, Kimi tutup dan letak semula atas meja gadis.
“Beb ada story ni. You sibuk sangat ke?”
“Cerita jelah. I dengar...” jawab Intan. Kerjanya masih diteruskan. Hendak dengar cerita guna telinga. Tangan masih boleh lagi buat kerja.
“Kau ada dapat tak jemputan Datin Manisah tu?”
Intan angguk. “Kenapa?”
“Adif ada malam tu. Aku yakin.”
Tangan Intan berhenti menaip. Kening diangkat sambil mata memandang Kimi. Cerita yang mampu menarik perhatiannya. “Sure?” tanya Intan meminta kepastian.
Kimi tersenyum penuh makna. “120% confirm. Anak datin tu awek baru dia.”
“You mesti skandal dengan budak tu jugakkan?” tanya Intan serkap jarang.
Kimi tertawa. Sah betul. Intan geleng kepala.
“Jadi you nak pergi tak?”
Date me.”
“Tak dapatlah. Malam tu ada hal penting.” Beritahu Kimi tersengih-sengih. Kepala digaru. Habislah dia.
Intan buat muka. “Penting apahalnya malam minggu. Mesti Damia.” Tembaknya lagi. Hanya Damia saja yang mampu menjadi pesaing hebatnya dalam hati Kimi.
Tersengih Kimi bila jawapan Intan betul. “Malam minggu memang untuk Damia la beb. I tengah usaha lebih ni. Lama sangat dah. Dah la makin susah dekat. Ada pula saingan. Cikgu. Satu sekolah dengan dia.” Keluh Kimi. Bila tahu ada cikgu cuba dekat dengan buah hatinya tu. Kimi tidak senang duduk. Bukan setahun dua dia tunggu Damia. Green light dari mak ayah senang je dapat, tapi si anak ni degil nak mampus.
“Itulah. Pasang lagi perempuan keliling pinggang. Cikgu tu handsome tau tahu. Padan muka.” Saja Intan nak panaskan Kimi. Cakap setia pada Damia. Tapi dari dulu sampai sekarang tak pernah berkurang jumlah teman wanita Kimi tu. Mana Damia tak makan hati!
Handsome apa macam tu. I lagi handsome. Cukup pakej.”
Intan mencebik. Poyo!
“Jadi sabtu ni kena pergi sendirilah.” Keluh Intan. Baru ingat nak ajak Kimi pergi sekali. Kimi tu saja yang mampu kawal dia bila terlebih nanti. Lagipun Kimi banyak pengaruh dan kenalan. Kalau bersama lelaki itu tidaklah dia kekok sangat.
Sorry beb.” Rasa bersalah pula pada Intan. Selama ni dia yang temankan Intan ke mana-mana majlis.
“Tak apalah. I pun kena berdiri sendiri. Tak boleh harap you je nak sosial dengan dunia koporat di Malaysia ni.”
Good girl. Tapi apa-apa roger I ASAP nanti I terbang ke situ. Janji tau. Jaga-jaga. Jangan melebih macam hari tu. Nanti I tak bagi you dekat langsung pula dengan mamat tu. Bahaya Intan. Dia tu buaya darat. Sekali nak terus ngap.”
Intan tersenyum. Kepala diangguk. Pesan Kimi disimpan rapi. Dia pun risau juga pasal Adif tu. Tapi Intan reti ilmu mempertahankan diri. Kimi yang paksa dia dan Damia belajar dulu. Sampai sekarang mereka bertiga masih berlatih judo dan teakwando bila ada masa lapang. Kalau setakat belajar tapi tidak diasah selalu pasti akan tumpul nanti.
“Jangan risau. Apa-apa I terus hubungi you. Tapi make sure dapatlah si Damia tu buat bini kali ni. Pikatlah betul-betul. Kesian budak tu. Makan dalam aje kerja you.”
Kimi tersenyum ingatkan Damia. “Patutnya I ni yang kena dikesiankan. Dah berapa kali I lamar dia buat bini terus. Asyik kena reject aje. Banyak betul alasannya.”
Intan tergelak. Entah berapa kali sudah Kimi melamar Damia. Pertama kali dulu sebelum mereka bertiga sambung belajar dulu. Kimi nak ikat Damia buat isteri dulu supaya senang nak jaga di luar negara nanti. Tapi alasan Damia ke sana untuk belajar. Nanti belajar entah ke mana, kahwin pun entah ke mana. Padahal duit Kimi tu mampu saja nak sara mereka berdua. Lepas tu entah berapa kali dah Kimi lamar Damia buat isteri. Intan pun tak ingat. Lebih sepuluh kali agaknya.
Sebenarnya Damia nak Kimi setia aje dengannya. Tapi lelaki tu yang tak reti nak faham. Kata setia tapi masih suka layan perempuan lain. Intan pun malas nak cakap lebih. Dia pun dah berapa kali beritahu Kimi.
Sekarang Intan harus pasang strategi untuk mendekati Adif pula. Dia perlu tahu kenapa lelaki itu tidak menghubunginya. Adif pun satu. Macam burung merpati. Nampak senang nak dapat tapi rupanya susah jugak!
‘Pandai nak elak dari aku huh? Siaplah kau...’



Cerpen : Oren Ai

$
0
0
Bahu Naufal digerakkan beberapa kali. “Abang bangun…” Badan lelaki itu mengeliat namun mata masih lagi tertutup rapat. Dia tahu Naufal sudah pun bangun.
“Abang bangunlah…” pujuknya lagi.
“Abang jangan ingat sayang tak tahu abang dah bangun. Sajakan…” pipi suaminya dicium beberapa kali. Dia tahu dengan cara itu pasti suaminya akan buka mata.
Mata Naufal dicelik. “Morning wo de Ai…” senyuman meleret terukir di wajah Naufal melihat muka kelat isterinya.
Bahu Naufal dipukul perlahan.
“Nakal! Abang…bangunlah.” Rengek Aima sambil menolak lembut bahu suaminya lagi.
“Nak apa Ai?” tanya Naufal.
“Kejap… biar abang teka?” Naufal tutup mata. Nafas ditarik perlahan. Menghidu bau yang menusuk ke dalam hidung. Senyuman manis dihadiahkan untuk Aima saat mata dibuka semula.
“Bubur kacang merah?” teka Naufal.
Aima tersenyum lebar mengangguk. Tajam sungguh deria suaminya menghidu makanan kegemarannya tu.
“Ai masak?” tanya Naufal lagi. Kini dia sudah pun duduk berdepan dengan Aima. Isterinya dipandang meminta jawapan.
“Tapi tak tahulah sedap ke tak. Abang cuba rasa eh? Nanti komen.” Pinta Aima. Dia sedar kelemahannya. Mujurlah Naufal tidak pernah berkira dengan kelemahan Aima yang tak reti masak.
“Wah! Tak sabar nak rasa.” Gembira dengan Aima yang sanggup masak untuknya. Bukan senang nak Aima masak. Dia bersyukur doanya termakbul. Kebelakangan ini Aima sanggup melawan fobianya semata-mata untuk Naufal.
“Maaf abang. Kesian abangkan? Aima ni penakut sangat.” Air muka Aima berubah sedikit. Sedih! Sudah dua tahun mereka berkahwin. Hanya kebelakangan ini baru dapat masakkan untuk suaminya. Mujurlah Naufal tidak pernah mengeluh dan sentiasa bersabar mengantikan tugas isteri untuk masak.
Dua belah tangan Aima dicapai. Naufal mengosok lembut tangan isterinya. Dipandang tangan kiri isterinya yang berbeza dengan tangan kanan Aima. Matanya dihalakan pada kesan kehitaman pada tangan kiri itu. Keistimewaan yang hanya ada pada isterinya walaupun selama ini orang menganggap isterinya cacat kerana kesan hitam itu.
Ciuman lembut dihadiahkan pada kedua belah tangan Aima. “Hadiah sebab sudi masakkan makanan kegemaran abang…” ucapnya. Naufal tidak pernah paksa Aima untuk masak. Dia tahu kelemahan isterinya bila berdepan dengan api gas. Naufal sendiri pernah nampak Aima mengigil bila berdiri depan dapur gas yang menyalakan api.
Air mata Aima mengalir sedikit demi sedikit. Rasa bersalah mula menyelubungi diri.
“Ai, abang tak pernah kisah pasal tu. Abang bukannya kahwin untuk cari tukang masak, abang kahwin dengan Aima Marissa untuk dijadikan isteri dunia dan akhirat.” Air mata isterinya dikesat lembut. Memujuk hati si isteri yang selalu merendah diri kerana kelemahannya.
“Tapi…” keluarga mereka sendiri memandang rendah pada Aima. Selalu saja dia dilabel sebagai isteri yang menyusahkan suami kerana Naufal terpaksa masakkan untuk mereka berdua. Mak Aima sendiri selalu bebelkan Aima kerana sikap takutnya tu.
No tapi-tapi. Pedulikan mulut orang. Yang penting abang gembira dengan isteri abang. Abang tak suka tengok muka sedih Ai. Tak comel dah. Senyum sikit…” pujuk Naufal lagi. Dia tahu kegusaran isterinya. Isu yang tak pernah padam dari dua belah keluarga mereka. Malah isu tak pandai masak Aima ni menjadi punca mamanya tidak mahu menerima Aima sebagai menantu dulu.
Aima menghadiahkan senyuman manis buat Naufal.
Ni de weixiao shi zui piaoliang de. Ai, Wo zhen de hen ai ni...
Aima tersenyum manis dengar pujian suaminya. Mujurlah dia pensyarah bahasa cina, Kalau tak sudah tentu terkial-kial dengar pujian dari suaminya.
Naufal tergelak kecil melihat muka isterinya yang kemerahan menahan malu.
Hao la! ni qu xizao xian. Hen chou!” (Sudahlah. Abang pergi mandi, busuk!) Rambut kusut suaminya digosok kuat. Saja nak mengelak dari rasa malu. Muka
“Eleh! Yang busuk ni juga Ai suka peluk.” Naufal gelak lagi melihat muka isterinya yang semakin merah menahan gelak. Alahai Ai! Dia yang kenakan Naufal, tapi dia juga yang malu akhirnya.

Ni de weixiao shi zui piaoliang de. – Senyuman awak ialah yang paling cantik.
Wo zhen de hen ai ni...- saya sangat mencintai awak.



“Abang….” Panggil Aima manja.
Naufal angkat kening memandang isterinya. Tangan menyedok bubur kacang merah kegemarannya. Ditambah ke dalam mangkuk buat kali ketiga. Sedap!
Err… abang nak rehat hari ni?” tanya Aima perlahan. Tahu setiap sabtu ahad, Naufal lebih suka berehat di rumah saja.
Naufal suap isterinya sebelum menjawab soalan Aima. “Kenapa?”
Aima mengunyah kacang dalam mulutnya. “Kita keluar shopping nak? CNY dah dekat. Aima ingat nak beli sikit untuk ma.” Beritahu Aima.
“Nak pujuk hati mertualah tu.” usik Naufal walaupun dia tahu setiap tahun baru cina pasti Aima akan beli sesuatu untuk mamanya.
“Abang…” rengek Aima diusik oleh Naufal.
Naufal tergelak kecil. “Sayang nak beli apa?”
Aima geleng kepala. “Tak tahu lagi. Kita tengok dulu.”
“Ala… tahun ni tak payah beli pun tak apa. Bila ma tahu sayang dah mula masak, ma mesti gembira tak terkata nanti. Cayalah cakap abang.” Gelak Naufal lagi. Mamanya bukan tidak suka Aima seratus peratus. Aima pandai ambil hatinya, kalau mula-mula kahwin dulu memanglah. Tapi sekarang Naufal sendiri nampak perbezaannya sedikit demi sedikit.
“Naufal Tan Chen Wei! Tak baik tau cakap ma macam tu.” tegur Aima kegeraman. Suka benar suaminya jadikan isu mama yang tak sukakan dia pasal tak reti masak tu sebagai gurauannya.
Naufal tersengih kecil. Kalau Aima sebut nama penuhnya tu, memang tanda isterinya tak suka. Lama tak dengar Aima sebut namanya macam tu. Dulu waktu usha isterinya. Aima selalu saja sebut nama islam dan nama cinanya sekali bila marah. “Sorry…



Jemari yang bersilang dikemaskan. Memberi kekuatan pada isterinya.
Aima senyum memandang Naufal yang setia di sisi. Rasa rendah diri dengan kekurangannya sedikit berkurang melihat seraut wajah yang turut membalas senyumannya. “Isteri abang yang paling cantik.” Ucap Naufal lagi.
Hari ni Aima keluar tanpa sarung tangannya bagi menutup jemari kiri yang agak cacat kerana kesan terbakar dulu. Permintaan suami setiap kali mereka keluar berdua, Naufal meminta agar Aima tidak memakai sarung tangannya.
Thanks abang.”
Sesekali Aima perasan pandangan orang pada mereka berdua. Muka cina suaminya memang mengundang rasa pelik pada orang yang memandang mereka. Lebih-lebih lagi bila mereka berpegang tangan ketika keluar bersama.
Ketika mula berkahwin dulu, memang dia segan. Tapi lama kelamaan, Aima sendiri terbiasa dengan pandangan itu pada mereka. Kata Naufal, buat apa nak malu. Mereka halal untuk berpegang tangan.
“Abang perasan kan salesgirl kedai tadi tu tengok abang sampai tak berkelip?” tanya Aima pada suaminya.
Naufal tergelak kecil. Tak sangka isterinya turut perasan benda yang sama. Naufal sendiri takut dengan pandangan budak perempuan tu tadi. Dia terus peluk bahu isterinya yang sedang memilih baju tadi tu.
“Nasib Ai la dapat suami handsome.” Ujar Naufal sambil tergelak kecil memuji diri sendiri.
Aima mencebik. Dalam hati dia tetap akui wajah kacak suaminya. Lelaki kacukan cina-jerman ini memang cukup pakej. Kacak, pandai bergaya dan berkerjaya. “Nakal.”
“Dengan Ai seorang saja.” Jawab Naufal selamba. Kini tangan memeluk bahu Aima. Menyakinkan semua orang bahawa Aima isterinya. Kecacatan tangan isterinya langsung tidak memberi kesan padanya.
Kadang Naufal sendiri perasan pada mata-mata lelakinya yang memandang muka cantik isterinya. Dia sendiri tahan hati membuang rasa cemburu. Cuma lelaki lain akan terus menjauhi isterinya bila tahu kekurangan Aima pada tangan kirinya. Itu yang dia tahu melalui cerita Aima suatu ketika dahulu.
“Rasanya ma akan tanya tak pasal anak tahun ni?” tanya Aima tiba-tiba tatkala memandang sepasang suami isteri yang berjalan melintasi mereka sambil menolak stroller bayi.
Naufal terdiam seketika. Senyuman kecil dihadiahkan pada isterinya. “Kalau ma tanya, Ai kena siap tadah telinga ajelah…” seloroh Naufal bagi menghilangkan rasa gusar isterinya.  Biasalah. Bukan ma seorang saja yang mempersoalkan isu anak, mak Aima pun selalu tanya pasal anak pada mereka. Memandangkan ini tahun ketiga mereka berumahtangga. Sudah tentu isu anak akan diungkit lagi.
Aima mengeluh kecil. Setiap kali perjumpaan keluarga dua isu yang tidak akan lari dari mereka berdua. Satu pasal Aima yang takut nak masak, lagi satu ialah isu anak. ‘Ya Allah. Berikanlah aku dan suamiku kekuatan untuk menghadapi ujian dariMu.’ Doa Aima dalam hati.
“Abang pun sama ye. Kalau ma tegur. Abang senyap aje tadah telinga.” Pinta Aima pada suaminya. Naufal tu bukan boleh kira sangat. Boleh jadi waktu ma tegur, sedap ikut dia saja mengusik dan buat gurauan pada ma waktu tu jugak.
Naufal angguk. “Ai, nasib baik kita tiada isu antara dua darjat atau cinta dua agama tidak terlekat pada kita. Kalau tak sungguhlah. Cukup pakej!” seloroh Naufal mengundang tawa kecil dari Aima. Dia turut setuju dengan suaminya.
Aima cukup bersyukur keluarga kedua belah pihak tidak ambil kira pasal berlainan kaum. Lagipun Naufal memang menjadi saudara islam tiga tahun sebelum mereka kenal satu sama lagi. Keluarga Naufal pula memang kacukan dan tidak kisah bila Naufal kahwin dengan orang melayu. Pasal nama keluarga cina Naufal pula akan disambung melalui anak lelaki dari adik Naufal yang lain.



“Banyak buah bang. Takut tak habis nanti.”
Naufal angguk. dua kotak yang dibawa masuk ke dapur dipandang. Kepala digaru walaupun tidak gatal. Si isteri yang sedang buatkan teh untuknya dipandang sekilas.
“Macam mana ni Ai? Tu ada tiga kotak yang belum berbuka lagi.”
Aima gosok mukanya. Tiga kotak lain yang dibawa oleh Naufal dua hari lepas turut dipandang. Dia berfikir sejenak.
“Macam nilah. Kita bawa dua kotak ke masjid malam ni. Bagi-bagi dekat jemaah nanti. Lagi dua nanti saya bawa ke kampus bagi dekat pelajar. Lagi satu ni kita asing-asing dalam plastik bagi jiran. Banyak sangat ni bang. Kita dua je bukan habis makan.” Cadang Aima. Ramai kawan-kawan suaminya bagi buah oren sampai berkotak-kotak kepada mereka. Nnak bawa balik rumah ma, dekat sana pun banyak buah.
Aima berjalan ke meja makan dengan gelas teh suaminya. Tangan melambai sebagai tanda agar suami mendekati dirinya. Seperti biasa, balik rumah Naufal pasti dihidangkan dengan teh panas atau sejuk. Naufal lebih minat minum teh berbanding milo atau kopi.
“Itulah. Abang pun binggung tadi. Tak nak ambil macam tidak elok pulak. Tu yang abang ambil je. Nanti Ai tolong abang asingkan dalam plastik untuk bagi jiran-jiran. Yang dua kotak ni kita bawa waktu solat maghrib dekat masjid nanti.” Balas Naufal. Dia ikut duduk bersebalahan dengan isterinya.



Tahun Baru Cina tahun ni meriah seperti biasa. Aima memeluk Catrine Tan. Adik ipar yang paling rapat dengannya. “Ai, ni wei shenme yue lai yue pang? (Ai, kenapa makin lama makin berisi?)” tanya Catrine berbahasa cina pada isteri abang sulungnya. Agak lama dia tidak menjenguk abang dan kakak iparnya. Tidak sangka Aima semakin berisi.
Shi ma?! (Betulkah?)” Bulat mata Aima. Badannya ditilik. Rasa memang diri semakin berisi sejak dua tiga bulan lepas. Selera makannya pun makin banyak. Lebih-lebih lagi bila dia semakin berani masak sendiri tanpa pengawasan suaminya.
Ge zui xihuan ta ze yang. Pang de zui keai la! (Abang paling suka dia macam ni. Berisi la paling comel!)” puji Naufal yang tiba-tiba saja muncul dari belakang Aima. Bahu isterinya dipaut.
Cat! Wo zhen de hen fei ma? (Cat! Betulkah saya makin gemuk?)” tanya Aima tanpa pedulikan pujian suaminya.
Na you ah! (Mana ada!)” balas Naufal. Mata dijengil pada Catrine yang sudah mula menghasut kepala isterinya. Aima bukannya gemuk mana pun. Setakat berisi sikit aje.
Catherine tersengih. Abangnya dah bagi signal. “You yi dian la. Aiyoo… ni buyao danxin la. Wo ge shi hao nan ren. Ta hen zhongcheng de. (Adalah sikit. Alaa… awak janganlah risau. Abang Cat lelaki baik. Dia paling setia.)”
Haola. Cat ni qu mang ni de shi la. Syuhh… Syuhh… (Sudahlah. Cat, awak pergi sibuk hal sendiri. Syuhh… syuhhh….)”
Aiyoo… Ai ni buyao danxin la. Ni ye bushi na me fei. Wo duibuqi. (Aiyoo… Ai janganlah risau. Awak bukannya gemuk mana pun. Saya minta maaf.)” mohon Catherine. Rasa bersalah pula komen benda sensitif pasal perempuan ni.
Aima tersenyum kecil. Rasa rendah diri jatuh lagi. Huh! Ni belum jumpa Janet si sepupu ‘tersayang’ suaminya tu. Kalau jumpa gadis tu. pasti disindir Aima lagi. Sekurangnya Aima tahu teguran Catherine tadi itu jujur. Dia kenal Catherine lagi lama dari kenal suaminya dulu.
Naufal bagi signal pada adiknya untuk pergi tinggalkan dia dan Aima bersendirian.
“Abang…” rengek Aima sebaik saja Catherine tinggalkan mereka berdua.
Tergelak Naufal memandang riak wajah kesian isterinya. “Mana ada gemuklah sayang. Okay je abang tengok. Cat tu yang memandai. Abang rasa okay je, nak peluk pun sedap. Tak adalah macam si Cat tu. Rasa tulang aje ada.”
“Pandai je nak ambil hati orang.” cebik Rania. Memandai saja suaminya kutuk adik sendiri.
Naufal gelak lagi. “Abang nak makan oren tak? Ke dapur jom.” Ajak Rania sebelum ada tetamu yang datang mengunjung. Baik mereka jadi tetamu di rumah ma dulu.
“Sayang ni. Semalam dalam perjalanan ke sini pun dah entah berapa puluh buah oren tu dimakannya. Sakit nanti, kan susah.” Nasihat Naufal. Sampai rumah ma pun buah itu juga yang dicari isterinya.
Aima tersengih. Marah-marah suaminya tapi Naufal bawa juga dia ke dapur untuk makan limau. Mereka ikut sekali Cat dan ma yang duduk bercerita di dapur.
Wan le mei you? (Dah habis ke belum?)” tanya ma pasangan suami isteri itu.
Naufal dan Aima tersengih. Pasti Cat yang cerita pada ma tadi. Mereka ikut serta adik kedua Naufal. Tahun ni cukup mereka saja yang temankan ma sambut tahun baru cina. Elizabeth Tan dan Natasha Tan pula tidak dapat pulang ke Malaysia. Masing-masing ada tanggungjawab di luar negara bersama suami masing-masing. Catrine saja yang belum berkahwin sampai sekarang.
Da shao!Ma shuo ni yijing keyi chushi.Zen de ma? (Kak ipar! Ma cakap awak dah boleh masak. Betulkan?)”
Aima senyum menganguk. Malu dengan soalan Catrine walaupun gadis itu kawannya.
Ni zai yao xue duo yi dian. (awak perlu belajar banyak sedikit lagi.)” pesan ma pada Aima. Dia sudah pun merasa air tangan Aima. Boleh tahan sedap juga pada pandangannya. Dia tidak boleh nak paksa Aima masak sedap taraf lima bintang memandangkan menantunya baru saja belajar masak.
“Ma ni keyi jiao wo shi?” sengih Aima menyoal. Pasti ma lebih tahu masak tentang masakan kegemaran Naufal. Kalau suaminya nak makan sesuatu yang sedap pun. Selalunya ma yang akan masakkan untuk Naufal memandangkan Aima tidak tahu masak sebelum ni.
“Ni yao duo yi dian lai wo de jia la. (Awak perlu belajar lebih sedikit.)”
Aima terus peluk ma yang duduk sebelahnya. Gembira. “Yeay! Mei wenti. (tiada masalah.)”
Catrine dan Naufal sekadar tersenyum kecil. Selesai satu masalah. Ma memang mula dapat terima Aima sebagai menantu di rumah tersebut. Ala… perkara kecil saja pun bagi mereka. Cuma sebab ma tu seorang ibu. Mak mana tak risau bila anak dapat isteri yang tidak berani nak masak.




Aima mencebik tetamu yang sudah lama datang melawat itu. dari pukul lima petang sampai sebelas malam ni tak reti nak balik. Dia menapak ke ruang tamu untuk ikut serta keluarga itu menonton drama Taiwan yang menjadi kegemaran adik iparnya.
Tempat sebelah suaminya diambil. Tangan sebelah memegang jus oren yang baru saja di blender bersama ice cube, campur sikit dengan susu. Pergh! Sedap!
“Ai. Kenapa minum oren sejuk waktu malam ni. Nanti sakit perut.” Tegur Naufal perlahan pada isteri disebelahnya.
Aima tersenyum sikit. Tahu Naufal pantang tengok dia minum sejuk waktu malam. “Sedap. Abang nak?” tanyanya manja. Saja nak mengusik Naufal yang sudah masam seperti rasa jus orennya.
“Nakalkan.” Hidung isterinya dicubit kegeraman.
Tergelak kecil Aima dengan tingkah suaminya. Lama-kelaman boleh ikut mancung hidungnya seperti Naufal.
Last tau. Lepas ni jangan terfikir nak makan oren tu lagi. Nanti sakit perut.”
Aima angkat tangan manja. “Janji.” Mata dikenyit pada suami memujuk.
“You ni Ai, kalau gemuk nanti kan susah. Mesti Naufal tak nak dekat you.” Sampuk Janet. Si sepupu encik suami yang tidak pernah menyenangkan hati Aima. Ada saja ayat menyakitkan hati keluar dari perempuan tu.
Satu senyuman paksa diukir. “Tak apalah. Abang kata berisi sikit tak apa. Nak peluk best. Kalau kurus kering sangat tulang aje rasa. Keras.” Balas Aima selamba meniru ayat suaminya petang tadi.
Janet merengus. “Suka hati youlah.” Tangan disilang ke dada. Cemburu melihat kemesraan Naufal dan Aima. Dia yang cintakan Naufal terlebih dahulu tapi orang lain yang dapat sepupunya tu.
“Sajakan?” Bisik Naufal ke telinga isterinya.
Aima tergelak kecil. Bibirnya didekatkan ke telinga Naufal. “Balas dendam.” Bisiknya lunak mengoda.
“Nakal!” pipi isterinya digigit sedikit. Kegeraman. Saja nak goda dia. nasib yang ada hanya Catherine dan Janet. Ma dah masuk tidur. Tidak larat nak lama memandang kesihatannya sendiri tidak sihat sangat.



Aima turun ke bawah untuk cari minyak panas. Perut tiba-tiba rasa sakit mencucuk-cucuk. Bila dia tersedar tadi. Suaminya masih lagi tiada di sebelah. Agaknya masih menonton bersama Catrine dan Janet. Aima saja yang tidur selepas habiskan jus orennya. Mata memang tak boleh tahan selepas pukul 12 malam. Tapi sekarang tiba-tiba saja tersedar sebab sakit perut.
Langkahnya terhenti pada hujung tangga. Mata disepetkan untuk memastikan pandangan luar biasa depannya. Ya Allah!
“Janet you buat apa dengan suami I!” tegurnya. Badan automatic tegak berjalan kea rah ruang tamu.
Mata Naufal terbuka. Terkejut dengan suara isterinya. Tapi saat mata celik. Pandangannya terus terpandang Janet yang terlalu dekat dengan dirinya. bibir gadis itu hampir saja menyentuh bibirnya. Tangan laju menolak tubuh Janet darinya. “Ni zai zuo shenme?!” tanyanya kasar.
“I nak kiss suami you. Tu je… Chen Wei pun tak kisah tadi.” Selamba badak saja mayat bergerak ni bersuara.
Berlaga gigi Aima menahan marah.. Mata mencerlung pada gadis itu. Suaminya yang sudah berdiri berjalan dekat dengannya dibiarkan. Orang dah ajak tidur awal tadi tak nak! Nak juga temankan budak dua ni tengok wayang. Sekarang Catrine pun dah tiada. agaknya sudah masuk bilik tidur.
 “You sedar tak dia tu husband I!” balas
“Janet. You better tell the truth! Sayang I tak sedar tadi. I minta maaf.”
“Chen Wei… ni ye zhe dao wo dui ni de kan ching! Wo zhen de hen ai ni! (Chen Wei,, awak pun tahu perasaan saya pada awak. Saya sangat cintakan awak!)” rayu Janet.
Stop it Janet! You know how much I love my wife. Stay away from me! I will never love you but don’t’ make me hate you. Jom sayang. Jangan layan mayat bergerak ni.” lepas bagi amaran. Tangan isterinya ditarik pergi dari situ.
“Lepas ni jangan terfikir nak tengok wayang sampai tengah malam kalau mayat bergerak tu ada.” Giliran Aima pula bagi amaran pada suaminya. Pegangan tangan suaminya dilepaskan.
 Langkah sengaja dibesarkan meninggalkan suaminya. Tadi dia memang sudah berpesan awal-awal pada Naufal. Jangan lupa tidur awal! Masuk bilik. Tengok wayang dalam bilik kalau nak! Jangan nak layan sangat perangai Janet yang selalu lepas laku tu. depan Aima pun boleh suka hati nak pegang tampar lengan suaminya, inikan pula belakang Aima. Lagipun dalam bilik mereka, memang dah tersedia tv flat screen yang dipasang oleh suaminya.
Naufal mengeluh kecil. Memang silapnya tadi tu. Sekarang wajib fikir cara nak pujuk isterinya yang sedang merajuk tu.
Kaki mula mendekati isteri yang sedang duduk atas katil itu. Hatinya tiba-tiba gusar memandang Aima sedang membongkok memegang perut. “Ai sakit ke?” tanya Naufal tanpa fikir panjang. Niat nak pujuk terus terbang hilang ke mana melihat keadaan isterinya.
“Abang tahu ma letak minyak angin dekat mana? Ai sakit perut.” Pinta Aima. Air mata mula keluar setitik dua. Puas menahan sakit dari tadi! Semua gara-gara Janet. Tak pasal terbantut niat nak cari minyak angin.
“Sayang baring dulu. Abang pergi cari.” Arah Naufal. Tubuh isterinya dipapah lalu dengan hati-hati dia baringkan ke atas katil.
Dengan berat hati Naufal terpaksa keluar mencari minyak angin ma. Selalu ma letak dalam rak tepi tangga tingkat bawah. Kesian pula isterinya. Pasti Aima ke bawah tadi sebab nak cari minyak angin, tapi rasa bersyukur turut terselit. Sekurangnya Janet tidak sempat ber buat apa-apa tadi.
Setiba dalam bilik mereka. Naufal besarkan langkah apabila terdengar suara orang muntah dalam bilik air. “Ai. Kita ke hospital. Risau abang tengok keadaan Ai ni.” tutur Naufal lembut. Belakang isterinya diusap perlahan.
Aima geleng kepala perlahan. “Kita pergi esok je bang. Ai tak larat sangat. Lagipun lepas muntah tadi dah elok.” Pujuk Aima perlahan. Badannya dipimpin ke atas katil semula lepas basuh muka membuang sisa muntah tadi.
“Abang dukunglah masuk kereta. Kita pergi ya.”
“Esok je bang. Tak apa… Ai nak tidur peluk abang je. Boleh?” Pujuk Aima manja. Dia sakit perut pun mungkin disebabkan terlalu banyak makan limau mandarin.
Naufal tersenyum kecil. “Lepas abang letak minyak dekat perut sayang.”
Angguk.
Selesai urut perut isterinya. Naufal basuh tangan kemudian terus naik atas katil sebelah isterinya. Aima yang belum tidur itu dipeluk. “Abang minta maaf pasal tadi. Salah abang tak dengar cakap Ai. Patut abang masuk awal je tadi.”
“Jaga abang untuk Ai. Jangan sesekali biarkan perempuan sentuh abang sesuka hati. Ai tak suka.” beritahu Aima perlahan. Mujur tadi tu dia nampak sejelasnya encik suami tengah tidur. Kalau tak niaya aje Naufal kena fitnah.
“Baiklah. Abang hati-hati lepas ni.”
Thanks abang.” Ucap Aima sambil kemaskan pelukan suaminya. Sempat bibir mencium lengan lelaki itu yang dengan dengannya.




Hari ni agak lewat Aima bangun. Suaminya pun sudah tiada di sebelah. Lepas solat subuh tadi, Naufal suruh Aima sambung tidur balik memandangkan keadaan isterinya mash lemah.
Suara kuat dari tingkat bawah sampai ke telinga Aima yang baru saja selesai mandi. Dia sekadar pakai dress labuh paras lutut dipadankan dengan skrit dan selendang ungu kegemaran suaminya.
Dia malas nak turun bawah. Malas nak bertembung dengan mayat hidup yang suka mengacau suaminya tu. Tapi tergaru juga hati nak tahu siapa yang tinggi-tinggikan suara di bawah.
Akhirnya Aima sendiri buat keputusan turun ke tingkat bawah. Tidak patut sungguh bangun lewat di rumah mertua. Buat jatuh saham aje.  Sampai di pertengahan tangga. Terdengar suara Naufal dan ma yang memarahi Janet. Sayup-sayup suara Janet meminta maaf pada Naufal dan ma.
“Apa dah jadi?” tanya Aima pada Catrine. Iparnya sekadar senyap saja di tepi ruang tamu.
Ge marah pasal semalam. Duibuqi Aima. Kalau bukan sebab I yang ajak ge dan Janet tengok movie pasti tak jadi macam tu. Semalam tu I dan Janet dah masuk tidur. Tinggal ge di ruang tamu. Tak tahu ge tertidur di sofa. Lepas tu Janet terbangun dan nampak ge tertidur di sofa.” Lengan Aima dipeluk perlahan.
It’s okay. Jangan risau. I percaya Naufal. Ingatkan semalam dah settle. Tak sangka dia sambung marah lagi pagi ni.”
“Apa pula tak marah. Tadi tiba-tiba saja pegang tangan ge. Ge tukan muslim. Perempuan lain tak boleh pegang. Hah kena semburlah. Ala… ge dari dulu selalu pesan dekat kita orang pasal tu. Janet tu yang selalu pekak.”
Aima tersenyum kecil. “Jom ke dapur Cat. I nak breakfast la. lapar. Dah la bangun lewat. Nasib ma tak marah.”
“Jom I temankan. Malas I nak tengok drama Janet tu.” tangan Aima dipimpin ke dapur. Bagus lagi dia temankan kakak ipar merangkap kawannya berbanding dengan Janet. Dia dan sepupunya tu memang tidak pernah sebulu dari kecil. Janet terlalu sosial berbanding mereka adik beradik. Naufal terlalu ambil berat pasal adik-adik perempuannya walaupun berlainan agama.
“You duduk dekat bangku tu. Biar I buatkan susu panas. Ge cakap you tak sihat semalam.” Arah Catrine sambil bantu Aima duduk di kerusi pada meja makan. Makanan dan barang dapur mereka semuanya boleh diguna oleh Aima dan Naufal. Sejak abang mereka masuk islam lagi barang dapur semuanya ditukar. Ma pun lebih berhati-hati membeli barang dapur dan makanan halal. Jika mereka hendak makan sesuatu yang tidak dibenarkan oleh islam. Mereka hanya akan makan di kedai saja. Ma sangat menghormati agama yang dianuti oleh anak lelakinya.
“Sakit perut sikit. Nasib tak apa-apa. Mungkin sebab banyak sangat makan limau. Dekat rumah hari tu berkotak-kotak. Takde pulak I makan. Ni dekat rumah ma, bukan main banyak I bantai. Selera lain pula sampai sini.”
Catrine tergelak kecil. “Macam-macamlah perut you ni.”  dia bergerak untuk sediakan susu panas buat Aima.
“Sayang. Kenapa ke dapur tak beritahu abang.” Sapa Naufal yang masuk ke dapur bersama ma.
“Tak apalah. Kenapa abang marah Janet pasal semalam lagi? Kan benda dah lepas.”
“Malas abang nak ulang balik cerita. Nanti-nantilah. Budak tu pun dah balik rumah dia. Sayang macam mana? Dah okay sikit?”
Aima senyum mengangguk. “Okay dah. Alhamdulillah.”
“Tapi nanti kita ke klinik jugak ye. Periksa je. Jangan degil. Muka sayang tu pucat!”
“Betul tu Ai. Nanti pergi klinik ikut Naufal.” Kini ma pula bersuara. Risau tengok muka pucat menantunya. Lebih lagi pasal kes anak saudaranya. Kesian pula tengok Aima yang kena layan perangai Janet tu. Menyusahkan isteri dan anaknya sungguh!
 “Baiklah. Nanti Ai pergi dengan abang. Ma dan abang dah sarapan? Maaf sebab ai lambat bangun pula hari ni.”
“Tak apalah. Ai pun tak sihat. Ai minumlah dengan Naufal. Ma dah minum tadi. Ma nak masuk dalam dulu.”
Naufal dan Aima sekadar senyum mengangguk sambil menghantar ma dengan pandangan mata.
“Nah susu untuk kakak ipar tersayang. I pun nak masuk. Selamat bercinta.”
Muk diletak atas meja. Catrine kenyit mata pada pasangan itu lalu masuk ke ruang tamu meninggalkan pasangan itu.
Dahi Aima dicium. “Sayang…” rengek Naufal sambil memeluk isterinya.
Aima sabarkan sajalah hatinya. Faham sangat sikap manja suaminya tu. Malah makin hari makin manja.
“Nak susu?” tanya Aima pada suaminya. Susu dalam muk yang dibuat oleh iparnya tadi tinggal separuh baru nak tawarkan untuk suami.
Naufal geleng kepala. mata jeling manja pada Aima. “Minum bagi habis sayang. Jangan nak mengelat.” Tahu Aima tak suka minum. Nak pelawa dia konon. Macamlah dia tidak tahu rancangan isterinya tu.
Tergelak kecil Aima dengan teguran suaminya. “Minumlah sikit. Kongsi minumankan best…” Pujuk Aima dengan suara mengoda. Tak larat dia nak habiskan satu gelas muk tu. dia tidak suka minum susu. Rasa kelat di tekak!
Satu idea nakal terlintas di kepala Naufal. Dia tersenyum nakal. Badan tegak memandang isterinya. “Aah. Lupa pula abang. Kongsi minuman memang bestkan.”
Laju kepala Aima mengangguk. Namun belum sempat tangan menghulur muk bibirnya sudah disapa dengan bibir suami. Eh! Ambil kesempatan pula Naufal ni.
Tercengang Aima seketika. Terkebil-kebil selepas dicium oleh suami.
Hurm… manis rasa susu tu.” usik Naufal.
Saat Aima tersedar. Tangan laju mencubit lengan suami. “Abang ni sajakan… ambil kesempatan.”
“Abang pulak? Tadi cakap nak kongsi minuman. Hah kongsilah tu. Memang best.” Jawab Naufal lagi tergelak kecil.
Merah muka Aima menahan malu. “Eee… orang tua ni! Tak senonoh.”
“Dah. Dah. Kalau tak nak abang kongsi minuman macam tadi. Cepat habiskan susu dalam muk tu. Pandai nak elak minum susu konon.” Ujar Naufal sambil memandang isterinya tanpa berkelip.
Tak sampai seminit Aima habiskan susu dalam muk. Sekali teguk engkau hah! Takut dengan amaran suaminya.
“Dah habis.” Termengah-mengah Aima minum tanpa henti.
Naufal tersenyum kemenangan. “Sampai comot bibir sayang ni. Minum tak sopan betul. Minum susu pun payah.” Leternya lagi.
Aima tersenyum. Malu juga kena sebijik dari suami. Gara-gara nak habiskan susu tadi, sampai nak minum depan suami dengan kesopanan hakiki.
Tangan meraba bibir bagi menghabiskan sisa susu yang melekat.
“Mari sini abang tolong bersihkan.” Arah Naufal sambil mengalihkan tangan isterinya yang membersihkan mulutnya tu. Geram pula Naufal tengok. Comel saja gaya Aima. Mengoda pun ada.
“Eh takpa. Takpa.”
Cupp!
Ah sekali lagi Aima kalah dengan Naufal. Sebab tu dia nak mengelak bila Naufal tawar diri nak membersihkan sisa susu dibibirnya. Dia dapat agak langkah Naufal seterusnya. Tak salah lagi tekaannya. Sekali lagi bibir menjadi habuan bibir suaminya. Nakal! Grr…



3 tahun kemudian.
“Naim! Sini…”
Jerit Aima pada Naufal ‘junior’. Si kecil berlari terkedek-kedek mengejarnya.
“Naim kacau adik lagi tak?” tanya Aima. Habis anak daranya seorang tu menangis dikacau oleh si abang.
Naim tersengih. Angguk dengan muka innocent si kecil.
 Alahai tak sanggup Aima nak marah. “Janganlah kacau adik macam tu sayang. Kan adik dah nangis.” Aima pula rasa nak nangis sekarang ni. Abang cepatlah balik!
“Adik… nagish?” tanya si kecil. Pelat.
Aima mengangguk. Airina yang baru setahun lebih itu didukung. Puan Aima pujuk tapi langsung tidak berkesan. Satu masalah baginya jika Airina menangis tak henti-henti. Ubatnya hanya Naufal seorang saja. Anak pa seorang ni memanglah manja berganda-ganda macam papanya jugak.
“Auchak!” Naim pula cuba untuk menenangkan Airina. Tapak tangan menutup muka kemudian dibuka mengejutkan si adik. Kononnya nak pujuk tapi makin kuat tangisan Airina hingga Naim sendiri fed up nak pujuk.
Aima tersenyum kecil melihat gelagat anak sulungnya. Alahai! Baru dua. Ragamnya macam dua puluh.
“Kesian sayang. Dari luar lagi abang dah dengar suara Ai junior ni menangis.” Tegur Naufal yang menapak masuk ke dalam ruang tamu. Kuat suara anak perempuan mereka sampaikan dia bagi salam pun Aima tak dengar.
Aima berpaling memandang suami yang baru masuk. Dia sahut dengan senyuman kecil. Airina dalam dukungan kini diambil oleh Naufal. Tidak sampai beberapa minit senyap si puteri kecil.
Aima mengajak suaminya duduk di sofa panjang. Kesian pula pada Naufal. Balik kerja kena dengar suara ‘merdu’ tangisan Airina. Dia bantu mengurut lengan suaminya sementra Naufal menidurkan Airina yang dalam dukungannya. Naim pula sudah sambung main lego atas permaidani.
“Naim kacau adik?” tanya Naufal pada Aima.
Isterinya senyum mengangguk. “Siapa lagi bang. Naim tulah.” Sejak mengandung anak ketiga ni. Nakal Naim tu berganda-ganda, Airina pula makin manja. Kacau sikit oleh abangnya terus menangis. Dah tu nak Naufal saja pujuk. Orang lain tak nak!
Naufal cium dahi isterinya. Jelas terbias wajah kepenatan Aima yang sedang mengandung sembilan bulan tu. Naufal nak upah pengasuh bantu isterinya buat kerja tapi Aima sendiri menegah. Dia lebih suka urus keluarganya sendirian.
“Kesian isteri abang. Penat jaga budak dua ni…”
“Tak apalah. Abangkan ada. Boleh urut Aima malam-malam.” Usik Aima. Setiap malam suaminya akan bantu dia mengurut kakinya setiap malam. Sejak mengandung Naim dulu lagi Naufal akan urut kaki dan tangan isterinya setiap malam. Bukan itu saja, pakainan mereka pun Naufal yang basuh setiap malam. Dia menegah sebab kesian Naufal penat balik kerja tu kena bantu dia pula tapi suaminya keluar suara veto setiap kali tengok Aima buat kerja berat. Mujur juga tugas masak tu memang Aima yang telah ambil alih.
“Abang dah settle kerja di ofis. Sebulan ni abang jaga Ai di rumah. Bantu mana patut.” Beritahu Naufal. Bulan tunggu nak bersalin ni, Naufal memang akan mula bekerja di rumah. dulu waktu mengandungkan Naim lagi dahsyat. Sembilan bulan dia mengandung, sembilan bulan jugalah Naufal kerja dari rumah. setiap hari setiausahanya datang bagi laporan.
Bila mengandungkan Airina, Aima pujuk siap-siap tunggu bulan nak bersalin saja baru Naufal kerja dari rumah. Itupun lepas dia goda baik punya sampai Naufal setuju. Waktu mengandung Airina tu, manja dan sikap mengoda Aima mengada-gada. Tu yang Naufal kalah tu. Tapi bila bayi keluar, manja tu rupanya dari si puteri kesayangan mereka.
Thanks abang.”
Naufal tersenyum penuh makna. Ah sudah! Aima tahu pandangan penuh bersirat suaminya tu. Kalau waktu Airina dia terlebih manja, sekarang giliran Naufal pula kuat bermanja. Dia pun tahan sajalah. Naufal yang tidak suka culas kerja pun, makin culas sejak Aima mengandung anak ketiga mereka ni. Kadang tu bila masuk bab nak bermanja Naufal,  pergi kerja tak sampai setengah jam dah terconggok depan pintu. Nasib baik syarikat sendiri! Kalau makan gaji tak pasal-pasal kena pecat.
Apalah gelagat anak-anaknya ni. Waktu lahir Naim dulu, gila makan buah oren sampai masuk hospital. Sampai pening Naufal kena cari buah limau mandarin bila Tahun Baru Cina habis. Lepas tu semua warna oren menjadi kegilaan Aima. Kalau boleh semua benda warna oren dia nak. Aima ingat lagi waktu tu, kejutan tahun baru cinta yang mereka dapat sungguh mengembirakan. Tak sangka ketika buat pemeriksaan kesihatan Aima, rupa-rupanya dia mengandung masuk tiga bulan waktu tu! Aima ambil keputusan untuk berhenti kerja sejak disahkan mengandung. Naufal pun bersetuju dengan cadangan isterinya yang nak jadi suri rumah sepenuh masa waktu tu.
Ciuman di pipi mengejutkan Aima dari lamunan.
“Ingat siapa tu sayang? Abang sebelah ni pun masih nak mengelamun.”
Aima tersengih memandang suami yang sudah monyok di sebelah. “Ingat abanglah. Nak ingat siapa lagi.” Beritahu Aima jujur.
Naufal meletakkan Airina yang sudah tertidur itu atas katil bayi sebelah sofa mereka. dia kembali duduk sebelah isteri. Penat kerja terus hilang bila tengok muka isteri tercinta. Jemari Aima dielus lembut. Kesan hitam pada tiga jari isterinya dipandang. Dia bawa ke mulut mencium tangan yang banyak berkorban untuk keluarga mereka.
“Abang tak menyesalkan kahwin dengan Ai?” tanya Aima pada suaminya. Perasan mata suami yang memandang kesan pada jarinya.
Naufal tersenyum. Dia baring berbantalkan paha isterinya. Jemari Aima masih dalam pegangannya.
Wo ai ni… zhen de zhen de ai ni.
Aima tersenyum dengan jawapan suaminya. “Ai pun. Ai cintakan abang. Sangat sangat mencintai abang.” ucapnya pada Naufal pula. Mengajuk ayat suaminya dalam bahasa melayu.
“Kesan pada jari-jari ni bukan kehendak sayang. Jangan sesekali rasa rendah sebab kesan terbakar ni. Ni bukan kekurangan bagi abang. Ni keunikan. Hanya isteri abang seorang saja yang ada.” Ucap Naufal romantis. Kesan terbakar itu punca dari kebakaran rumah Aima ketika dia kecil dulu. Terbakar bila dia kacau arwah ayah masak untuknya ketika mak keluar pergi beli barang.
Menurut isterinya, waktu tu dia lapar. Jadi arwah tolong masakan untuk mereka berdua. Entah apa silapnya, Aima kata api tiba-tiba saja merebak. Demi selamatkan Aima, arwah ayah meninggal dalam kebakaran. Aima pula terselamat bila dilempar keluar dari tingkap dapur ke bawah dan disambut oleh jiran yang datang bantu padamkan api. Waktu tu isterinya baru berumur 7 tahun. Gara-gara kejadian itulah Aima tidak berani depan dengan dapur gas hingga tidak berani hendak masak.
Air mata Aima tiba-tiba mengalir. Tersentuh dengan kata-kata suaminya.
I love you abang. Love you so much.” Badan ditunduk sedikit mengucup dahi suaminya.
Pa.. ma… wo duzi er…” tiba-tiba Naim yang senyap tadi berdiri depan mereka pegang pergi.
Naufal dan Aima pandang satu sama lain. Mereka tergelak kecil. “Sayang. Lepas habis pantang. Abang nak hantar budak-budak ni tinggal rumah mak seminggu dua. Lepas ada anak ni. Susah nak bercinta dengan sayang. Ada saja potong.” Beritahu Naufal sambil angkat badan untuk duduk. Tangan mengamit memanggil Naim dekat dengannya. Kepala si kecil dielus.
Aima sekadar senyum. Kepala digeleng dengan sikap manja suami dan anaknya. Dua kali lima aje. “Ai nak ambil teh abang. Tadi Ai dah siapkan atas meja bila dah agak abang dah nak sampai. Lupa pulak. Naim tunggu sini dengan pa. Ma ambilkan kek untuk Naim sekali.” Sibuk sangat bercinta sampai si anak datang serah diri pegang perut sebab lapar.
Aima yang hendak berdiri itu dihalang. “Tak apalah. Biar abang pergi ambil. Sayang duduk sini. Sayang letak kek dalam petikan?”
Aima senyum menangguk. Stok kek coklat kegemaran suaminya memang wajib kena ada sejak Aima reti buat kek.
“Ai tunggu kejap. Abang pergi ambil. Naim jaga mama, jangan kacau adik.” Sempat Naufal memberi pesanan buat hero mereka yang suka mengusik Airina. Perut Aima yang membulat dicium penuh kasih sebelum tinggalkan isteri dan anak-anaknya di ruang tamu.
Love you sayang.” Mata sempat lagi dikenyit untuk isterinya.
Aima tersenyum kecil. Bahagia dengan keluarga kecilnya. Ada suami tercinta dan anak-anak sebagai pelengkap. Sungguh! Bahagia milik mereka.

P/S : Happy CNY to All my family and friends!! buat aunty2, uncle2 and family faz semua, cikgu-cikgu cina semua dan kawan-kawan rapat dan di luar sana. Happy CNY ta jia! faz baru sihat sikit dari kena jangkitan kuman, seminggu cuti tak dpat gerak banyak so entri rasanya sempat masuk yang ni je . sebab start sibuk buat video dan design2 yang tertinggal. tu buat cover cerpen ni pun cincai je, jadi ada. 
Thanks sebab sudi baca. jangan lupa komen! oh ya kalau x sedar faz taip pinyin berterabur harap maaf la ya. hee~



Novel : Secebis Cinta Intan bab 6

$
0
0


Walaupun tanpa Hakimi, Intan cekalkan hati untuk menghadiri majlis perasmian butik Datin Manisah. Satu keluhan kecil dihembus, walaupun bertahun menceburi bidang perniagaan. Intan masih belum mampu berinteraksi dengan orang-orang kenamaan seperti Hakimi. Lagipun dia tidak banyak kenalan di Malaysia. Syarikat Intan terkenal tapi tuan punya syarikat sampai sekarang tidak ramai yang tahu.
Mata Intan melilau, mencari sesiapa yang mengenali dirinya. Sekurangnya boleh juga bertukar cerita. Senyuman gatal dan pandangan miang padanya langsung tidak dipedulikan. Mood pun dah immune dengan pandangan bernafsu padanya. Sejak kali mula melangkah masuk dewan lagi Intan sudah menarik perhatian semua orang yang lalu dengannya.
Bagi Intan dia terlalu mahal untuk melayan semua orang. Dia sekadar menyapa Datin Manisah dan mengucap taniah pada wanita itu selepas itu dia sekadar berdiam diri di tepi dewan sambil memerhati keliling mencari targetnya.

Satu senyuman mengoda dihadiahkan untuk lelaki yang sedang berjalan sambil memeluk pinggang pasangannya. Lelaki itu nyata tersentak dengan kehadiran Intan. Pandangan mereka bertaut, gadis yang masih dalam pelukan itu kini tidak menarik perhatiannya. Intan tidak habis-habis memainkan peranan sebagai seorang gadis cantik dan seksi, satu kenyitan mata sepakej dengan senyuman manisnya ditujukan khas buat Adif.
Kalau tak tergoda lagi sahlah si Adif ni buta!
Laju Adif meminta ruang seketika dengan alasan hendak ke tandas pada teman wanitanya. Lagipun Erni sedang sibuk mempromosikan baju yang sedang diperaganya pada klien mamanya.
“Cik Intan?”
Intan senyum mengangguk. “Long time no see...
I miss you.” Ucap Adif tiba-tiba. Pinggang ramping Intan terus dipaut merapatkan tubuh mereka berdua tanpa meminta kebenaran si tuan punya badan.
Sebelah kening Intan naik. Senyuman gembira ditahan. Jual mahal dulu! Tapak tangan diletak atas dada Adif bagi menolak lembut tubuh sasa lelaki itu. “Jangan nak bergurau Encik Adif. I tunggu you contact I. Tapi sekali pun takde...” rajuk Intan dengan wajah menunduk.
Serba salah Adif memandang si cantik yang sedang berkecil hati dengannya. “Oh my dear, kad you tercicir. I dah puas cari tapi tak jumpa jugak. Nak hubungi you pulak tak dapat sebab you selalu saja sibuk memanjang. Kena lalu banyak fasa nak tembus you. Padahal I dah angau you setiap malam...”
Dada Adif dipukul manja. “Sweet talker. Setiap malam ye?” tutur Intan dengan lirikan manja.
Adif tergelak kecil. “You maafkan I?” tanya Adif romantis. Sekali lagi dia kalah dengan wajah cantik Intan. Memang setiap malam dia sukar melupakan Intan, sudahlah dia payah nak buat temu janji dengan Intan. Nak cari gadis itu pun susah! Orang ternamalah katakan. Bukan senang nak dekat.
Intan senyum dan angguk sekali. Mata membalas pandangan Adif. Tanpa sedar keduanya hanyut dengan ciuman dari bibir ke bibir. Terlupa majlis yang sedang berlangsung, terleka dengan pasangan Adif tadi. Seperti pertama kali mereka bertemu dulu, dunia pasti hanya menjadi milik mereka. Adif pandai mengoda dan Inta yang sangat suka mengoda.
“I dah puji yang you sangat cantik malam ni?” soal Adif romantis.
Intan tersenyum mengeleng kepala. Ah! Adif. Walaupun tidak mengetarkan jiwanya namun lelaki itu pandai mengocak hati wanita Intan. Kacak, kaya, romantis dan yang penting lelaki itu sangat memahami rentaknya.
You look so beautiful. I tadi terpesona tengok you and this sexy lips. Can’t take it.” Puji Adif melambung dan sekali lagi bibir Intan menjadi sasarannya. Hati mana tidak riang dapat berjumpa dengan Intan yang berjaya mencuri hatinya sejak kali pertama bertembung. Wajah Intan memang sangat memikat hatinya walaupun baru sekali bersua. Melekat sampai susah nak singkirkan dari ingatannya.
Intan tersenyum riang. Dia keluarkan kad dari clucth miliknya selepas berdrama seketika. “Make sure you won’t lose it again...” kad dihulurkan pada Adif.
Noted!” Adif siap-siap letak kad masuk ke dalam dompetnya.
Enjoy tak malam ni?” pinggang Intan dipaut. Gadis itu kini duduk atas ribanya.
At first sangat boring. Tapi jumpa you. Sekali lagi I tak sia-sia datang sini.”
“Tak nak bida baju you?” tanya Adib memandangkan sekejap lagi sesi bidaan baju akan bermula.
“Atas pentas?”
Adib mengangguk. Pasti ramai yang akan membeli baju yang diperagakan oleh Intan. Tapi yang Adib pasti ramai akan membelikan kerana terpesona dengan tuan punya baju berbanding baju yang dibida!
Tersenyum sinis Intan dengan pelawaan lelaki itu. Belum sempat mulut menjawab bahunya tiba ditolak kuat dan muka Intan habis basah disimbah air oren. “What the...” Intan mengesat muka yang mula melekit dengan air oren. Pedih matanya apabila terkena air tadi. Sungguhlah siapa yang cari maut dengan Intan sekarang.
“Erni!” tengking Adif pada teman wanitanya.
“You diam Adif! Siapa perempuan ni? berani dia duduk atas riba you!” tengking Erni. Model yang menjadi tumpuan atas pentas tadi kini bertukar serigala jadian. Berang bila terlihat Adif bercumbuan dengan perempuan lain!
Intan berdiri tegak. Gadis yang simbah air ke mukanya cuba dikecam. Gigi Intan berlaga menahan marah. Malu pun ada apabila tiba-tiba saja apabila keadaan menjadi senyap dan mereka bertiga menjadi tumpuan.
“You siapa?” tanya Intan kegeraman. Mata pandang ke bawah sedikit memandangkan gadis itu rendah darinya.
“Hei perempuan sial! Kau tu yang siapa?” bahu Intan ditolak hingga gadis itu terundur dibelakang.
“Erni! Stop it. You tak malu ke?” marah Adif. Dia pun ikut berdiri memegang belakang Intan yang nyaris terjatuh.
Intan mendengus. Adif dipandang tajam. “Your girl?” tanyanya pada lelaki itu.
I’m sorry Intan.” Pinta Adif tanpa menghiraukan muka berang model depannya. Yang penting ialah Intan sekarang ni. Bukan senang nak dapat wanita sehebat Intan. Tangan gadis itu diraih bagi memujuk Intan.
“Adif!” jerkah gadis itu kuat bila Adif langsung tidak ambil peduli tentangnya. Angin bila Intan menjadi perhatian lelaki itu darinya.
Tangan Intan direntap dari terus dipegang oleh Adif. “No Mr. Adif. You settle perempuan ni sebelum I ambil tindakan. I nak balik. And you girl... lain kali pastikan akal dan perangai tu selaras. You tak tahu lagi apa yang I boleh buat.” tutur Intan. Tegas dan jelas.
Ketika Adif cuba menarik tangan Intan. Sekali lagi Intan mencerlung pada lelaki itu. Nafas dihela. “Lepaskan I kalau you masih nak tengok I.” arah Intan lagi bernada tegas. Bila pegangan ditangannya dilepaskan. Intan terus buka langkah meninggalkan pasangan itu. Buat malu betul! Dia mendengus kuat.
“Cik Intan...” Halang Datin Manisah yang datang dari ceruk mana mendekati Intan, Erni dan Adif. Riak wajahnya nyata terkejut dengan muka Intan yang sudah basah. Cukup tadi dia dikejutkan anaknya buat hal di majlis. Tidak cukup tanah dia melangkah untuk meredakan keadaan. Sekarang salah seorang pelaburnya habis basah disimbah air.
“Datin. Jumlah yang I laburkan pada jenama you bukan sedikit. Lain kali tolong cari model yang professional dan reti nak guna otak. I balik dulu. Jangan harap muka saja lawa!” marah Intan lalu berjalan tinggalkan ruangan dewan. Intan boleh saja buat kerja gila nak malukan gadis itu depan-depan tapi itu bukan caranya. Dan yang pastinya Intan akan buat gadis itu menyesal memalukan pengerusi Permata Holdings!
Kepala Intan menoleh belakang. Bila pastikan tiada yang mengikut dirinya, dia perlahankan langkah. “Perempuan gila!” cemuhnya. Muka yang tenang tadi kini bertukar keruh. Gila sakit kaki yang baru saja beransur pulih. Nasib tidak jatuh terjelepok bila ditolak kuat oleh model tadi.
Intan mendengus kuat. Dia duduk atas tembok kecil pada air pancutan tepi lobi. Mujur lobi agak lenggang sebab bidaan baju akan bermula sekejap saja lagi. Kasut tumit tinggi dibuka kasar. Dia tunduk mengurut kaki yang sakit. terseliuh sedikit bila gadis tadi menolaknya.
“Tak padan dengan pendek, kuat pula dia tolak aku.” Bebel Intan lagi sambil mengurut lembut kakinya. Dengan muka melekit macam ni. buat malu aje! Panas hati Intan kenangkan perempuan tidak cukup neurone di kepala tu. Bengang!
“Hai.”
Intan pangguk kepala. Bibir diketap. Beberapa saat dia menunduk semula mengurut kaknya semula. Lelaki yang sudah melutut depannya dibiarkan. Panas dalam hati belum surut sekarang seorang lagi penyangak datang menganggu.
“Sakit?” tanya Adif padannya.
“Tak sedap.” Jawab Intan sarkastik. Tadi si adik, sekarang abang lagi muncul secara tiba-tiba kemudian tanya soalan terlebih pintar. Dah nampak dia tengah urut kaki tu mestilah sakit takkan dia buat tebiat buat rawatan mengurut dalam lobi ni. Apa kelas!
Ketika Aneff hendak menyentuh kaki Intan. gadis itu cepat saja menjauhkan dari Aneff. Nak bagi Aneff urutkan kakinya pun tak guna. Bukannya boleh terus baik pun. Tambah pula  memang sikap Intan tidak suka nampak lemah depan orang. Bukan main beriya lagi berjalan keluar seperti tidak rasa apa-apa tadi, tup-tup si Aneff ni jugak yang nampak dia dalam keadaan lemah. Musuh pula tu!
 “Tak apalah. Tak sakit mana pun. You datang majlis tadi?” tanya Intan pada Aneff.
Angguk.
Intan mengeluh. Jatuh merundum sahamnya depan Aneff. “Nampak apa yang jadi tadi?” tanya Intan lagi bagi memastikan tekaannya.
Angguk.
“Cukup dari you main mata dengan lelaki tu, kena tolak dan maki oleh anak datin tu sampai duduk di sini mengurut kaki. ”
Intan jeling tajam. Maksudnya dari awal lagi tingkahnya sudah diperhati. “Perempuan tu anak mak datin tu ke?”
Lelaki itu mengangguk. “Dan juga girlfriend Adif.”
Cheese cake!” marah Intan. Dia pun baru teringat kata Hakimi bahawa Adif datang ke majlis itu sebagai pasangan anak datin Manisah. Huh! Dia tersilap langkah. Langkah ke arah memalukan diri sendiri pula tu.
“I belanja. Jom!”
“Belanja apa?” tanya Intan terpinga-pinga. Lupa pula dengan mamat depannya sekarang ni. Tiada angin, tiada rebut tiba-tiba belanja orang. Bagi ayat sekerat-sekerat!
“Belanja cheese cake la.” ujar Aneff dengan senyuman mengejek. Saja nak usik Intan yang tengah berangin tu. Dia berdiri. Penat melutut kononnya nak tengok kaki gadis itu. Tapi haraplah Intan nak nampak lemah dari orang lain. Perangai Intan yang satu tu dia sudah faham walaupun hanya dua kali berjumpa dengan Intan.
Fine. Cheese cake pun jadilah. I tengah lapar. Buat lawak pulak dia. Papah I. Tak larat nak jalan.” Pinta Intan.
Ego memang kena jaga, tapi sekarang kiranya lelaki ni savior dia jugaklah. Harus minta tolong Aneff kali ni memandangkan Intan tidak mahu kacau date Hakimi dan Damia malam ni. Cukuplah Hakimi singgah menghantarnya tadi. Konon balik nanti Kimi akan jemput, tapi gayanya macam ada pemamdu tidak bertauliah malam ni. Biarlah dia ambil peluang dekat dengan yang seorang ni pulak.
“Dukung you pun pernah. Setakat papah jangan risau. I masih boleh tolong. Ke nak kena dukung lagi? ” tanyanya sambil tayang muka poyo.
Intan menjeling tajam. Tangan mula pakai kasut tumit tingginya semula.
“Tak payahlah sampai dukung bagai. Tak pasal I yang heret you check in kejap lagi.” Perli Intan dengan mata mengoda. Mood nak cucuk hati lelaki ini tidak pernah padam!
Aneff tersenyum sinis. “I takkan tergoda punya. No worries. Jom makan malam. I lapar. Tengok drama tadi tapi popcorn tiada dihidang pulak. Buat rugi perut je.” Balasnya sedas juga.
Tajam lirikan mata Intan. Berlagak!
Kalau bukan kenangkan perut pun tengah lapar merangkap tiada pemandu untuk hantar dia pulang, Intan memang tiada mood nak hadap sesiapa sekarang ni. Makan kek keju sekadar alasan nak ambil kesempatan pada lelaki tu. Lagipun makan kek saja mana kenyang. Tapi nak kena jaga air muka dia yang cantik lagi bergaya. Selebihnya perut boleh isi dengan stok makanan di rumah.
Pasal perempuan yang serang dia tadi. Patutlah dengki semacam. Satu sebab Intan curi perhatian semua tetamu, tapi perempuan tadi model utama peragaan tadi. Harus cemburu! Kedua, bukan sekadar tumpuan tetamu. Malah Intan berjaya curi partner gadis tadi untuk buat drama babak sekejap sebelum kena serang. Yang tu wajib naik angin.
Tapi ini Intan. Tenang itu haru ada. Tapi tunggu esok. Surat saman malu sampai!
“You nak makan kek cheese yang macam mana? Ke bawa pergi makan mana-mana je.” tanya  Aneff sambil berjalan sambil memapah Intan jalan ke keretanya.

“Kalau boleh request I nak  dengan jem strawberry merah menyala meleleh. Yummy!” beritahu Intan tersengih. Dah alang-alang disoal, dia jawablah. Kalau tak jawab kan niaya kempunan sendiri.
“Strawberry merah menyala huh? Hah padan sangatlah dengan you.”
“Maksud?”
“You kan suka pakai lipstik merah menyala. Macam yang you pakai sekarang ni. Padanlah lelaki-lelaki dekat majlis tadi tu tak tengok you dua tiga kali tak cukup... mengoda. Sesuai sangat dengan jem strawberi yang selalu mengoda mata orang untuk tarik perhatian agar makan cheese cake yang tak sedap mana pun tu.”
Merah muka Intan. “Suka hati dia saja perli orang.”
“Muka you pun dah terlebih merah macam jem strawberi. Yum..” sindir Aneff lagi tersenyum pada gadis sebelahnya. Semakin galak pula nak usik Intan. Rasa diri seperti kenal bertahun dengan gadis itu. Walaupun baru beberapa kali bertemu.
“Diamlah!” jeling Intan tajam.
Cheese cake punya lelaki. Adakah patut samakan aku dengan jem strawberi?!
“I nak pergi basuh muka kejap. You tunggu sini?”
“Larat ke jalan?” tanya Aneff prihatin.
Intan pandang kakinya sendiri. “Larat kut.” Jawabnya tidak yakin.
“Tak apa. biar I papah you sampai luar tandas.”
Intan angguk. Mengalah. Dia patut letak rasional di hadapan sekarang ni, ego dan marah letak tepi dulu. Lengan Intang dipapah sambil berjalan ke arah tandas yang tersedia di kawasan lobi hotel.
“Kenapa you tak balas balik tadi? I rasa you boleh balas lagi teruk.”
“Depan orang ramai macam tu? Please…bukan cara I nak dapatkan publisiti murahan macam tu.”
“Baik juga you nak biarkan macam tu? Dah teruk basah melekit macam ni pun you boleh sabar lagi.”
Intan tersenyum sinis. Wajah Aneff yang dekat dengannya dipandang. “Setakat benda ni, perkara kecil aje bagi I. Lagipun kalau I nak balas balik. I guna cara I sendiri dan cara tu pasti budak perempuan tadi menyesal tak sudah.”
Kening Aneff saja diangkat. “You jenis berdendam?”
“I lebih suka dengar kalau you label I ni seorang yang tak mahu nampak lemah di mata orang lain... You jangan fikir lain pulak. Setakat kena simbah air tu, takdenya I nak bunuh dia dan buang dalam lombong walaupun terfikir juga nak buat macam tu tadi.”
Aneff tergelak kecil. Dapat bayangkan Intan dengan muka menakutkan buang model tadi ke dalam lombong.
Dada bidang Aneff dipukul kuat. “Hei you ni. Ingat I kejam sangat ke? I rogol you dekat sini baru you tahu I ni kejam ke tak. I ni dahla tengah lapar. Silap hari bulan I telan you hidup-hidup.” Berangin pula bila Aneff tidak habis-habis pancing rasa marahnya.
 “You berani ke rogol I?” tanya Aneff balik dengan nada mengejek. Ugutan Intan langsung tidak menjentik rasa takut Aneff. Silap hari bulan dia yang rogol Intan pulak nanti. Sungguhlah malam ni dia rasa terhibur dengan telatah Intan. Hurm… tidaklah rugi sangat datang majlis hari ni.
“Hish! Malas nak layan orang tak betul ni. Tunggu I situ.” Bebel Intan. Pegangan tangan lelaki itu dilepaskan, perlahan-lahan dia melangkah masuk ke dalam tandas tinggalkan Aneff di luar.
“You hati-hati sikit jalan tu. You kata lapar. Cukup cuci muka tu, tak payah nak touch up.” Pesan Aneff. Ikut penilaiannya, Intan tu spesis pantang masuk tandas pasti setengah jam melekat depan cermin betulkan mekap. Habis kebulur dia menunggu nanti.
“Iyelah. I tahu. You ni kuat membebel macam mak nenek.” Bising suara Intan bergema dalam tandas. Dia pun jugak pasal tu. Tapak tangan menadah pili air yang dibuka, beberapa kali Intan cuci muka yang sudah melekit, solekan yang masih melekat dibersihkan guna makeup remover. Esok memang kena suruh setiausahanya aturkan temujanji di spa untuk dapatkan rawatan pencegahan, muka Intan aset penting. Sebiji jerawat pun tidak boleh timbul dengan gahnya!
Intan menyentuh pipi yang sudah bersih tanpa sebarang make up. “Agaknya apa si sepet tu nak cakap tengok muka aku tanpa makeup. Menyesal pula tak bawa foundation atau compact powder tadi.” Bebelnya sambil menilik wajah depan cermin.
“Intan! you dah ke?” jerit Aneff dari luar tandas.
“Dah. Dah. Hish dia ni. Tak menyempat.”
Intan keluar dengan wajah yang segar tanpa sebarang solekan. Bibir terlakar senyuman, niat nak kejutkan Aneff yang sedang membelakangkan dirinya. berjengket-jengket kaki Intan melangkah.
“Auuucha…Arghhh!!” jerit Intan kuat. Kakinya terundur ke belakang. Terkejut dengan sergahan tiba-tiba dari Aneff. Baru saja dia nak sentuh bahu Aneff kejutkan lelaki itu. Tapi Aneff terlebih dahulu berpaling menjerit kuat mengejutnya. Kurang asam!
Aneff tertawa bila Intan sendiri yang terkejut.
“You!” bentak Intan kuat. Hish! Tangan disilang tanda protes.
Aneff yang baru perasan muka Intan tanpa sebarang mekap itu tiba-tiba terdiam. “You dah cantik tanpa mekap. Kenapa suka sangat mekap macam badut tu?” pujinya sambil menilik wajah Intan tanpa sebarang solekan dan bibir merah menyala seperti biasa.
Intan mencebik. Langsung tidak terkesan dengan pujian Aneff yang berbaur sindiran itu.
“You jangan nak buat lawak. Dahlah! I tengah lapar ni. Jom pergi makan.” Lengan Aneff diraih. Tanpa kebenaran Aneff Intan terus paut dan peluk lengan lelaki itu.
Aneff geleng kepala. Nak elak tangannya dari Intan tapi tengah sakit kaki. “Pandai betul you ambil kesempatan dengan I.” katanya sambil berjalan beriringan dengan gadis itu.
Tergelak kecil Intan dengan rungutan Aneff. Kepala hinggap dibahu lelaki itu. “Hidup kena pandai cari kesempatan yang ada.” Jawabnya manja.
Kepala Intan yang mendarat dibahu Aneff ditolak guna jari telunjuknya. “I tak lut setakat macam perempuan macam you. Tak payah nak goda sangat.”
“You nikan. Tak reti nak menghargai betul.”
Aneff tayang muka smirk lelaki itu. “Setakat macam tu. Tak payah nak hargai sangat pun tak rugi pun.” balasnya. Intan dibawa ke pintu penumpang hadapan untuk masukkan gadis itu ke dalam keretanya. Setelah pasti kedudukan gadis itu selesa barulah dia beralih di kerusi pemandu.
“Kita nak makan kek dekat mana? Sedap tak?” tanya Intan pada Aneff yang sedang pakai tali pinggang keledar sebelahnya.
“Kafe kawan I. Kafe biasa aje. You jangan risau. Kek dia memang tip top walaupun bukan tempat makan high class…”
Intan mencebik dengan sindiran Aneff. Dia tanya lain, Aneff jawab lain! Saja cari pasal dengan Intan. Warung mak kesayangannya pun menjadi tempat makan paling sedap. Setakat kafe tu ingat Intan teruk sangat ke tak nak jejak ke kafe. “Perlukah nak sindir macam tu sekali?”
Aneff jongket bahu. Tidak perlu nak jawab soalan Intan. sendiri mahu tahulah. Siapa makan cili dia yang terasa pedasnya! Kereta mula meluncur menyelusuri jalan raya menghala ke kafe kegemarannya.
Tangan di silang ke bahu. Intan turut senyap sekali. Kalau dia buka mulut pasti Aneff bagi ayat pedas tak ingat dunia dia tu. Huh! Hati masih geram dengan kejadian di hotel tadi, sekarang Aneff pula asyik pancing rasa marahnya dengan kata-kata penuh maksud tersirat yang selalu buat Intan rasa terkena batang hidung mancungnya sendiri!
Mata Intan sempat melilau ke luar kereta. Kalau Aneff bawa dia lari ke ceruk mana pun senang nak terangkan keadaan sekelilingnya pada Kimi nanti. Dia dah sedia nak tekan nombor Kimi jika Aneff buat benda tidak betul dengannya. Huh! Jauh Intan fikir. Siap tengah refresh otak nak ingatkan teknik mempertahankan diri yang dia pernah belajar dulu.

Rasa berdebar pula dada Intan fikirkan hala tuju kereta yang dipandu oleh Aneff.

cari gambar strawberry cheesecake tu tak pasal terliur faz.

DIARI : novel over textbooks

$
0
0


Assalamualaikkum & greetings,

Its weekEND babes, masa untuk releks walaupun kerja banyak. daa~ kerja tak pernah nak siap katenye..  Chill out. Novel over segala buku teks yang ada atas meja.

Memandangkan Home Alone sangat dihujung minggu ni. Buka lappy. Pasang lagu kuat2 makan mi sedap goreng kruk kruk walaupun pagi tadi dah belasah char kuey teow dekat pasar minggu belakang giant stadium shah alam tu.

Novel Cinta Si Gadis Dobi dah habis waktu dalam bas tadi. Balik sampai kolej dengan azam nak buat kerja. lepas tu krik krik kejap depan laptop sambil tenung buku tu. Lepas tu buka almari. sambar novel Dia...Random Guy.

Psst~~ Tadi dekat giant tengah usha blanket sebab mak kirim lepas tu nampak dua orang mamat handsome tengah pilih jugak. bajet body mcm cover novel Dia... Random guy tu. lol. tapi time tu tak pakai spec la so tahap kehandsomeman nya tu tak berapa nak jelas sangat. Plus sebab jalan sorang dalam giant tadi so tak berani nak angkat kepala sangat tengok orang. Faz pun tengok sipi-sipi ajelah. Member nak cuci mata pun tiada sebab faz jalan seorang2 aje tadi.


Sebenarnya pelik jugaklah. Faz ramai cousin lelaki. Tak pernah pula budak2 tu nak pergi beli blanket sendiri, selalunya mesti mak yang pergi belikan. Yang ni kira rare la sebab jarang nampak lelaki gi beli blanket tanpa mak walaupun nampak macam lelaki2 tadi tu dua kali lima jugak. Lost nak pilih blanket.

 Then masa tunggu bas tu tetiba terfikir cerita nak buat pasal lelaki tadi tu. Nanti rajin faz taip cerita tu kay... heee~


layan novel jap. malam baru berjaga buat kerja. lalala~


Novel : Secebis Cinta Intan bab 7

$
0
0

“I lupa nak puji kereta you. Hot! Lain kali bagi colour merah. Baru cun.” puji Intan ketika mereka keluar dari kereta Aneff. Ingatkan Aneff ni selera orang tua sebab sebelum ni pakai BMW ketika bawa dia ke hospital tempoh hari.
Aneff tersenyum kecil.
This is my personal car. Untung you dapat naik.”
Intan mencebik. Berlagak! Macamlah dia seorang saja yang ada Porsche Carrera 4s di Malaysia ni.
Whatever… Bookafei?” tanya Intan sambil membaca signboard pada kedai depan mereka.
Angguk.
“Kedai kawan saya. Jom masuk.” ajak Aneff. Kereta dikunci. Intan dipapah masuk ke dalam kedai yang selalu dikunjunginya.
Terpegun Intan melihat dekorasi dalam kedai tersebut saat kaki mereka melangkah masuk Bookafei. Cantik dan lebih releks. “Cantik tak?” tanya Aneff.
Intan yang masih menghayati dekorasi kedai tersebut hanya mengangguk. “Jom duduk situ.” Tangan Intan dipapah hingga ke meja bahagian tepi. Seorang wanita cantik datang mendekati mereka berdua.
“Hai Aneff.” Aneff yang berdiri sebelah kerusi Intan berpaling. Satu senyuman dicalit.
“Hai Hannah. Kenalkan ni Intan. Intan ni Hannah pemilik kedai ni.” tutur lelaki itu memperkenalkan wanita cantik bernama Hannah itu kepadanya.
Intan menghadiahkan senyuman manis pada wanita cantik itu. Tangan membalas huluran salam tangan dari Hannah. Mata menjerling pada Aneff yang tersengih-sengih pada Hannah. Sengih gatal!
“Duduklah. You nak minum apa? Biar I tolong ambil order.”
Aneff duduk bersebelahan dengan Intan sebaik saja bantu gadis itu duduk di kerusi.
“Kek macam I mesej you tadi adakan?”
Hannah senyum mengangguk.
“Untuk buah hati you ni mestilah I ada sediakan. Minum?”
“Air I nak macam biasa, you?” tanya Aneff pada Intan yang senyap saja dari tadi memerhati.
“I nak coffee with no sugar.” beritahu Intan.
“You tak nak tidur ke?”
Senyum. Intan tak nak jawab soalan Aneff. Dia boleh saja tidur selepas minum kopi kalau dia nak. Kopi tu pun dah tunduk dengan Intan.
“Padan sangatlah dengan budak ni. Pesan minuman mesti kopi. Ada apa-apa you nak pesan lagi?” usik Hannah tersenyum-senyum.
Serentak Intan dan Aneff geleng kepala.
“Kalau macam tu I pergi dulu…”
Thanks Hannah.”
Hannah senyum mengangguk sebelum tinggalkan pasangan tersebut.
Badan Intan dikalih. Aneff dipandang penuh curiga. Kening lelaki itu diangkat menanti soalan dari Intan. Seolah memahami riak wajah Intan yang penuh persoalan tu. “Girlfriend? Crush? Ex girlfriend?” tembak Intan dengan persoalan yang menghantui kepalanya sejak beberapa minit yang lepas.
“Kenapa perlu saya beritahu awak?” tanya Aneff dengan tangan yang mula disilangkan. Badan disandarkan ke sofa. Dia sengaja dia pilih sofa berbanding kerusi lain. Sekurangnya dapat rehatkan badan.
“Sebab I nak tahu perempuan jenis apa pilihan you.”
Kening Aneff diangkat sambil memandang Intan dengan hujung matanya. “Simple. Penampilan cukup macam Hannah tadi. I tak perlukan gadis berjenama kalau kain tak cukup dan yang penting tak gedik.”
“Dia memang crush you kan?” Mata Intan mengecil memandang Aneff. Masih lagi dengan soalan asalnya.
Aneff tergelak kecil. “Hannah tu isteri Luqman. Kawan baik I.”
“Luqman bin Abdul Fattah? Wife Luq?” tanya Intan dengan menyebut nama penuh seorang ahli perniagaan itu.
“Yup. You kenal Luq?”
“Kawan I pernah berurusniaga dengan dia. Maksudnya you crush dengan isteri kawan baik you sendiri? Dari you crush dengan dia baik you crush dekat I.” cebik Intan. Tak sangka Aneff yang bajet alim ni sebenarnya minat isteri orang.
Aneff urut batang hidungnya. “You ni memang suka buat spekulasi sendiri kan? I cakap minat perempuan jenis macam tu. I tak minat pun Hannah tu.”
Intan angkat bahu. Tidak percaya langsung dengan kenyataan Aneff tu.
Badan Aneff pusing ke kiri. “You memang tak percayakan?” Tangan di silang sambil memandang Intan yang sedang menumpang dagu memandangnya. Aneff bergerak sedikit ke depan bagi merapatkan wajahnya dengan muka Intan.
Intan terkebil-kebil seketika memandang mata Aneff yang terlalu dekat dengannya.
 “Yang pasti jenis you I tak berminat.” beritahu Aneff.
Intan mencebik. Kerana terlalu geram Intan terus cium bibir lelaki itu. Membulat mata Aneff akibat terkejut dengan tindakan drastik Intan. Badan terus dijauhkan dari Intan. bahaya betul Intan ni!
Seraut wajah terkejut lelaki itu dipandang. Intan tahan senyuman yang nyaris lagi terukir. Lucu pula tengok muka terkejut Aneff tu. “Maksud you jenis macam tu?”
“Intan! hish you ni.” Aneff mendengus kuat.
“Kenapa? Nak lagi ke?” tanya Intan sepakej dengan senyuman sinisnya. Tadi nak kenakan aku sangat. Hah kan dah terdiam. Padan muka!
“You ni memang nakal.” tegur Aneff lantas bersandar semula pada sofa. Bahaya betul dengan perempuan ni. Tanpa sebarang signal dia terus main terjah aje bibir aku!
“Anggap aje aku tak nampak tadi.” teguran seseorang menghentikan perbualan mereka. Aneff mengeluh sementara senyuman Intan makin melebar. Luqman yang datang bersama dulang berisi kek dan minuman mereka dipandang.
“Tak tahu pula kau ada di sini?”
Luqman tersenyum kecil. “Macam mana nak sedar dunia kalau buah hati ada depan mata.” usiknya. Dulang diletak atas meja. satu persatu pesanan pasangan itu dialihkan ke meja.
“Rajin you tolong wife you buat kerja.” komen Intan.
Spend time with her is my luxurious time.”
Romantic rhapsody.” label Intan pada lelaki itu.
“Nak rasa cepat-cepatlah kahwin. Aneff ni dah lama sangat membujang.” cadang Luqman pada wanita seksi sebelah kawan baiknya. Dia tak pernah tahu pun hubungan antara Intan dan Aneff selama ni.
“Luq…” tegas suara Aneff member amaran.
Luqman tergelak kecil. “Tak pernah cakap pun kau dah ada awek. Bukan calang-calang orang pula tu.”
“Jangan nak merepek Luq.” pintas Aneff.
Luqman geleng kepala. “Apa-apa jelah Aneff. Aku nak tolong Hannah. Selamat menjamu selera.”
Thanks Luq.” ucap Aneff. Intan pula sekadar senyum pada lelaki itu.
Most welcome.”
“Nah. Cheese cakewith strawberry jam meleleh you.” Pinggan berisi kek keju ditolak ke depan Intan. Merah menyala jem strawberry atas kek keju Intan. Dua biji strawberi tutut permukaan kek tersebut. Mata Intan bersinar-sinar memandang kek yang terhidang. Intan ambil sebiji strawberi lalu digigit perlahan.
Heaven.”
Aneff tersenyum kecil memandang telatah Intan yang sedang menghayati keenakan strawberi tersebut. Keadaan kembali senyap apabila masing-masing menikmati kek yang terhidang. Sesekali mereka buka cerita pasal perniagaan masing-masing. Intan tidak akan lepas peluang untuk kembangkan perniagaannya dan berkongsi cerita tentang kerja bersama lelaki itu.



“I dah curi first kiss you. Sekarang you tak nak ajak I kahwin ke?” tanya Intan. Aneff di sebelah dipandang. Kaki disilang dengan cara mengoda. Mood nak usik hati Aneff tiba-tiba menerpa.
“Dah sampai kawasan perumahan you. Turunlah.”
Intan mencebik. kenapalah Aneff bawa kereta sport malam ni? Rasa laju aje kereta lelaki itu tiba kawasan kondo miliknya. “You’re not answering my question Mr. Aneff.” Lengan Aneff dipaut manja.
Aneff kawal riak wajahnya. Tangan Intan dialihkan dari terus menyentuh lengannya. Gadis itu dipandang atas bawah. “Siapa cakap you orang pertama?” tanya Aneff sarkastik.
“Maksud?”
“Ada orang yang dah curi first kiss I dan orang tu bukan you.”
“Siapa?” tanya Intan kasar. Ingatkan dia orang pertama yang curi ciuman pertama lelaki kering ni.
“Mama I. Maksudnya you dah kongsi ciuman dengan mama I.”
Euww… Tak hingin I kongsi ciuman dengan mama you.” Badan Intan terus dijauhkan. Dia tak sudi langsung nak berkongsi dengan perempuan yang rampas kebahagiannya dulu! Riak wajahnya masih lagi dikawal agar kelihatan manis di hadapan Aneff. Dia tidak mahu Aneff berjaya mengesan dendam yang selama ini disimpan rapi sebelum waktunya.
Aneff tersenyum senget. “Dah lewat ni. You turunlah.” arah Aneff.
“Tak nak bagi I goodnight kiss?” tanya Intan semula dengan senyuman meleretnya. Mula nak buat perangai mengoda dia tu lagi.
“Intan.” tegas suara Aneff menyebut nama gadis itu.
Fine. You ni boringlah. Usik sikit pun dah sentap macam tu… I nak turunlah ni. Bye.” ucap Intan. Pintu kereta dibuka. Perlahan kakinya dikeluarkan dari kereta Aneff. Dia berdiri sebelah kereta Aneff lantas member signal tangan agar lelaki itu pergi dahulu.
Cermin kereta penumpang hadapan diturunkan. “Hati-hati. Kaki you tu…” pesan Aneff sekali lagi.
Intan senyum mengangguk. “Roger that. Jangan risau. You pergi dulu baru I naik.” arah Intan manja. Sempat main mata lagi pada lelaki itu.
“Hidup. Hidup. Fake sungguh hidup kau ye Intan.” gumamnya sendirian. Kepala digeleng beberapa kali. Clucth bag mewah miliknya dibuka. Tangan menggagau ke dalam mencari kunci rumah.
Intan tersentap.
Kepala terus tunduk mencari kunci rumahnya. Damn! Tak bawak! Keluhan kasar dihembus. Kena kacau orang tengah berasmaradana tu jugak.
Maaf Kimi. Ampun Damia.
Iphone 6 dikeluarkan. Niat nak mencari nombor kawan baiknya dua orang itu terbantut. Double D! Damn! Damn! Intan mula mencarut dalam hati. Telefon mahal tapi tak bateri habis tak guna jugak wei!
“Apa punya tahap malanglah malam ni!” keluh Intan sambil mendongak ke langit.
Dengan badan melekit kena simbah air tadi. Kunci rumah lupa bawa. telefon habis bateri.
“Mohon terjun bangunan Intan. Mohon terjun!” bebel Intan sendirian sambil kaki melangkah keluar pagar kawasan kondominium mewah tersebut. Mujurlah ada 7 Eleven yang beroperasi 24 jam berdekatan dengan kawasan tu. Sekurangnya perut yang masih lapar ni boleh diisi dengan Magie cup panas dengan harapan agar pekerja kedai tu sudi benarkan dia pinjamkan telefon sekejap.



“Duh! Dating tak ingat dunia ke budak berdua ni!” bebel Intan. Nombor Hakimi sekali lagi didail. Budak pekerja 7Eleven tu dah hampir sepuluh kali jeling Intan yang menekan-nekan telefon milik budak tu.
Intan mengeluh. “Nah dik.” dia serah semula telefon budak itu pada tuannya. Fed up Intan nak dail nombor Kimi dan Damia lagi. Dia beralih ke meja panjang menghadap cermin ke luar kedai. Dia ambil tempat tepat depan maggi cup yang dibiarkan sementara mendail nombor dua teman karibnya tadi.
Maggi cup yang sudah berisi air dibuka semula. Berasap-asap! cukup menaikkan  selera perut yang memang sedia ada kebulur. Slurppp… Sekali masuk dalam mulut Intan.
“Sedapnya…”
Kaki disilang atas kerusi tinggi tu. Intan menunduk sambil menikmati mi segera yang masih panas tu. Kepala mula fikir cara untuk lelapkan mata malam ni. Sedar tak sedar kini Intan makan maggi cup yang ketiga sambil membuang masa mengenangkan nasib nak tidur malam ni.
Dua gelas kopi segera dan air mineral pun dia dah bantai masuk dalam perut supaya tak mengantuk. Dengan pakaian tak cukup kain macam ni silap hari bulan kalau tertidur tak pasal dia bangun tempat lain pula! Sebagai langkah berjaga-jaga baik dia jangan tidur malam ni.
“Oh mak! Bertahanlah engkau mata.” kepala disebab atas meja. Mengantuk! Kepala tengah high. Sikit masa lagi confirm sampai ke bulan.
“Intan.”
Intan pandang tepi. Mata yang sedia kuyu dipaksa untuk memandang lelaki menyebut namanya.
“You buat apa dekat sini?”
Intan geleng kepala. “I pun tak tahu macam mana I boleh berada di sini.” Kepala direbah atas meja.
“You okay tak ni?” Aneff tarik kerusi dan duduk sebelah Intan.
“You bukan dah balik ke tadi?” tanya Intan dengan mata yang mula terpejam.
“I singgah rumah member tadi. You okay tak ni?” Mata menjeling atas makanan-makanan segera atas meja.
“I lupa bawa kunci rumah. Telefon pula habis bateri.”
“Rumah family you dekat mana? Biar I hantar you pulang.”
Mendengar ayat itu buat hati Intan terasa sakit. Badan ditegak kemudian dia mengeluh seketika. “I anak yatim. I have no family.” jawab Intan sambil tersenyum lebar memandang lelaki sebelahnya.
Oh sorry. I tak tahu.”
It’s okay.” Intan tersenyum lebar. Mengawal segala rasa yang menjalar dalam hatinya.
“You nak I hantar you ke mana? Kesian tengok you…”
“Macam GRO terlepas?” Intan tergelak kecil selepas menyambung ayat lelaki itu.
“Intan.”
“I gurau ajelah. Hantar I dekat mana-mana hotel.”
“Mari I bantu you.” Beg Intan diambil. Lengan gadis itu dipaut bagi membantu Intan yang berdiri. Niat nak singgah sekejap ke 7 Eleven untuk beli minuman tin tadi terbengkalai. Rasa diri memang patut tolong Intan sekarang ni. Tengok keadaan Intan sekarang ni pun cukup buat hatinya gusar. Kalau dibiarkan tak pasal sesuatu buruk berlaku pada gadis seksi terlebih ni.
“I selalu gembira sebab hidup tanpa ibu bapa yang kawal hidup I. For once, I really want to hear my mom nagging at me. Membebel tengok keadaan anak dia yang tak serupa orang sekarang ni.” ucap Intan perlahan. Air mata tiba-tiba mengalir rindukan arwah mama yang telah lama meninggalkan dirinya.
“Intan…”
Langkah mereka berdua terhenti depan pintu kedai itu.
Pelukan pada lengan Aneff dieratkan. “Sssshh… just listen…” ucapnya. sambil merapatkan mukanya ke dada Aneff.
I miss her…” ucap Intan perlahan.
Kepala Intan diusap. Buat pertama kalinya dia biar perempuan mahram peluk dirinya.  Dup dap jadinya. Dada Aneff bagai nak terkeluar dari kedudukan asalnya. Laju saja mengepam! Dia nak tolak tapi rasa kesian pada Intan yang tengah bersedih tu.
Intan angkat kepala. Kimi dipandang seketika. Dia tiba-tiba tersenyum lucu. “You berdebar ke I peluk you?” Sisa air mata ditubir mata dikesat. Tubuhnya dijarak sedikit dari Aneff walaupun pautan pada lengan lelaki itu masih lagi kemas.
Malu! Tapi Aneff tetap tayang muka kejung dia tu. Mana boleh  kalah! “Dah habis menangis?”
“Dah habis berdebar?”
“You nak I tinggalkan you dekat sini?” Hah! Tu dia… balasan sedas dari Aneff. Geram pula bila dipermainkan oleh Intan.
“Mulut tu nak I cium lagi?” Intan pun masih tak nak mengaku kalah. Kening diangkat tanda kemenangan.
Berubah rona wajah Aneff. Dia mendengus bila kalah berkata-kata. “Jom masuk kereta.” Lengan Intan diheret masuk dalam kereta. Laju tanpa pedulikan kaki gadis itu yang masih sakit. Intan yang menjerit-jerit suruh Aneff kecilkan langkah langsung tidak dipeduli!
Its going to be a long night Aneff! Keluh hatinya sambil mengerling si gedik yang sudah terlentok dibahunya. Kenapalah kau rela hati nak tolong dia ni! Jemari tangan kanan mula mengurut kepala yang pening dengan sikap diri sendiri.



“I nak view Twin Tower.”
Make it two.”
Intan yang sedang bercakap dengan reception menoleh lelaki sebelahnya.

“Bagi dua bilik. Hadap Twin Tower.” beritahu Aneff pada budak perempuan yang berpakaian kemas dengan tag nama Jessica. Hotel Mandarin Oriental menjadi tempat mereka berdua untuk lelapkan mata malam ni.
“You tak nak balik rumah?” tanya Intan.
“I tak larat nak drive balik.”
“You duduk dulu. Biar I tolong register.” Sebagai balasan Aneff bantu dia hari ni. Biar dia tolong sesi pendaftaran untuk Aneff pula. Bukannya susah mana pun.
Aneff mengangguk. Rambut dikuak ke belakang. “Thanks.”
Badan Intan dikalih semula untuk buat pendaftaran untuk mereka berdua semula sementara Aneff berehat di sofa berdekatan. Usai pendaftaran, Intan mendekati Aneff yang sedang mengurut kepala tu.
“You okay tak?”
“Sakit kepala sikit.”
Stay. Biar I urut kejap.”
Intan duduk tepi sofa bersebelahan dengan Aneff. Kepala lelaki itu diurut perlahan-lahan sambil cuci mata memandang figura kacak depannya. Sebenarnya Intan sedikit segar sebab puas tidur dalam kereta Aneff tadi. Mata terus terlelap sebaik saja kepala landing di bahu lelaki itu.
Kacak.Intan teliti satu persatu. Iras wajah perempuan itu terbias pada wajah Aneff. Dia mengeluh sedikit. “Kalaulah…” ucapnya perlahan. Tangan masih lincah mengurut kepala Aneff yang sedang lelapkan mata tu.
“Kalau apa?” tanya Aneff tiba-tiba dengan mata yang terbuka.
Langkah Intan terhenti. Aneff dipandang lama. “Nothing. You dah okay sikitkan? I nak masuk bilik dah.” Dia berdiri semula.
“Kalau apa Intan?”
Intan hembus nafas. Lelaki yang sedang menanti jawapan darinya dipandang dengan muka tiada perasaan. Dia melangkah semula mendekati Aneff. Badan dibongkok menghadap lelaki itu dengan tangan menahan belakang sofa. Intan dekatkan lagi mukanya dengan wajah Aneff yang sedang memandangnya. “I sure you akan menyesal kalau nak dengar juga so yeah…better not. Goodnight mommy’s big boy…” bisiknya manja ke telinga lelaki itu.
Cupp. Satu ciuman selamat malam singgah dipipi Aneff.
“You!”
My goodnight kiss.” ucap Intan. Dia tersenyum memandang lelaki itu semula. Manja gaya Intan mengerdip mata sebelum tinggalkan Aneff untuk masuk ke biliknya.
“Kalaulah you bukan anak perempuan tu Aneff. Kalaulah…” gumam Intan sendirian sambil melangkah penuh yakin ke arah lift. Satu senyuman sinis terlakar.

Welcome back Intan! Selamat datang ke realiti hidup kau semula. Taniah kerana mampu sedar semula.

Secebis Cinta Intan bab 8

$
0
0

Intan mengurut kepala yang sedikit pening gara-gara tidak cukup tidur. Sudah dua gelas kopi menjadi santapannya. “Cik Intan tak apa-apa?” tanya Suraya yang senyap saja dari tadi. Risau tengok keadaan bosnya yang agak serabut. Selalunya Intan selalu saja nampak tenang  dan releks.
Badan Intan disandarkan, matanya dipejam sambil jemari mengurut lembut pelipis matanya. “Kepala I peninglah. Sebab tak cukup tidur kut.”
“Cik nak terus balik atau nak ke syarikat lepas ni?” tanya Suraya. Dia memang sedia maklum bahawa bosnnya selalu masuk pejabat walaupun hari ahad. Susah nak tengok waktu rehat bos itu.
Intan geleng kepala. “Balik kut. Thanks again sebab you sudi tolong I. I dah cuba hubungi Damia dan Kimi. Tapi dua-dua pun masih tutup telefon.”
Suraya tersenyum kecil. Seawal 6 pagi lagi dia dapat panggilan dari bosnya untuk datang ke hotel Oriental Mandarin. Ulang alik jadinya! Dari rumah ke hotel untuk ambil kredit kad dari Intan, kemudian pergi cari baju untuk bosnya dan kembali semula ke hotel. Mujur saja dekat dan semuanya ditanggung oleh Intan.
“Tak apa cik. Saya pun kebetulan free hari ni. Cik nak balik ke mana? Kunci?” tanya Suraya prihatin. Langsung tidak kisah bantuan yang dihulurkan untuk bosnya. Dia tahu bosnya terdesak dan sangat harapkan bantuannya. Selama ini bosnya hanya minta tolong dari kawan karibnya dua orang tu saja jika bukan berkaitan dengan skop kerja Suraya.
Mata Intan dicelik. “I naik teksi balik rumah mak angkat I kut. Isnin nanti you cutilah. Ganti hari ni.”
Suraya geleng kepala. Satu senyuman ikhlas terlakar. “Tak apalah cik. Saya ikhlas tolong cik. Err… tu bukan Encik Aneff ke?”
Pertanyaan Suraya buat Intan tertoleh pada figura yang berjalan ke arah mereka. Intan mengeluh kecil. Lelaki inilah punca dia tidak dapat tidur nyenyak walaupun baring atas katil empuk.
“Assalamualaikum. Boleh I join sekali?” Soalan Aneff dibalas dengan anggukan kecil dari Intan. Salam lelaki itu sekadar dibalas dalam hati.
“You okay?” soal Aneff yang kini duduk sebelah Suraya. Dipandang wajah pucat gadis depannya ni. Aneff pun tak tahu apa yang rasuk dirinya untuk tegur Intan sebaik saja nampak kelibat gadis itu. Semalam bukan main berangin sebab Intan cium dia sampai dua kali. Hari ni boleh pula buat selamba datang menegur.
“Okay je. You balik rumah pukul berapa?”
“I balik lepas sarapan ni. You? Kunci rumah tu dah dapat.”
Intan mengangguk. “I dah urus pasal tu.” jawabnya ringkas. Aneff tidak perlu tahu kewujudan mak dan ayah angkatnya.
Sesekali keadaan menjadi senyap saat masing-masing menikmati hidangan yang dipesan. Seperti biasa topik perniagaan menjadi buat bicara mereka berdua. Suraya senyap saja tanpa sebarang suara.
“Aneff.” teguran seorang wanita menarik perhatian mereka bertiga. Intan perasan sesekali wanita  itu memandang sinis padanya. Dia balas dengan senyuman sinis juga lalu tunduk semula memotong daging stik miliknya. Dia tiada mood nak layan orang sangat sekarang ni. Datang tiba-tiba sambil buat muka macam tu. memang silap langkahlah jawabnya!
“Aunty Ria.” Aneff bangkit sambil menyalami tangan wanita itu.
“Aneff busy ke?”
Aneff tersenyum memandang mak ciknya. Kepala digeleng kepala. “Tak tahu pula Aunty datang KL. Kenapa tak cakap dengan kami?”
“Aunty temankan Uncle outstation seminggu. Mama awak pun tahu pasal ni, petang ni pun aunty jalan-jalan dengan mama. Awak tu je yang sibuk memanjang. Oh ni siapa? Tak nak kenalkan dekat aunty?”
Aneff tersengih. Dia memang tengah sibuk dengan projek baru bersama syarikat Intan. Itu pun setiap kali jumpa mesti tengah bincang. Intan pula jenis teliti dengan kerja, silap sikit pun wanita itu pasti akan perasan. Memang sesuai sebagai penaraju syarikat besar yang maju. “Kenalkan business partner Aneff. Cik Zara Intan Tasneem binti...”
“Intan. Panggil I Intan je cukup… ni setiausaha saya. Suraya.” pangkah Intan sambil berdiri dan menghalakan tangan untuk salam wanita itu. Senyuman sinis saja dilakar.
Wanita yang agak berusia itu membalas salam Intan sambil meneliti cara pemakaiannya. Intan tebalkan saja muka dengan pandangan wanita yang kini bersalam dan memberi senyuman pada Suraya walaupun mata masih meniliknya.
“Datin Suria. Adik mama Aneff. Isteri Dato Daud” umum wanita itu.
Berlagak. Setakat dapat pangkat datin dari harta suami kau tak guna jugak! Bengang Intan dengan nada suara yang berbangga dengan setakat pangkat datin tu. Sesuai sangatlah dengan kakak dia Datin Husnina tu. Intan awal lagi tahu perihal Datin Suria yang berlagak ni semasa menyiasat ahli keluarga Aneff. Yang ni paling sombong! Berlagak tak ingat!
“Dato Daud? Oh I tak kenal… lagipun I tak pernah ambil peduli dengan orang-orang yang tak penting.”
Berubah terus muka Datin Suria tu lepas dengar ayat selamba Intan.
“Intan ni tinggal oversea sejak kecil. Sebab tu tak kenal uncle. Sebenarnya Dato’ Daud ni seorang pengarah filem yang ada syarikat penerbitan sendiri.” terang Aneff kepada dua wanita itu. Kena sangatlah mak ciknya yang berlagak ni jumpa dengan Intan yang hanya pandang golongan taraf dia saja.
“Oh okay… aunty pun nak pergi ni. Malam ni aunty dan uncle makan malam dekat rumah Aneff. Jangan nak hilang pula. Aunty dah lama tak jumpa anak-anak saudara aunty.” pesan Datin Suria.
“Insya-Allah.”
Lepas aksi cium laga pipi tak berapa ikhlas bersama Datin Suria. Wanita tu akhirnya pergi tinggalkan mereka bertiga. Aneff pun tidak tunggu lama. Badan pun masih tidak penat lagi. Dalam fikiran cuma balik rumah tidur dan rehat sepanjang hari.
Anything berkenanan dengan projek you boleh hubungi I terus. I harap tiada masalah dan I tak nak projek ni tergendala atau tak ikut timeline yang dah ditetapkan. Have a good rest and thanks for last night.
Terukir senyuman lucu pada akhir ayat Intan ingatkan muka-muka terkejut Aneff selepas dicium olehnya.
Wajah Aneff sekarang pun bertukar kelat. Intan saja nak ingatkan dia pasal semalam! lepas tu entah sedar atau tak dia buat ayat double meaning tu. Nanti tak pasal Suraya fikir benda lain pula. “Insya-Allah I akan buat yang terbaik dan tidak hampakan you berkaitan dengan projek... I minta diri dulu.”
Intan senyum mengangguk sambil berdiri sebagai tanda menghormati lelaki yang hendak tinggalkan mereka. Belakang lelaki yang berjalan tinggalkan mereka itu dipandang lama.
“I nak you tolong I satu perkara?”
Dari memerhati langkah Aneff yang baru saja tinggalkan mereka. Intan duduk semula. Mata kini beralih memandang setiausahanya. Dilihat Suraya mengangguk seperti biasa selepas mendengar soalannya.
Wajah yang cantik dihiasi senyuman lebar tadi bertukar garang. “Pastikan you dan I sahaja yang tahu pasal ni. Kimi dan Damia pun tak boleh tahu. Faham?” Tegas nada suara Intan walaupun perlahan.
“Baik cik.”
Good… I nak…”
Intan tarik nafas seketika sebelum mulakan arahannya pada Suraya. Sudah tiba masanya untuk Intan bertindak, tiada lagi main-main seperti sebulan dua ini!



“Sayang you masih nak merajuk dengan I ke?” tanya Kimi.
“You janji nak jaga I Kimi!” Tangan disilang ke bahu.
“I minta maaf. It’s won’t happen again. I dan Damia perang besar malam tu. Please sayang…
“I tak kira. I nak merajuk juga dengan you!” bentak Intan manja. Hakimi dijeling tajam.
Hakimi mengeluh. Tangan Intan atas meja digenggam kuat. “Maafkan I sayang… you tahu I takkan tenang selagi you tak maafkan I.” pujuknya sambil tayang muka kesian.
“I boleh maafkan tapi dengan syarat you mesti beritahu I apa jadi pada you dengan Damia?”
Kimi melepaskan genggamannya. badan disandarkan pada kerusi. Tangan muka mengurut dahi. Berdenyut-denyut kepala fikirkan cara nak pujuk Damia dan Intan. Dua wanita yang sangat bermakna dalam hidupna tengah lancar mogok merajuk. “Malam tu I lamar Damia… Something just happen. Tak sempat Damia nak beritahu setuju atau tak. Jes datang tiba-tiba datang tegar dan terus cium pipi I. Damia mengamuklah. Dia kata I tak sungguh-sungguh.”
“I tak faham apa lagi yang dia nak. Damia tahu I cintakan dia dari dulu lagi…”
Intan mengeluh. Hakimi ni semua benda dia pakar. Tapi bab Damia saja mesti gagal! “You! Mestilah dia mengamuk. Hish! Takde sense of humor langsung.”
“I dah terangkan dekat dia dah. I tak cintakan Jes tu. Perempuan tu yang terkejar-kerjakan I. Lagipun masalah tambah besar bila I pulak tertinggi suara dekat dia.”
“Pasal apa pula?”
“Pasal cikgu lelaki dekat sekolah dia tu…”
Intan tepuk dahi. “Leave them…” ujarnya tegas.
Who?
Your girlfriends tu… dengan cara itu saja Damia akan terima you. Cinta saja tak cukup Kimi, I yakin Damia memang cintakan you. Tapi cinta you tak cukup kalau dia selalu saja makan hati dengan perempuan keliling you.”
“Duh! Macam mana ni? Ramai kut.”
Intan angkat bahu. “Pandai buat pandailah selesaikan…”
 “You pula macam mana?”
“Macam mana apa?”
“Informer I kata Adif selalu datang sini.”
Intan tersenyum kecil. “I masih on track. Jangan risau. You fikir pasal you dan Damia aje.”
“Jangan lebih-lebih Intan. I tahu pasal girlfriend Adif yang serang you malam tu. You tarik balik perlaburan tukan? You tahukan datin tu boleh kerugian besar sebab you tarik balik pelaburan you.”
“Itu tanda amaran sebab kacau line I. Lagipun anak datin tu yang cari pasal dengan I. Dia malukan I depan semua orang. Tapi mujur malam tu berbaloi. I dapat melekat dengan Aneff sepanjang malam. Dan yang pasti sesuatu yang menarik bakal tiba.” ujar Intan tersirat. Tak sabar nak tunggu perkara yang mengembirakan dirinya.
“You ada rancang sesuatu dibelakang I?” tanya Kmi curiga. Dia kenal Intan lama. Segala ekspresi dan air muka Intan tu dah khatam. Sekali tengok pun dia memang pasti Intan ada merancang sesuatu dibelakangnya.
Intan tidak menjawab. Hanya senyuman jahat yang masih terukir kerana yakin plannya pasti berjaya. “Nak hidup kenalah pandai cari keseronokan…”
Jam tangannya dipandang. “I dah lambat. Ada date dengan buah hati I… maaf sebab tak dapat temankan you hari ni. You tu pikat Damia tu elok-elok dan buang segala nyamuk keliling you tu kalau nak Damia lekat dengan you.” beritahu Intan. Blazer hitam miliknya disarung kemas ke baju. Dia bangkit dan berjalan mendekati cermin pada dinding biliknya. rambut dikemaskan kemudian mencalit gincu merah kegemarannya.
“Hati-hati. I sayang you. Ingat tu…” pesan Hakimi yang memusing kerusi menghadap Intan.
Intan berpaling lalu mendekati Hakimi. “Will do. Thanks dear…” ucapnya sambil mencium pipi kanan lelaki itu.
“Jangan nak lebih-lebih dengan lelaki tu.” pesan Hakimi lagi. Risau betul dengan plan yang Intan rahsiakan darinya tu. Suraya tiada pula cakap apa-apa dengannya. Pasti Intan yang suruh tutup mulut ni!
“Ye… you jangan risau.” Ceria saja muka kesayangannya tu tinggalkan dia seorang diri di pejabat Intan.
Geleng kepala Hakimi. Macam manalah dia tak risaukan Intan ni. Tengok muka ceria tu tambah risau Hakimi dengan rancangan tersembunyi Intan tu.




“Apasal muka muram je hari ni?” tanya Intan.
Aneff geleng kepala. “Sibuk sikit.”
“Cara kerja I beri tekanan dengan you ke pasal projek ni?”
“Tak adalah. I tiada masalah pasal cara you berkerja. Hal peribadi sikit.”
“Okay. Kalau tiada masalah kita sambung bincang balik. I tak nak buang masa.” Mudah saja Intan balas sebab dia dah tahu apa masalah peribadi yang menimpa Aneff tu. Rasa nak gelak guling-guling atas karpet pejabat ni tengok muka Aneff yang serabut tu. Pasti rancangannya tengah berjalan dengan baik sekarang ni.
Tak sia-sia duit keluar kalau plan berjalan seperti dirancang!
Sekali lagi perbincangan Intan dan Aneff terhenti bila lelaki itu bagi signal sekejap menggunakan tangga. Interkom yang berkelip terus ditekan. “Encik Aneff,  Dato Wahid dah sampai. Nak panggil dia masuk ke?” Kedengaran suara setiausaha Aneff bertanya.
Aneff berfikir sejenak. Dia tengah bincang perkara penting dengan Intan sekarang ini. Jam tangan dikerling. Boleh pula mereka bincang sampai waktu temu janjinya dengan Dato Wahid. “Let him in... err... kejap. Suruh dia tunggu sekejap...” Aneff jadi pelik dengan Intan yang tiba-tiba bagi signal suruh tunggu. Interkom kembali dimatikan.
Yes Intan?”
“Yang tu Dato Wahid bin Shakir kan?” tanya Intan ragu-ragu.
Aneff mengangguk. “Ada apa?”
“Kalau I nak minta tolong sesuatu boleh tak?” pinta Intan lagi. Mukanya bertambah resah melihat anggukan Aneff. Fail depannya terus ditutup. Blazer Intan dibuka. Selamat di campak ke atas sofa. Terserlah dadanya yang putih melepak. Intan bangun lalu berjalan ke kerusi empuk Aneff. Tanpa segan dia terus duduk atas riba lelaki itu.
Tercengang Aneff dengan gaya Intan. Kaku sebentar.
“I minta tolong sangat sangat. You cakap dengan orang tua gatal tu. I’myours. I mean your girl. I takut dengan orang tua tu selalu datang ofis I kebelakangan ni. Selalu kacau I... please...” Intan betul-betul merayu dengan Aneff. Kedua tangannya disatukan seperti minta ampun.
Tanpa sedar lelaki itu hanya menganggukkan kepala.
Yes!! Intan rasa hendak bersorak saja sekarang ini. Ada guna juga orang tua gatal itu. Kakinya terus saja disilangkan. Intan peluk leher Aneff dan terus saja rebah atas dada bidang Aneff. “I pura-pura tidur tau. Sorry lagi... takut nak tengok muka lelaki tu.”
Aneff tergeleng kepala. Dia tersenyum sedikit melihat Intan yang sudah tutup mata dan merebahkan badan atas dadanya. Macam manalah Dato itu tidak kacau Intan kalau pakaian Intan selalu saja seksi. Tadi dia sendiri terkejut dengan penampilan Intan mula-mula sampai tadi. Skirt mini sendat terlebih mini sebab sekadar paras atas paha. Cukup tutup mana yang patut saja. Lepas tu singlet singkat dipadankan dengan blazer hitam.
Tangan Aneff menekan semula Interkom. “Sarah. Suruh Dato Wahid masuk...”
Pintu pejabat Aneff terkuak sedikit. Dia menggangguk dan beri signal mata agar Dato Wahid duduk di kerusi depannya. Jelas kelihatan riak terkejut di wajah orang tua itu. Bukan Dato Wahid saja, Sarah yang mengekori masuk ke dalam pejabatnya terut berkerut seribu melihat Intan yang sedang tidur atas pangkuan Aneff.
“Maaf Dato, my girl tengah sakit kepala sebab tu I suruh dia tidur.” tipu Aneff. Dia cuba beriak biasa. Walaupun Intan sendiri dapat rasakan dengupan jantung Aneff yang berdegup kencang.
“Sarah, you tolong I sediakan kopi untuk Dato...” arahnya pada Sarah yang turut tercengang. Wanita itu terus saja mengangguk dan keluar dari pejabat bosnya. Nyata dia sendiri terkejut dengan kelakuan Aneff. Kalau adik lelaki itu memang Sarah tidak hairanlah. Adif memang terlebih buaya orangnya. Tidak tahu pula bosnya dua kali lima juga. Seribu satu persoalan menyelubungi fikiran Sarah ketika melangkah keluar dari pejabat Aneff.
“Yang tu Cik Intan kan?” soal Dato Wahid sambil duduk atas kerusi.
Aneff senyum lebar. Dia sempat tunduk memandang Intan sebelum menjawab. “Tak sangka Dato boleh kenal girl saya.”
“Siapa tak kenal orang sehebat Cik Intan. Pengerusi syarikat yang paling seksi dan muda yang pernah I lihat. Beruntung siapa dapat rasa...”
Sakit hati Intan dengar pujian dari Dato Wahid. Meluat! Mendidih telinga Intan dengar. Kurang ajar punya orang tua gatal!! Tunggu aku report dekat Kimi! Aku suruh dia belasah syarikat kau sampai jatuh bangkrap. Sudah terang lagi jelas Aneff cakap aku ni girl dia masih lagi nak mengatal. Yiee..!!
Digenggam tangan Intan sekuat hati. Tanpa sedar tangan yang digenggam sebenarnya  lengan tangan Aneff. Lelaki itu sekadar tergelak kecil. Bukan kerana ayat pujian Dato Wahid tapi dengan respon Intan. Muka bukan main tenang lagi kononnya tidur lena. Padahal mesti tengah angin satu badan. Sampai tidak sedar tangan Aneff digengam sekuat hati.
“Kiranya I beruntunglah ni Dato... sebab dapat Intan jadi girl I. Memang I tahu ramai yang minat Intan. Cuma tak tahu pula sampai orang tua pun minatkan dia.” sindir Aneff secara halus. Dia sendiri tahu tahap gatal Dato Wahid itu. Sampaikan Sarah pun pernah diushanya. Sarah sendiri yang mengadu dengan Aneff tentang perangai gatal salah seorang kliennya.
Senang hati Intan dengar. Senyumannya cuba ditahan sebaik mungkin. Takut kantoi pula dengan orang tua itu. Dalam senang hati itu, tangan Intan mula merayap dekat badan Aneff. Sempat lagi hendak kenakan si sepet tu. Siapa suruh poyo betul! Aku goda terang-terang langsung tidak makan saman! Aku nak tengok kau dapat bertahan ke tidak sekarang ni?
Dato Wahid berdehem lalu tersenyum sumbing. Terasalah tu. Padan muka!
So, nak mulakan perbincangan?” tanya Aneff bila Dato Wahid sekadar berdiam diri. Tangannya menahan Intan dari gadis itu terus memegang pinggangnya. Kuat genggamannya mengengam tangan gadis itu dari terus merayap.
“Okay...” singkat jawapan dari orang tua itu.
Kedengaran bunyi ketukan pintu sebelum Sarah masuk membawa air untuk Dato Wahid. Intan mengeliat sedikit. Kononnya baru tersedar. Tangan memicit kepala yang langsung tidak sakit. “Lama ke I tidur darling? Sorry. Kaki you mesti lengguh.” tanya Intan. Anak matanya memandang tepat mata Aneff.
“Tak adalah... You dah sihat ke?” jawabnya sambil membalas pandangan itu. Sebenarnya signal mata itu menyuruh Intan pergi dari situ.
“Dah elok sikit. Thanks.” Tersenyum mengoda Intan memandang Aneff. Sebenarnya faham maksud disebalik pandangan itu. Sengaja pura-pura tidak faham. Dia menoleh ke hadapan. Riak terkejut dipamerkan.
“Eh! Dato. Sorrylah. Tak tahu pulak you ada appointment lain darling... Kalau macam tu nanti kita sambung lagi. I minta diri dulu.” katanya seperti kelam kabut saja hendak keluar bilik.
Aneff perasaan mata Dato Wahid yang sempat menjeling pada Intan yang baru saja bangun dari pangkuannya. Orang tua ni... biar betul. Aku sendiri rasa seram saja pandangan tu. “Take care...” pesannya pada Intan.
I will...” Fail-fail Intan atas meja Aneff dikemas. Tapi dalam jarak yang jauh sedikit dari Dato Wahid. Meluat dia tengok pandangan orang tua itu.
Setelah mengemas fail dan beg miliknya. Intan berjalan semula ke tempat Aneff dan tunduk sedikit. Terlopong mulut  Sarah dan Dato Wahid bila Intan selamba saja mencium mulut Aneff. Lama pula tu! Aduh Intan memang suka cari kesempatan!
Thanks. Belai I tidur tadi. See you tonight.” Sempat lagi Intan tambah ‘rencah’ sedikit dalam ayatnya. Tonight la sangat Intan...
Dia kenyit mata pada Aneff sebelum melangkah keluar dari pejabat lelaki itu. Tersenyum lucu Aneff dengan gaya Intan tadi. Dia geleng kepala. Dua manusia yang nyata tercengang dipandang. Aneff berdehem sedikit. “Sorry. Dato... sayang I memang macam tu. Sarah. Awak boleh keluar sekarang. Kalau ada apa-apa nanti I panggil.” arahnya tenang seperti tiada yang berlaku.
Tersenyum lagi Aneff dengan tindakan berani Intan tadi. Alah sebenarnya bukannya Intan cium dia pun. Yang sebenarnya berlaku tadi sebenarnya lain.
Intan tunduk memandang tepat mata Aneff. Kepalanya disengetkan sedikit. Kononnya dia yang sedang membelakangi dua makhluk itu sedang mencium Aneff. Padahal dia sempat bersuara. “Thanks a lot Aneff. Mucas grasias. Tunggu kejap... you jangan bergerak.” bisik Intan. Dia berbalas pandangan dengan lelaki itu sekejap.
You owe me this Intan. Hutang yang sangat besar untuk jadi girl I. Pekerja I nampak kita sekarang ni.”
“You jangan risau. Nanti I’ll treat you. I spesis anti hutang. I pergi dulu. Bye...” jawab Intan. Padahal dalam hati lain dijawabnya. Sebab spesis anti hutanglah aku nak kau bayar Aneff. Hutang dendam aku!
Ketika berada di lobi syarikat Aneff. Senyuman Intan makin melebar melihat nama yang tertera pada skrin telefon bimbitnya. “I nak dengar good news dari you...”
“Semua dah selamat sampai ke tangan dia tu. Saya yakin…” Lelaki bersuara garau itu memulakan laporan untuk tugas yang diberikan oleh Intan.
Good. Sekarang I nak you buat benda lain pula.” arah Intan sambil berjalan penuh yakin keluar dari syarikat itu. Dia akan pastikan tiada yang berjaya gagalkan rancangannya yang tersusun rapi!
Viewing all 33 articles
Browse latest View live